Nak cuba tanam sayur, tapi nak cara mudah. Kalau boleh tak mahu selalu siram. Boleh saja! Guna teknik tanam dalam nutripot.
Caranya dikongsi oleh usahawan tani, Azuan Abdullah. Ikut saja langkah demi langkah di bawah ini.
Tanam sawi dalam nutripot lagi mudah
Dalam banyak-banyak teknik tanam sawi di rumah, teknik ini yang paling mudah dan berkesan buat saya . Ianya dipanggil teknik nutripot buatan sendiri. Apa yang specialnya diy nutripot ni?
Melalui teknik ini, kita bagi baja bersama air semasa siraman. Paling best, siraman dibuat seminggu sekali bagi pokok yang masih kecil. Bila pokok usia 3 minggu, baru kita siram 2 kali seminggu. Jimat masa, jimat baja dan jimat tenaga. Bestkan!
Walaupun siraman hanya 2 kali seminggu, pokok tak akan mati kelayuan. Hasilnya pun boleh tahan ohsem, lebih kurang 500 gram untuk 1 pasu.
DIY nutripot untuk tanam sawi
Ini bahan-bahan yang diperlukan;
1. Pasu 2. Tong/baldi yang dapat muat 1/3 – ½ pasu. 3. Span 4. Cocopeat 5. Air baja AB
1. Pilih kombinasi pasu dan tong/baldi yang sesuai. Pastikan 1/3 – ½ daripada pasu boleh masuk ke dalam tong/baldi.
2. Pilih pasu yang ada lubang ya. Jika tak ada lubang, wajib buat lubang pada dasar pasu tersebut.
3. Masukkan pasu ke dalam tong. Ukur paras kedalaman bahagian pasu yang boleh masuk dalam tong/baldi. Saya tanda dengan marker pen paras tersebut.
Ads
4. Keluarkan pasu dari tong dan ukur paras bertanda tersebut. Dalam contoh ini, paras yang ditanda dengan marker dengan hujung pasu adalah 10 cm.
5. Ukur pula tong/baldi tersebut. Tandakan point dengan ukuran 2 cm lebih daripada paras pasu. Ini bermaksud point itu berada 12 cm.
6. Tebuk lubang pada point yang kita tanda tu. Minimun 2 lubang. Maksimun 4 lubang. Tujuannya adalah sebagai lubang over flow jika air terlebih nanti.
Ia juga boleh meningkatkan kadar pengudaran akar nanti. Lubang tu jangan besar sangat ya. Jika lubang besar, si aedes boleh masuk bertelur nanti.
Ads
7. Potong span ikut kesesuaian lubang dan ketinggian pasu. Ini saya guna span akuarium.
8. Masukkan span ke dalam lubang pasu. Pastikan hujung span mencecah pada bahagia dasar tong/baldi.
9. Masukkan cocopeat yang telah dibilas ke dalam pasu. Tak perlu penuh. Memadai tenggelam span atau ¾ daripada tinggi pasu.
10. Tanam anak benih sawi yang telah disemai. Pilih anak yang sihat dan bebas penyakit. Usianya lebih kurang 14 hari lepas semai dan ada 4-5 helai daun. Jarak lebih kurang 6 inci.
Siap tanam, siram pasu tersebut dengan air baja AB hingga lelehan air keluar melalui lubang over flow yang kita tebuk tadi. EC baja 1.5 mS
Ads
11. Jadual siraman dan kepekatan air baja adalah seperti berikut. Minggu 1 : 1 kali seminggu, EC 1.5 Minggu 2 : 1 kali seminggu, EC 1.8 Minggu 3 : 1-2 kali seminggu, EC 2.0 Minggu 4 & 5 : 1-2 kali seminggu, EC 1.5 ** Siraman dibuat hingga air sampai ke paras lubang “over flow”
12. Ini keadaan pokok sawi yang berusia 35 hari lepas tanam. Dia punya daun berkilat-kilat kan. Yang pasti, ia bebas racun kimia.
13. Satu pasu ini dapat hampir 500 gram. Jika tak nak potong pokok pun boleh. Memadai kita ambil 2-3 helai setiap pokok. Cara macam ni, pokok boleh tahan lama. Alhamdulillah rasanya tak pahit dan sangat rapuh.
Kalau tak nak DIY pasu ini pun boleh. Beli terus pasu nutripot yang dah siap. Ada jual di Shopee.
Orang perempuan memang prihatin bab kecantikan terutama kulit wajah. Sebab itu kalau ada tip atau petua cantik mereka memang rajin mencuba.
Apatah lagi kalau petua itu tak memakan belanja yang besar serta mudah. Seperti yang dikongsi oleh Norafiza Mahmud
Mempunyai kulit yang mulus, katanya masker tomato adalah rahsia kulit wajahnya halus seolah-olah dia melakukan treatment di spa yang berharga RM500.
