Teh tarik memang jadi minuman kegemaran ramai. Nampak macam senang buat di rumah nak hasilkan teh tarik yang sedap macam kat kedai mamak kena tau teknik yang betul.
Barulah teh tarik sedap terasa manis dan lemak. Hmmm… sedapnya!
Bagi yang terasa nak buat teh tarik sendiri tapi nak sedap lemak berkrim boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Nurdeanna Affendi
Resipi ini untuk hidangan 10 orang, cukup untuk sekeluarga. Petuanya kalau nak teh tarik rasa sedap kena masak dalam periuk dan tambah garam. Confirm rasanya kaw-kaw terangkat.
Ads
Selain itu kena tambah sedikit garam yang berfungsi untuk menjadikan teh tarik rasa lebih berlemak.
Ads
Bahan-bahan:
Sediakan periuk
3 liter air
5 sudu besar serbuk teh
5 undang teh (Cap 888, teh wangi)
2 tin susu pekat (ikut manis yang diingini)
1 tin susu cair
1 sudu kecil garam halus
Ads
Cara-caranya:
1. Panaskan air dalam periuk, biar hingga menggelegak.
2. Masukkan teh dan kacau. Biar 5 minit.
3. Selepas itu masukkan semua susu dan garam. Kacau.
4. Biarkan selama 5 minit kemudian rasa teh hingga dapat manis dan lemak yang diingini. Tambah mana yang belum cukup. Siap!
Salah satu pokok bunga yang menyerikan laman adalah orkid. Dek keindahannya juga, ramai yang cuba menanamnya di rumah.
Cuma selepas berhabis wang membeli pokok ini, cara penjagaanya yang kurang sesuai menyebabkan pokok orkid ini rosak atau mati. Memang sayang.
Bagi yang cuba-cuba menanam orkid di rumah, ada beberapa pantang larang yang perlu diketahui.
Pantang larang tanam orkid
1. Kena letak tempat teduh
Orkid adalah tumbuhan yang ‘suka’ pada tempat yang teduh dan anda tidak sepatutnya membiarkannya terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu banyak.
Jika ia terdedah kepada sinaran matahari yang terik pada musim panas, kemudaratan yang besar mungkin akan berlaku kepada bunga itu.
Penyelesaian mudah kepada masalah ini adalah dengan menanam orkid di ruangan yang teduh seperti di bawah pohon atau di beranda rumah.
2. Siram berpada-pada
Antara kesilapan yang selalu dilakukan bila menanam orkid ialah melakukan siraman secara berlebihan. Untuk pengetahuan, orkid hanya memerlukan air yang sedikit untuk terus hidup dan membesar.
Apabila terlalu banyak air, ia berkemungkinan besar akan mengalami masalah seperti akar reput. Justeru, siram orkid dengan berpada-pada iaitu dalam ¼ cawan air.
3. Keperluan cahaya kena jaga
Keseimbangan antara cahaya, haba dan kelembapan perlu dilakukan jika menanam orkid. Secara amnya, orkid adalah tumbuhan yang memerlukan cahaya dan perlu mendapatkan 12 hingga 14 jam cahaya setiap hari sepanjang tahun.
Sesetengah orkid seperti vandas dan cymbidiums pula memerlukan jumlah cahaya yang banyak agar ia berbunga.
4. Jangan tanam dalam bahan pasu yang salah
Menggunakan tanah untuk menanam orkid adalah kesilapan yang sering dilakukan. Tanpa disedari, ia boleh membunuh tumbuhan itu.
Bahan penanaman orkid tidak sama dengan bahan penanaman bagi tanaman yang lain.
Penggemar orkid yang sudah berpengalaman biasanya menggunakan bahan seperti spaghnum lumut, sabut kelapa dan styrofoam untuk menggantikan tanah pasu.
Sebagai contoh, orkid phalaenopsis tumbuh di atas pokok apabila ia berada di habitat semula jadi dan disebabkan itu ia tidak boleh ditanam di dalam tanah.
Asam pedas ada banyak versi, tapi yang ini cara Pantai Timur. Ada juga yang panggil singgang pedas.
Tak perlu tumis cuma rebus saja. Nak senang boleh ikut stail ini ya, sesuai juga untuk yang sedang diet. Caranya dikongsi oleh Nurul Afidah Catalyst.
Cara buat asam pedas Kelantan
Ore Kelate panggil asam pedas atau singgang pedas. Guna ikan kerisi segar, memang sedap rasa manis masam dan sedikit pedas. Nak guna ikan tenggiri, ikan patin pun boleh.
Cara masak pun mudah dan kejap saja, anak anak pun suka. Ikan kerisi banyak jenis, saya guna kerisi macam dalam gambar. Sedar sedar habis sepuyuk nasi.
Asam pedas Kelantan
Bahan bahan
Ikan kerisi saiz sedang 4 ekor
Bawang besar 1 biji *
Bawang putih 2 ulas *
Kunyit 1/2 inci (boleh ganti serbuk kunyit) *
Lengkuas 1/4 inci *
3 tangkai lada kering yang direbus (cili kisar pun boleh) *
5 keping asam keping (boleh ganti air asam jawa)
Daun kesum
Bunga kantan belah dua
Bendi
Garam & serbuk perasa
Cara membuat:
1. Kisar bahan bertanda * dengan air
2. Masukkan bahan dikisar dalam periuk bersama asam keping & bunga kantan. Biarkan sehingga air mendidih.
3. Masukkan ikan dan daun kesum, tambah air mengikut kepekatan yang kita nak.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa, bila ikan dah masak boleh tambah bendi. Siap! Sedap dan serius mudah.
Makan dengan sambal pauh, ada pulak ikan keringg, aduh…
Ramai sangka buah raspberi hanya boleh ditanam di negara cuaca sejuk dan tak sesuai ditanam di negara kita yang beriklim panas.
Tapi itu hanya sangkaan, rupanya boleh. Ia dibuktikan oleh Zaid Azizy Yaakob yang menanamnya di sekitar rumah. Bukan saja tanam buah raspberry, beliau juga turut menanam pokok blueberry dan anggur.
Cara tanam pokok raspberi
Ada yang kata pokok luar negara tak boleh berbuah, buang masa tanam tapi selagi kita tak cuba kita tak tau.
Kita cuba dulu baru kita tau. Ini pokok raspberry yang pernah saya tanam. Variety fall gold dan red amity, tanam terbuka saja. Panas hujan ok saja.
Anak benih pokok ini beli di Shopee saja, bau buah raspberry ini wangi sangat macm bau sabun.
Saya tanam cara org tua kampung, tak pakai baja beli cuma guna tanah bakar, siram air siang ikan, air beras. Lebih kurang macam tanam mulberry.
Tapi tak dinafikan pokok ini agak sensitif dengan air hujan berlebihan.
Tip semai biji benih raspberi
Sediakan pasu dengan saliran yang baik
2. Isikan dengan tanah, saranan 60 % tanah kompos, 30% pasir sungai, 10% tanah biasa.
3. Rendam biji benih dalam air selama 4-12 jam. (Boleh beli di SINI)
4. Tabur biji benih atas permukaan tanah dan tutup dengan tanah 2-3 cm
5. Letakkan pasu di tempat mempunyai cahaya matahari tapi elakkan terkena titisan hujan. Elakkan juga tanam terlalu lembap supaya biji benih tak terkena serangan kulat sebelum bercambah.
6. Biji benih rasbery memerlukan masa bercambah yang lama. Benh akan bercambah mulai minggu ke 8-12.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...