Bagi yang suka bercucuk tanam di halaman rumah, pasti susah hati untuk tinggalkan rumah balik ke kampung untuk beraya dalam tempoh lama. Takut tanaman layu dan mati bila tak bersiram.
Tapi tip dari Puan Lina Sahedin yang dikongsi melalui Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri ini mampu mengelak situasi pokok bunga atau tanaman mati dari terjadi. Caranya mudah dan murah, modal cuma plastik dan getah saja.
Modal cuma plastik & getah
Beginilah cara saya buat kalau nak tinggal rumah dalam beberapa hari. Saya buat begini, mudah modal kurang sebab saya ada banyak jugak pasu depan, belakang dan tepi rumah.
Caranya:
Ads
1. Isi air dalam plastik dan ikat tapi jangan ikat terlalu padat sebab air keluar akan cepat. Biar longgar saja plastik.
Ads
2. Cucuk plastik berisi air dengan hujung jarum peniti agar air dapat keluar secara perlahan.
Ads
3. Insya-Allah cara ni boleh bertahan beberapa hari. Selamat mencuba semua.
Sumber : Lina Sahedin via Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Ramai yang memelihara kucing di rumah. Memang syok membelai dan lihat keletah haiwan manja ini.
Tapi ada juga part yang tak best, antaranya bau najis kucing. Kalau pelihara seekor dua mungkin ok lagi tapi kalau banyak dan tak dijaga betul rumah akan berbau busuk.
Memang tak selesa, apatah lagi jika ada pula tetamu yang datang. Bagi pencinta kucing dan memelihara banyak haiwan ini mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Iskandar Muadz ini.
Memelihara 10 ekor kucing namun setelah tiga hari mempraktikkan tip menggunakan daun pandan ini bau najis kucing tidak terhidu pun.
Pelihara 10 ekor kucing tapi tiada bau busuk!
Caranya;
1. Sediakan pasir kucing dalam bekasnya.
2. Ambil 4 helai daun pandan kemudian potong beberapa bahagian (ikut suka).
3. Letak daun pandan yang dipotong dalam bekas pasir kucing tadi (letak 4 helai daun pandan dalam 1 bekas).
Daun pandan ini menurutnya boleh tahan dalam 3 hari. Lagi kering lagi kuat bau pandan.
Memandangkan bilangan kucing agak banyak jadi beliau menggunakan cara ini dan hasilnya memang tiada lagi bau najis kucing, diganti bau daun pandan.
Kuih puteri ayu antara santapan biasa kita waktu pagi mahu pun petang. Rasa yang manis, tekstur lembut bersama kelapa buat ia jadi kegemaran ramai.
Jika satu keluarga suka dengan kuih ini, elok juga kalau kita belajar buat sendiri. Nak buat 100 biji pun boleh, puas hati makan. Sambil itu boleh sedekah juga pada ahli keluarga terdekat atau jiran.
Cara buat kuih Puteri Ayu, dapat 100 biji sekali masak
Hari ini kita siapkan order 100 biji kuih puteri ayu. Resipi saya buat sekali harung saja, dalam satu bancuhan. Dapat dalam 140 lebih juga. Bagi yang cari resepi kuih puteri ayu satu adunan dapat banyak boleh guna resipi ini. Saya pun dapat dari sahabat di Facebook je. Tapi alhamdulillah menjadi resipi puteri ayu 100 biji.
Bahan ayak
10 cawan tepung gandum
5 sudu kecik baking powder
(Dah siap ayak, ketepikan dulu)
Bahan untuk mixer
6 biji telur gred A/B
4 cawan gula halus
5 sudu kecik ovalette
(Putar dalam mixer bahan di atas sampai kembang putih dan bertanduk. Dalam 5 minit. Ini langkah paling penting)
Bahan berair
2 cawan santan pekat
2 cawan air pandan (kisar 5 helai daun pandan, tapis dan ambik airnya)
1 cawan air putih
Cara membuat:
1. Campurkan semua bahan berair dalam satu jag.
2. Dalam satu bekas, masukkan bahan yang mixer berselang seli tepung dan bahan berair. Putar supaya sekata saja, tak perlu putar lama.
3. Apabila dah siap putar, ketepikan dan perap adunan dalam 1 ke 2 jam
4. Sambil itu panaskan kukusan, kukus kelapa parut yang digaul jaram dan sedikit tepung jagung selama 5 minit.
5. Sementara itu oles acuan puteri ayu dengan minyak. Bila kelapa parut dah siap kukus keluarkan. Biarkan air kukusan mendidih.
6. Masukkan kelapa parut dalam acuan, tekan sampai habis dalam. Menggunakan piping bag masukkan adunan dalam acuan bila adunan dah siap perap satu hingga dua jam.
7. Sebelum guna adunan, guna spatula kaup balik untuk buang angin kemudian baru masukkan dalam piping bag dan tekan ke dalam acuan.
8. Kukus antara 8-10 minit saja. Penutup periuk kukus pastikan dilapik kain. Supaya air tak jatuh atas kuih yang akan menyebab kuih bantat.
9. Dah cukup 8 minit, angkat dan keluarkan. Masukkan acuan lain dan kukus lah smpai siap semuanya.
Bila nak masak sup daging atau sup tulang, perkara utama yang kita kena buat adalah pastikan daging itu empuk dan lembut.
Jika daging liat memang spoil, susah nak makan. Walaupun supnya sedap tapi ia tetap potong selera.
Bagi memastikan sup daging atau sup tulang yang kita buat dagingnya lembut dan empuk boleh pratikkan petua mudah ini.
Tak perlu macam-macam, cuma guna ais. Petua yang diperoleh dari tukang masak Thai ini dikongsi oleh Norsazennny Ariffin & Nurazimah Azimah yang turut mencubanya.
Tip lembut dan empukkan daging dengan cepat
Cara ini selalu saya buat waktu nak masak daging. Nak masak sup daging, sup tulang pun tak perlu lama.
1. Rebus dulu daging 20 minit hingga 30 minit (sambil itu bolehlah sediakan bahan-bahan lain).
2. Waktu air sedang mengelegak kuat, masukkan ketul ais (jumlah yang banyak, bukan seketul dua).
3. Biarkan seketika tak perlu ditutup. Kemudian periksa sama ada daging dah empuk atau tidak.
4. Jika dah empuk boleh tutup api.
5. Kemudian bolehlah masak daging tersebut seperti biasa.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...