Paling best kata Norafiza, amalan masker tomato ini juga buat jerawat dan minyak ‘segan’ untuk timbul di wajahnya.
Kalau tengok dari cara membuatnya memang senang, hari ni juga boleh cuba. Jom ikut langkah-langkah yang dikongsi Norafiza.
Amalan kulit muka mulus dan glowing
Amalkan hydrating mask ni untuk kelembapan kulit muka agar mulus dan glow, mengecilkan pori-pori, serta sapu sekitar kaki dan tumit kaki yang kering atau merekah. Amalkan selalu, in shaa Allah kulit seperti rawatan spa bernilai rm500.
HYDRATING MASK SCRUB
1 sudu madu 1 biji tomato 2 sudu beras ( blend halus) 1 sudu yogurt asli
Rahsia dan cara-cara aku kongsikan di setiap gambar.
Sebiji tomato tapi tiga kali penggunaan.Masukkan beras hancur 2 sudu.Tambah dengan yogurt asli.Masukkan satu sudu madu asli.Campurkan semua bahan, gaul sebati.Wrap dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit atau 1 jam untuk memastikan beras hancur tadi kembang dan sebati dengan bahan-bahan lain.Sangat elok hydrating mask digunakan dalam suhu yang sejuk. Mengembalikan keremajaan kulit secara semula jadi. Proses ini akan menjadikan pori-pori mengecil. Kulit akan kelihatan mulus dan halus lebih segar. Fuhhhhhh! Diamkan 15 minit atau 20 minit. Kalau nak 30 minit pun boleh. Kemudian scrub sehingga kalian berpuas hati.
Selepas 30 minit. Buang semua black head dan white head. Kemudian cuci menggunakan hydrating mask kembali dan bilas.Last, tonyoh ais pada wajah. Proses ini akan menambah kesegaran kulit dan mengecilkan pori-pori dengan lebih baik. Selamat mencuba semua.
Bila dah amal, jerawat pun segan timbul
Takda rahsia langsung kenapa jerawat dan minyak segan nak timbul. Sebiji jerawat pun malu nak tumbuh time period.
Semua amalan ini perlu melalui prosess detox body dahulu dan BRIGHTENING MASK yang Cik Oya kongsikan sebelum ini. Baru kesan dapat dicapai secara maksimum!
Ha amacam senangkan petua dia, berbaloi betul kalau dapat kulit cantik kan! Jangan baca saja, cubalah.
Kalau buat bubur atau hidangan sup Chinese stail, chili oil ini kena ada. Lagi sedap jadinya hidangan. Tapi bukan saja dengan bubur atau sup, makan dengan apa saja pun sesuai.
Chili oil ini akan jadi penambah keenakan, dapat pula yang pedas. Memang ketagih. Chili oil Chinese stail ini elok sangat buat sendiri untuk kegunaan di rumah. Bagi yang suka pedas guna cara yang dikongsi oleh Mary Teo Lee Na.
Cara buat Chinese chili oil yang pedas sedap
Homemade Chinese Chili Oil dah siap. Makan bersama pau goreng atau makan dengan apa saja pun sedap. Warning, pedas giler!
Bahan-bahan
100gm cili kering pedas
1 sudu kecil biji bijan putih
*1 1/2cawan besar minyak
*1 batang kayu manis
*2 bunga lawang
*3 daun salam kering
*6 biji cengkih
*1 sudu kecil lada hitam kasar
*1/2 sudu besar garam
*1/2 sudu kecil jintan manis
*1/2 sudu kecil jintan hitam
*1/2 inci halia dihiriskan
Bekas kaca – ‘sterilized’ untuk simpan cili
Cara membuat
1. Cili kering pedas dibasuh dan sangai diatas kuali sehingga merah gelap.. Sejukkan dan blendkan sehingga jadi cili flakes. Bahagikan kepada dua, satu bahagian dimasak dalam minyak dan satu bahagian dalam bekas kaca
2. Biji bijan putih disangai sehingga kuning, kemudian masukkan dalam bekas cili tadi.
3. Masukkan semua bahan bertanda dalam periuk dengan minyak. Masak guna api sederhana dalam 5 minit sehingga minyak mendidih. Matikan api dan tapiskan minyak dari rempah-rempah.
4. Masukkan semula minyak tadi dalam periuk dan masukkan sebahagian cili tadi dan masak dengan api kecil sehingga mendidih dan keluar bau wangi cili.
5. Matikan api dan tuangkan terus panas-panas ke dalam bekas yang diisi dengan sebahagian cili dan biji bijan tadi.
6. Gaul dengan sudu bersih dan kering. Masukkan garam. Tunggu sehingga sejuk baru tutup dan simpan.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...