Bawang putih ini selalu dikaitkan sebagai makanan untuk buang angin dalam badan.
Kalau makan mentah memang ramai tak lalu, tapi kalau buat kerepek bawang putih atau crunchy garlic memang laju saja habis. Boleh makan dengan nasi, nasi goreng malah ramai yang makan begitu saja.
Crunchy garlic ini juga banyak dijual, tapi sebenarnya boleh saja kalau nak buat sendiri sebab mudah. Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian Ana Mohd.
Buat sendiri Crunchy Garlic, rangup krup krap
Siapa suka makan crunchy garlic atau ada yang panggil kerepek bawang putih? Mudah saja buat, cuma kena tau teknik supaya garlic tak rasa ‘something’.
1.Bawang putih jika belum kupas, rendam dengan air suam supaya senang nak kupas kulit.
2. Sagat dan rendam dalam air garam untuk seketika.
Ads
Saya guna penyagat Speedy Mando Tupperware, mudah. Boleh beli di Shopee, klik SINI.
3. Basuh bersih. Bilas banyak kali supaya getah bawang putih betul-betul hilang.
Ads
4. Tos bawang putih sagat dan tabur sedikit tepung beras jika suka.
5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Kemudian goreng, guna api besar. Bila dah nampak buih-buih dah dah kurang dan warna bawang putih dah nak perang, perlahankan api dan kacau sentiasa.
6.Bila dah nampak keperangan sedikit, terus angkat masuk dalam penapis yang dialas dengan tisu dapur.
Ads
Jangan biarkan bawang putih dah garing baru nak angkat, nanti jadi pahit dan hangus. Sebab masa angkat, bawang putih masih dalam proses ‘memasak’.
Dah siap.
Boleh juga tabur dengan serbuk lada hitam untuk rasa pedas.
INFO: Boleh juga masukkan halia yang dihiris halis bersama bawang putih waktu menggoreng.
Pokok bunga Ros Jepun ini memang ramai peminatnya. Berseri laman rumah bila ada pokok pelbagai warna bunga ini. Pada masa cara nak tanam Ros Jepun ini juga senang dan tidak sukar dijaga.
Tapi untuk memastikan ia rimbun, banyak cabang dan lebat bunganya ada teknik yang perlu dipraktikan semasa menanamnya. Caranya dikongsi oleh penjual pokok bunga ros Jepun sendiri, Mi Fi.
Cara tanam Ros Jepun supaya merimbun dan lebat bunganya
Disebabkan ramai yang bertanya jadi saya kongsi cara tanam pokok bunga Ros Jepun supaya rimbun dan lebat bunganya.
1. Tanah boleh guna jenis apa-apa pun boleh asal tak bertakung air. Kemudian tabur baja campuran untuk Ros Jepun. Tabur sikit saja dalam satu sudu kecil anggaran dalam 10 biji saja untuk satu pasu (ini adalah baja campuran untuk paksa pokok subur dan berbunga).
2. Tip supaya pokok Ros Jepun yang ditanam rimbun, patah-patahkan keratan batang dalam 2 inci dan cucuk rapat-rapat dalam pasu. Nanti pokok akan bercabang banyak sampai melitup pasu, ini nak kita nak.
Bila dah banyak cabang, setiap cabang pula akan keluarkan banyak putik jadi barulah ia berbunga lebat dan rapat-rapat.
3. Selepas siap cucuk keratan dalam pasu terus letak di tempat panas kerana pokok ini suka akan cahaya. Siram sekali sehari pun dah cukup.
4. Selepas dua minggu akan nampaklah hasil bunganya. Nanti hasilnya akan jadi begini.
Rasa nak masak kari, ambik saja daunnya dari pasu. Kan senang, itulah kelebihan kalau tanam sendiri pokok kari. Tak perlu susah-susah pergi kedai.
Lagi pun nak tanam pokok kari ini tak susah mana. Bila pergi kedai cari daun kari yang ada ranting/ batang untuk dicambahkan benih dan boleh tanam dalam pasu saja.
Cara penanamannya boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Nomie Mat Lias.
Cara tanam pokok kari dalam pasu
1. Bila pergi kedai runcit, cari yang jual dahan/ranting daun kari. (Contoh dalam gambar)
2. Buang semua daun, tinggalkan batangnya saja.
3. Jika panjang, kerat 2/3.
4. Rendam dalam bekas berair, hingga naik tunas-tunas baru. (5-8 hari)
5. Sediakan pasu kecil untuk proses semaian.
6. Cucukkan batang kari tadi.
7. Letak di tempat redup, spray setiap 2 hari sekali. Biarkan, jangan sentuh dan kacau.
8. Tunggu hingga daun baru tumbuh.
9. Pindahkan ke tanah / pasu besar.
10. Dah banyak daun bolehlah dipetik untuk buat ulam atau masakan.
Pati kurma ini antara stok yang wajib kita buat untuk persediaan sahur di bulan Ramadan nanti. Terutama untuk yang mahu hidangan sahur mudah tapi mengenyangkan serta mereka yang dalam usaha menurunkan berat badan.
Bila dah ada pati kurma ini senang kerja, bancuh saja dengan susu dan bole terus minum. Hidangan mudah ini sebenarnya dah cukup untuk kita bertahan sampai waktu berbuka. Kalau terlewat bangun pun masih boleh bersahur dengan mudah.
Berikut adalah cara untuk membuat pati kurma dikongsi oleh Nadiah Latfi.
Cara sediakan pati kurma homemade
1. Sediakan kurma, buang biji & basuh kurma
2. Kukus kurma tadi sehingga 20 minit.
3. Kemudian kisar kurma yang telah dikukus sampai hancur.
4. Masukkan pati kurma yang hancur ini dalam bekas yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk.
5. Cara penyediaan campurkan 2 sudu pati kurma & susu (jenis susu ikut cita rasa).
6. Sedia untuk diminum. Boleh juga dicampur dengan madu, badam, kismis dan sebagainya. Minum ini saja pun dah cukup untuk bertahan sampai berbuka dalam masa yang sama boleh kurus.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...