
Isi Kandungan
Toggle
Bila kebersihan dalam kereta tak dijaga contohnya sisa makanan manis dan juga minuman tak dibuang dan dibersihkan makan lipas pasti akan merayap masuk dalam kereta.
Sekali dah masuk dan beranak pinak dalam kereta memang susah nak dibuang. Ada yang terkejut ketika memandu gara-gara lipas yang merayap ini. Memang berbahaya, boleh jadi penyebab kemalangan.
Supaya perkara buruk tak terjadi dan lipas ini tidak membiak dalam kereta dengan lebih banyak maka eloklah ambil langkah menghapuskannya.
Selain menggunakan semburan penghapus lipas atau serangga, kita juga boleh menggunakan petua mudah ini untuk menghapus lipas yang ada dalam kereta.
Bahan-bahan
- Sedikit marjerin
- Minyak masak terpakai
- Susu pekat manis
Cara-caranya
- Masukkan kesemua bahan tadi dalam satu bekas kemudian letak dalam kereta semalaman.
- Esoknya anda akan lihat hasilnya. Anak-anak lipas akan terperangkap dalam cecair ini dan mati.
- Ulangi petua ini sehinggalah masalah lipas dalam kereta selesai.
Cara Ringkas Masak Nasi Hujan Panas & Ayam Masak Merah Kenduri, Guna Beras Biasa Saja

Isi Kandungan
ToggleDalam bulan Syawal ini kita memang sentiasa kena sedia dengan kehadiran tetamu yang datang beraya. Menu untuk jamu tetamu pun elok juga dah ada dalam fikiran supaya senang nak masak nanti.
Salah satu yang boleh kita hidangkan adalah nasi hujan panas! Guna beras biasa pun boleh, hidang dengan ayam masak merah bersama acar mentah. Setel.
Ringkas dan sesuai sangat untuk hidangan tetamu yang datang waktu tengah hari atau malam. Cara membuat boleh ikut perkongsian Raja Amanina.
Cara masak nasi hujan panas, menu ringkas jamu tetamu beraya
Bahan-bahan:
Beras-cuci dan toskan (boleh gunakan beras basmati juga suka)
Air (ikut sukatan beras)
1 biji bawang besar -dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia -dikisar
3 sudu makan -butter atau marjerin
1 cawan susu cair
4 sekawan(kayu manis, cengkih, lawang, pelaga)
Daun pandan
1 batang serai diketuk
Secubit garam
Pewarna hijau, kuning & merah
Cara membuat
- Panaskan periuk cairkan marjerin dan tumis bahan kisar, 4 sekawan, daun pandan dan serai hingga naik bau.
- Masukkan susu cair dan beras
- Tambahkan air & garam.
- Tunggu hingga mendidih dan nasi mula kering &titikkan pewarna di tempat berasingan. Tutup periuk
- Biarkan seketika dan gemburkan nasi pakai garfu
Ayam Masak Merah Kenduri
Bahan-bahan:
10-12 ketul ayam kunyit garamkan dan goreng separuh masak
2 biji bawang besar -dikisar
5 ulas bawang merah -dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia
1biji bawang besar -dihiris
2 genggam cili kering rebus & kisar hingga halus
3 batang serai diketuk
2 helai daun limau purut
3 biji tomato
3 sudu makan sos cili
4 sekawan(kayu manis, cengkih, lawang &pelaga)
Asam keping
Gula garam secukup rasa
Cara membuat:
- Tumis bawang bersama serai, 4 sekawan hingga wangi & masukkan cili kisar masak hingga pecah minyak.
- Masukkan tomato, sos cili & daun limau purut.
- Tambahkan sedikit air,asam keping dan masukkan ayam.
- Masak hingga pecah minyak tambahkan bawang hiris dan perasakan gula garam
Acar Timun
Bahan-bahan
2 biji timun
Sedikit kubis -dihiris
Lobak merah -hiris
Cili padi -dihiris
Bawang besar 2 biji -dihiris
Sedikit pewarna kuning (optional)
Cuka 1 senduk kecil
Gula
Garam
Sedikit air
Cara membuat:
Campurkan semua bahan gaul sebati perasakan gula dan garam agar rasanya seimbang.
Selamat mencuba.
Sumber: Raja Amanina
Cara Renew Pasport Online, Senang, Tak Perlu Beratur & Tunggu Lama Dah!

