
Ikan cencaru ini memang sedap dimakan cuma selalu jadi masalah adalah bila nak buang kulit keras atau ‘jaket’ ikan ini.
Kalau salah cara, dengan isi sekali akan tercabut. Bagi menanggalkan jaket ikan tenggiri yang keras ini ada tekniknya. Boleh ikut perkongsian Mazlina Haji Ismail.
Teknik buang kulit ikan cencaru supaya isi tak tercabut
Cara saya: Yang ni saya tiru cara tauke ikan buka jaket atau kulit ikan cencaru. Dah hampir 30 tahun berlalu ingatan tentang cara buka jaket ni. Caranya;
1. Buang sirip tepi ikan
2. Cungkil/ hiris kulit tepi sirip.
3. Keluarkan kulit yang sedikit tu.
4. Pegang kulit dengan menggunakan tuala/tisu dapur/kertas.
5. Rentap atau tarik kulit sampai ke bahagian ekornya.
Ok lulus
Selamat mencuba.
Sumber: Mazlina Haji Ismail.
Kalau Tanam Pokok Sup Dari Biji Benih Tak Menjadi, Boleh Cuba Lagi Guna 2 Kaedah Ini. Confirm Hidup!

Isi Kandungan
ToggleRamai yang tanam pokok sup di rumah dan ramai juga yang selalu merungut pokok yang ditanam tak hidup.
Jika dah cuba beberapa kali tanam pokok sup tak menjadi, mungkin kena tukar cara penanaman. Tanam pokok sup ini ada 3 kaedah yang boleh digunakan.
Tak jadi cara pertama kita guna cara kedua dan ketiga. Kaedah tanam daun sup ini dikongsi oleh Pyan Sempoi yang telah mencuba semua cara ini.
3 kaedah tanam pokok sup
Jom tanam daun sup untuk kegunaan sendiri. Ada 3 kaedah untuk tanam pokok daun sup. Semua saya dah buat & berjaya, yang belum berjaya tanam daun sup boleh lah pilih salah satu dari kaedah yg saya kongsikan di bawah.
Kaedah pertama : semai biji benih
Cara semai:
1) Siapkan media tanam, saya guna peatmoss. Dah isi ke dalam bekas siram siap.
2) Tabur biji benih sikit saja, jangan banyak (secubit). Tak perlu timbus dengan media lagi sebab biji sup ini halus. Selepas spray air biji benih akan terbenam sendiri di celah-celah media. Banyak yang gagal sebab inilah, benih yg bercambah tak dapat tembus tanah untuk dpt cahaya.
3) Spray dengan air, cukup 1-2 kali spray saja.
4) Letak tempat teduh, nak tutup boleh pun boleh. Saya biar tak tutup.
5) Spray 2 kali sehari pagi & petang, Insya-Allah kalau benih bagus akan tumbuh selepas 7-10 hari. Kalau 2 minggu tak tumbuh jugak bererti gagal, kena cuba lagi.
Kaedah kedua : tanam semula akar pokok matang
Cara semai :
1) Pilih pokok sup yang masih segar dan ada banyak akar yang masih warna putih serta ada anak / tunas kecil. 3 syarat ini WAJIB!
2) Potong semua batang kecuali tunas kecil.
3) Rendam dalam air bagi tenggelam akar saja untuk aktifkan akar selama 1-2 hari.
4) Boleh tanam jika nampak akar makin sihat serta tunas makin segar & membesar. Jangan tanam dalam sangat, cukup kambus akar sahaja.
5) Siram sikit saja air jangan terlebih, ini pun jadi penyebab gagal sebab media terlalu becak.
6) Letak tempat teduh dulu 1-2 minggu.
Kaedah ketiga : tanam semula anak pokok yang tumbuh dari induk pokok hasil dari kaedah 1 atau 2
Cara tanam :
1) pokok induk mesti sihat, subur dan ada banyak anak pokok yang baru tumbuh. Pilih yang bersaiz setengah jengkal ke atas saja.
2) Korek atau cabut perlahan-lahan. Syarat kena ada akar bersama anak pokok (kalau cabut tiada akar baik campur dalam sup saja) Kena hati-hati waktu korek/cabut.
3) Tanam & letak tempat teduh selama 1-2 minggu sampai pokok stabil.
4) Siram sikit saja, macam kaedah 1 atau 2, jangan terlebih air.
Boleh pilih dari 3 cara di atas untuk tanam. Pokok sup ini tanam sekali saja, InsyaAllah boleh makan hasil berbulan-bulan jika rajin praktikkan kaedah no 3.
Selamat mencuba.
Sumber: Pyan Sempoi
Elak Kucing Jadikan Kawasan Rumah Kita Sebagai ‘Tandas’, Tak Perlu Sembur Apa-Apa Pun

