Santan perah memang tak dapat dinafikan lagi sedap kalau kita guna dalam masakan. Tapi ramai tak tahu teknik perah santan untuk dapatkan santan pekat lebih banyak. Bila dapat santan pekat macam ni, guna dalam masakan memang puas hati.
Yatie Eimra ada berkongsi teknik perah santan yang diajar oleh ibunya untuk dapatkan perahan santan yang pekat.
Ini cara yang mak saya ajar untuk dapatkan perahan santan pekat. Alhamdulillah, sejak dari zaman sekolah dulu sampailah sekarang saya masih gunakan cara mak. Ini caranya.
1. Sediakan air suam
Untuk dapatkan santan yang pekat, kita kena gunakan air panas suam & gunakan blender. Jangan guna air terlampau panas (air panas menggelegak) sebab santan akan pecah minyak. Gunakan air panas & air masak dalam anggaran 1 : 1.
Ataupun kalau simpan kelapa parut dengan cara frozenkan, boleh juga guna air panas & air masak dalam nisbah 2 : 1 (supaya tak terlampau panas & dalam masa yang sama kelapa parut tu jadi suam). Air kena suam supaya santan lebih mudah diekstrak/diperah.
Ads
2. Bahagian santan pada 2 bahagian
Air panas suam tadi dituang sedikit dalam bekas berisi kelapa parut, ramas kelapa parut agar sekata. Kemudian bahagi kelapa parut pada 2 bahagian. Ambil 1 bahagian, masuk dalam blender, tambah air suam sikit (sampai boleh blend saja). Perah/tapis santan tadi.
3. Guna air perahan santan pertama
Ambil satu lagi bahagian kelapa parut tapi kali ini gunakan santan yang telah diperah tadi. Tak perlu tambah air lagi. Gunakan santan perahan pertama tadi saja.
Ads
Kenapa kelapa parut kena bahagi 2? Sebab kalau sekali blend saja lebih banyak air yang perlu ditambah untuk pastikan kelapa parut dikisar dengan lancar. Tapi dengan asingkan 2 bahagian & blend 2 kali, hanya kali pertama saja kita tambah air.
Tengok dalam gambar di bawah, lapisan air (air yang ditambah) tak sampai ⅓ bahagian pun. Lapisan atas semuanya santan pekat/kepala santan. Biasanya jika saya buat sekali blend jer, lapisan air dah hampir separuh dari santan.
4. Blend semua sekali
Ads
Bila sudah blend semua kelapa parut, barulah blend sekali lagi (semua sekali) & tambahkanlah air untuk dapatkan santan cair. Walaupun blend kali kedua ini dapat santan cair saja tapi masih ada sikit lagi lapisan pati santan pekat (rujuk gambar di bawah).
Cara ini untuk sebiji kelapa jer. Kalau nak buat lebih dari sebiji kelapa, biasanya saya blend sebiji demi sebiji. Tambah air hanya untuk kelapa yang pertama, kelapa selebihnya gunakan perahan santan untuk blend. Kalau guna cara ni, nak buat tahi minyak pun kejap jer sebab kandungan air sikit saja.
TIP
Jika nak santan tahan lama, pastikan guna air masak (jangan guna air paip) & taburkan garam sikit pada lapisan atas santan (jika simpan santan bahagian fridge bawah untuk beberapa hari). Kalau nak frozenkan pun boleh juga.
Bertih jagung
Minyak masak
Gula
Butter
Pewarna masakan
Sebelum masak pastikan pilih bertih jagung yang elok, bertih yang kempis asingkan atau buang. Bertih jagung ini ada jual di supermarket. Boleh tanya pekerja kedai kalau tak tahu. Jangan beli bertih jagung untuk ayam pulak ya.
1. Letak minyak dalam periuk atau kuali besar. Kalau baru nak cuba, letak sikit dulu.
Tutup periuk. Sambil itu akan dengar bunyi pop dari bertih jagung menandakan ia sedang masak. Biarkan bertih masak sepenuhnya, tunggu sampai bunyi tadi hilang.
2. Dah menjadi pop corn kita
3. Untuk buat karamel, dalam kuali satukan mentega, gula dan pewarna. Kacau sentiasa gna api sederhana.
Boleh juga guna marjerin, warna terpulang ikut cita rasa. Seeloknya guna kuali besar supaya senang nak kacau tak tumpah.