Isi Kandungan
Toggle
Syoknya keluar negara, tapi bila ingat bab renew pasport ramai pulak yang mengeluh. Kita dah boleh bayang barisan panjang dan penantian yang lama di pejabat imigresen walaupun sebenarnya dah keluar awal pagi
Tapi mungkin ada yang tak tahu atau tak perasan, sebenarnya untuk khidmat renew atau memperbaharui pasport boleh saja dilakukan menerusi dalam talian atau online. Jadi anda tak perlulah beratur panjang menunggu nombor dipanggil. Macam mana caranya? Boleh ikut perkongsian dari @Najib_Ayub
Renew passport online
Pernah tak pergi imigresen awal pagi mengharapkan boleh dapat nombor giliran yang terawal dan nak cepat settle. Sekali tengok line beratur dah panjang. Jangan risau sekarang kita dah boleh renew passport online guys.
Sebab aku baru je renew passport guna online. Jimat sikit masa , kalau tak bercamping laa aku dekat imigresen sampai ke petang. Cara dia senang je. Korang pergi website imigresen Malaysia.
1. Pergi ke link imigresen: https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport
2. Isi details yang diminta kemudian pilih cawangan imigresen untuk pick up pasport.
3. Kemudian upload gambar. Ini tricky sikit. Kalau gambar yang di upload tak kena spesifikasi, kena tangkap gambar semula dekat kaunter. Bila jadi macam ni, lama la nak tunggu siap pasport tu. Make sure background putih dengan gambar ‘sharp’ jangan blur ye.
4. Lepas semua dah isi online, submit dan boleh buat pembayaran online.
Untuk umur 13 -59 tahun : RM 200
Warga emas pula (60 tahun dan keatas) : RM100
Setelah semuanya selesai, akan mendapat maklumat transaksi seperti status, nombor resit, cawangan kutipan, tarikh kutipan dan masa kutipan.
5. Bila nak amik passport benda yang kena bawa ke pejabat imigresen adalah:
– Print resit online
– IC original
– Passport lama
7. Sampai kaunter terus ambil nombor, kata nak pickup passport online. Pastu dah boleh duduk tunggu sampai no kita dipanggil. Macam aku dia bagitau dalam 20 minit nanti dah boleh amik kalau gambar yang upload tak kena reject.
8. Tunggu punya tunggu, 5 minit dia panggil untuk sign borang pengesahan, 15 minit kemudian nombor dah kena panggil. Pergi kaunter terus amik passport. Nasib baik tak kena reject gambar, tidak lama lagi kena tunggu.
TIP
Kalau apply sebelum 12 PM, pasport boleh siap dalam hari yang sama. Petang dah boleh pergi ambil. Tapi kalau apply selepas kul 12 mungkin keesokan harinya siap. So tu je caranya. Senang kan.
Sumber:Najib Ayub
Salah Pilih Beg Sekolah Boleh Mudaratkan Bahagian Belakang Anak. Doktor Kongsi 3 Ciri Beg Galas Yang Elok

Isi Kandungan
ToggleAntara persiapan persekolahan yang ibu bapa akan buat bila buka sesi persekolahan baru adalah membeli beg sekolah.
Biasanya ibu bapa lebih perhatikan harga beg berbanding keselesaan anak. Harga mungkin murah tapi kalau anak tak selesa dan buat anak sakit memang tak berbaloi.
Jadi sebaiknya ibu bapa ambil kira keselesaan anak waktu pemilihan beg ini. Lebih-lebih lagi salah pilih beg sekolah juga boleh menyebabkan anak mengalami masalah kesihatan termasuklah skoliosis yakni tulang belakang bengkok. Takut kan!
Oleh itu untuk pastikan beg sekolah yang dibeli tak mudaratkan anak, boleh ikut perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Cara betul pilih & galas beg sekolah
Sekarang tengah musim ibu bapa beli peralatan sekolah, dan salah satu kelengkapan penting adalah beg sekolah. Ibu bapa perlu beli beg sekolah yang betul untuk elakkan kemudaratan pada anak-anak.
Pemilihan beg yang salah boleh menyebabkan sakit tengkuk, sakit belakang, serta masalah-masalah tulang belakang yang lain, seperti skoliosis dan kyphosis.
Cara pilih beg yang betul
- Jenis:— mempunyai dua tali penyandang, dan penyandang mempunyai pelapik span. Penyandang yang mempunyai klip penyambung di bahagian hadapan adalah digalakkan.
- Dalaman:— mempunyai pembahagi ruang atau jalur pengikat, agar buku boleh disusun rapi serta diletakkan berhampiran pada ruang yang dekat kepada tubuh pemakai.
- Saiz:— bahagian atas beg mesti berada di paras belikat dan bahagian bawah hanya berada di lengkung pinggang. Jika bahagian bawah mencecah punggung, bermakna beg terlalu besar.
Cara galas beg yang betul
1. Berat beg dan isinya tidak melebihi 15% berat badan pemakainya. Jika berat pemakai 20kg, maka berat beg mestilah tidak lebih 3kg. Jika ada muatan lebih, bawa di tangan dan dilekapkan ke dada.
2. Tali penyandang dipendekkan sehingga beg rapat ke tubuh da tidak londeh. Ia memastikan beban dapat ditampung dengan baik, serta mengelakkan beg berhayun semasa berjalan/berlari.
3. Tidak menjinjing atau menggalas hanya sebelah tali penyandang beg, untuk mengelakkan bebanan tertumpu hanya pada sebelah bahagian tubuh. Bebanan tak simetri boleh menyebabkan skoliosis.
Semoga penerangan ini memberi manfaat kepada ibu bapa dan anak-anak!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Greatlife Physiotherapy & Rehabilitation