Masalah kucing ‘membuang’ sekitar rumah memang membuatkan kita stres. Lagi sakit hati bila kita tak pelihara pun kucing dan yang punya angkara adalah kucing liar atau milik jiran.
Dah guna penyembur khusus atau cat repellent, letak air merah bagai tapi tak jugak jalan. Jika ini situasi yang sedang alami sekarang, mungkin boleh cuba alternatif perkongsian Ida Shahida. Cara pertama yang beliau amal memang lain sikit.
Tip elak kucing jadikan rumah kita ‘tandas’
Kucing ‘membuang’ di rumah anda? Jangan sampai tempat tu dah jadi tandas dia, hari hari berak di situ. Cuba buat seperti ini sebagai langkah awal dan berkesan.
Petua yang saya buat ialah:
-Bagi kucing kucing yang datang rumah saya tu makan. Saya letak makanan penuh 24 jam ada. Kucing datang makan kenyanga kemudian mereka pegi. Tak pernah berak di rumah saya, mai makan saja. Saya ingat adalah 8 ekor kucing dok datang makan.
Saya rasalah sebab mereka datang makan tu lah kucing ini tak berak di rumah saya. Mungkin balas jasa dok bagi makan hari hari. Saya juga siapkan satu bekas air lagi untuk kucing ini.

Selain itu ini ada lagi satu petua, buat semburan bawang putih dan serai.
Caranya;
-Ambil dua labu bawang putih bersama 3-4 batang serai. Potong dan kemudian kisar hingga hancur.
-Bila sudah hancur campur dengan air dan tapis.
-Ambil air yang ditapis masukkan dalam botol penyembur.
-Sembur di tempat yang kucing selalu kencing dan membuang najis.
Sumber: Ida Shahida
Kaedah lain, guna gelombang ultrasonic
Satu lagi langkah pencegahan yang boleh kita buat adalah guna produk ni https://invl.io/clihkc9. Ia menggunakan gelombang ultrasonic dan LED flashing light yang tidak disukaio oleh binatang. Bukan saja kucing, tikus, burung, kelawar juga akan menjauhi.
Selamat mencuba.
Selamatkan Nyawa Anak Jika Tercekik Makanan, Ibu Bapa Kena Belajar Teknik Heimlich

Isi Kandungan
ToggleBerita kanak-kanak maut akibat tercekik memang ada terjadi. Terbaru seorang anak maut akibat tercekik buah rambutan.
Kita mohon dijauhi dari berlaku pada ahli keluarga kita. Tapi pada masa yang sama ibu bapa juga perlu belajar teknik yang betul untuk menyelamatkan nyawa jika ia berlaku kepada anak kita.
Teknik untuk mengeluarkan bendasing atau makananan dari tekak ini dikenali sebagai Teknik Heimlich.
Perlu diketahui juga ada beza untuk melakukan teknik ini pada bayi bawah setahun dan juga kanak-kanak. Sebaiknya semua ibu bapa belajar skil ini.
Jika bayi kurang daripada setahun
1.Pegang bayi menggunakan satu tangan dengan kedudukan kepala ke bawah, lebih rendah daripada badan.
2. Kemudian tepuk di antara tulang belikat menggunakan satu tangan sebanyak 5 kali. Perhatikan jika objek atau bendasing sudah keluar atau tidak.
3 Jika makanan tidak keluar, baringkan bayi. Menggunakan dua atau tiga jari tekan tengah dada bayi sebanyak 5 kali.
4. Jika bayi masih lagi tercekik ulang kaedah 1-3 sehingga bantuan kecemasan tiba.
Teknik untuk kanak-kanak dan remaja
1. Tundukkan badan kanak-kanak (boleh juga minta anak duduk) lalu tepuk lima kali di antara tulang belikat menggunakan sebelah tangan. Perhatikan jika objek sudah keluar atau tidak.
2. Jika tidak keluar, letak sebelah tangan di belakang badan anak. Sebelah lagi tangan di bahagian dada lalu tekan dada anak menggunakan bahagian bawah telapak tangan sebanyak 5 kali. Lihat sama ada objek sudah keluar atau tidak.
3. Jika tidak ulang langkah 1 dan 2 hingga bantuan sampai.
INFO
Anak berisiko tercekik makanan jika;
- Ambil makanan keras dan bulat
- Saiz makanan melebihi setengah inci
- Makan sambil berjalan dan bermain
- Makan di dalam kenderaan
Sumber: Public Health Malaysia & www.raisingchildren.net.au