4. Bila mentega, gula dah cair, masukkan pop corn tadi. Gaul rata. Siap.
Sebungkus bertih jagung dapat 3 talam pop corn. Banyak kan. Puas hati buat sendiri.
6. Biarkan sejuk, karamel akan keras sejuk kemudian masuk dalam bekas kedap udara.
Simpan RM5, cukup hujung tahun dapat beli emas. Jangan tak percaya memang boleh! Perkara ini sudah dipraktikkan Chienta Mul’aien II .
Menurutnya dia menyimpan duit RM5 setiap hari dan hasil terkumpul hujung tahun cukup untuk membolehkannya menambah koleksi emas yang juga pelaburan terbaik untuk masa depan.
Caranya boleh ikut perkongsian beliau.
Tip kumpul duit RM5 untuk beli emas hujung tahun
Saya nak share terutama untuk suri rumah. Dari awal kahwin saya didik diri untuk simpan duit RM5. Termasuklah duit belanja atau duit nafkah yang diberi suami.
Setiap kali balik kedai ada saja note RM5 saya akan terus masuk dalam tabung.
Jika mampu boleh juga kumpul duit RM20. Tidak kira berapa baki RM5 pasti akan masuk dalam tabung. Begitu juga jika ada duit hasil berniaga tetap akan masuk dalam tabung juga.
Kena disiplin menyimpan duit setiap hari.
Hasilnya
Cukup setahun hasilnya sangat memuaskan hati. Dan setiap hujung tahun pasti saya akan membeli emas hasil duit simpanan RM5 ini.
Hasil simpanan duit RM5.
Cabarannya
Tidak kisah walau pernah diperli pasangan lain (ketika di kedai emas) yang mengatakan saya korek tabung untuk membeli barangan emas berkenaan.
Saya tidak marah kerana hasil menabung ada juga faedahnya.
Saya tidak malu beli emas menggunakan duit RM5 berkenaan kerana ia hasil dari duit menyimpan saya selama setahun.
Satu kepuasan dalam membeli emas.
Kebaikan lain
Boleh digunakan ketika kecemasan. Pernah berlaku apabila suami kemalangan dan tiada duit dan pilihan terakhir tukar beli emas dengan duit untuk baiki kendereaan yang rosak.
Nilai emas makin lama makin naik dan memang tidak rugi membelinya kerana ia simpanan jangka panjang yang menguntungkan.
Tidak rugi membeli emas.
Jangan Lupa
Tapi janganlah sesekali lupa bayar zakat emas jika sudah cukup kiraannya. Ada kiraan tertentu yang telah ditetapkan mengikut negeri masing-masing.
Daun kesum banyak kegunaan dalam masakan, jadi berbaloi sangat kalau nak tanam. Kalau kawasan rumah tiada tanah pun kita boleh tanam daun kesum ini.
Antaranya guna teknik tanam dalam kotak polisterin seperti yang dikongsi oleh Muhammad Ashaabul Yamin.
1.Beli daun kesum dekat kedai. Asingkan batang dan daun
2. Sediakan kotak polisterin/kabus dan span basuh pinggan.
3. Gunakan pisau dan pembaris bagi memudahkan kerja mengukur dan memotong
4.Potong kotak polisterin separuh macam gambar di bawah.
Kita akan guna bahagian bawah saja untuk takungan air. Separuh bahagian atas, boleh simpanlah untuk kegunaan lain.
5. Ukur saiz span pada penutup polisterin, kemudian potong ikut ukuran.
6. Ini kejadiannya.
7. Kelarkan span menggunakan pisau bagi memudahkan semaian batang kesum.
8. Ramai yang tanya air apakah ini. Inilah baja A dan B. Boleh beli di Shopee atau nurseri.
9. Saya menggunakan baja air bagi memudahkan larutan baja dengan air. Sukatan baja, air paip 1.5 liter bersamaan 3 penutup baja A dan B. Kalau separuh kabus menggunakan 9 liter air terus darapkan untuk sukatan air baja.
10.Bahagian polisterin sebelah atas yg dipotong tadi atas saya buat alas bahagian takungan.
Hasil selepas lebih sebulan 09/06/2020. Mula tanam 01/05/2020.
Di bahagian dalam takungan
Cara penanaman macam ni senang nak jaga, tak perlu siram dah, dan kawasan tak kotor dengan tanah.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...