
Hidangan sambal tumis tak kira sambal bilis, sotong, udang, ayam atau ikan memang kegemaran ramai.
Boleh kata setiap hari akan ada hidangan ini atas meja. Ada sambal ini baru puas makan.
Tapi tak semua yang mahir buat sambal tumis yang sedap. Ini tip yang boleh kita praktik yang dikongsi oleh Dya Mira.
Cara masak sambal sedap
1. Cili kering yang hendak digunakan digunting, buang biji dan direbus dulu. Tos.
2. Basuh cili direbus tadi sampai bersih dan kisar dengan 2 biji bawang besar.
3. Tumis cili sampai naik minyak atau pecah minyak.
4. Letak asam keping atau asam jawa, garam, gula, secukup rasa. Kena cukup rasa tau asam, gula, garam. Baru sedap.
5. Petua untuk sambal bilis sedap – kisar bawang besar dalam 3-4 biji kemudian tapis untuk asingkan air bawang. Tumis bawang yang ditapis tadi sampai kekuningan baru masukkan cili kisar. Rasa sambal akan lebih sedap manis-manis.
Selamat mencuba.
Sumber: Dya Mira.
Suburnya Salad Tanam Dalam Hygrowpot. Lagi Senang Jaga, Sebulan Dah Boleh Makan Hasil

Ramai yang teringin bercucuk tanam namun masalah ruang jadi penghalang. Sama ada tinggal di rumah apartment, flat, kondo atau laman sempit.
Sebenarnya ketika ini ada banyak kaedah penanaman boleh dilakukan dengan hanya memerlukan ruang yang sedikit. Antaranya tanam melalui kaedah hygrowpot seperti yang dikongsi oleh Monica Antie Ballerina.
Tanam salad dalam hygrowpot, kali pertama pun menjadi
Percubaan pertamanya adalah tanam salad. Elok menjadi dan paling best sebulan dah boleh kutip hasil dan kita tak perlu siram hari hari pun.
Bagi yang nak mencuba beliau ada berkongsi panduannya.
- Ini set hygrowpot yang dibeli di Shopee.
2. Set ini lengkap, datang dalam satu kotak ada pasu, cocopeat, baja dan juga benih percuma. Harga saya beli RM150 satu set.
3. Ini cocopeat, perlu basahkan dulu dan ramas sebelum guna.
4. Semai dulu biji benih salad Perancis. Ini hari ke-empat. Cepat membesar kan.
5. Dah ada 4 daun atau lebih boleh masuk dalam pasu hygrowpot. Ini selepas 2 hari disemai. Dalam batang paip@hygrowpot minggu pertama dan ke-2 masukkan air paip biasa sahaja sebab medium semaian sudah dicampur baja subur Vcombat yang disertakan.
6. Selepas minggu ke-2 masukkan air baja AB dalam hygrowpot tersebut.
7. Salad ini cepat membesar. Waktu masih kecil 2 minggu baru refill air. Tapi bila salad dah membesar setiap 3 hari kena check air takut kering.
8. Inilah biji benih salad yang digunakan. Dalam pek ada banyak, boleh guna 2-3 kali lagi.
9. Ini hasil salad selepas lebih sebulan. Dah boleh petik, sebelum tua. Boleh petik atau potong daun sehelai-sehelai, nanti akan tumbuh lagi.
Kongsi rezeki salad dengan kawan-kawan.
Bagi yang nak mencuba tanam guna kaedah hygrowpot, boleh klik SINI untuk beli set di Shopee.
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Link asal boleh rujuk di SINI.
‘Recyle’ Jeans Lama Kita Jadi Seluar Jeans Anak, Jahit Tangan Pun Boleh

Isi Kandungan
Toggle
Rasanya kat rumah kita banyak seluar jeans kita yang tak dipakai. Daripada tersimpan dalam almari, apa kata ubah jadi seluar jeans untuk anak terutama baby.
Kalau tengok perkongsian daripada Nor Aslina, cara buatnya mudah saja. Takde mesin jahit pun boleh buat. Sebab langkah yang dikongsi hanya mengggunakan jahitan tangan.
Bahan-bahan:
Jeans lama
Benang dan jarum
Jarum peniti
Getah pinggang
Pita ukur
Kertas minyak untuk pola seluar
Gunting
Kapur/marker/sabun (saya guna sabun dan marker)
Langkah membuat:
1. Terbalikkan seluar ke sebelah dalam macam dalam gambar.
2. Tampal pola seluar menggunakan jarum peniti. Pastikan bahagian tepi pola berada betul2 diatas bekas jahitan asal jeans. Bahagian bawah pola dihujung kaki jeans. Rujuk gambar di atas.
3. Lukis garisan sekeliling pola menggunakan kapur/marker/sabun.
4. Dah siap lukis, tanggalkan pola. Lukis garisan dikedua dua belah kaki seluar ya. Senang nak gunting nanti.
5.Gunting lebih kurang 0.5 inci dari garisan yang kita lukis tadi. Hati2 masa gunting, pastikan fabrik tak lari dan gunting mesti tajam tau.
6. Ni hasil lepas siap gunting kedua2 belah kaki seluar.
Haaa macam ni la rupa dia bila letak sebelah2. Dah ada rupa seluar kan. Langkah seterusnya, jom tengok!
7. Jahit bahagian kaki dahulu. Pinkan guna jarum peniti sebelum jahit, nak elakkan fabrik berlari sana sini Jahit dari bawah ke atas lebih senang, bagi saya lah. Nak jahit dari atas ke bawah pn boleh ye, ikut keselesaan sendiri.
8. Bila dah siap jahit, jadi macam ni la. Jahitan tadi matikan kat bahagian tajam yg kita lukis td tau, jangan jahit sampai habis susah nak cantum nanti.
Ni hasil lepas siap jahit kedua dua belah kaki. Hampir siap seluar kita. Langkah seterusnya.
9. Cantum kedua-dua belah seluar bahagian depan dan belakang. Macam biasa, guna jarum peniti. A cantum ke B ye.
10. Dah siap camtum boleh la jahit!
11 & 12. Hasil lepas siap jahit. Bahagian luar dan dalam.
13. Lipat bahagian pinggang lebih kurang 1.5 inci ikut saiz getah yang nak guna. Saya guna getah (+-) 1 inci jadi saya ada 0.5 inci untuk jahit.
14. Lukis garisan 0.5 inci dari bahagian kita gunting tu, lepas tu jahit atas garisan tu. Tinggalkan sedikit ruang untuk kita masukkan getah pinggang.
15. Lubang untuk nak masukkan getah pinggang. Cara ni untuk yang jahit tangan macam saya tau. Kalau guna mesin, letak sekali getah dengan kain dan tarik getah tu lepas tu jahit je terus sampai habis. Boleh tengok cara-caranya dekat Youtube.
16. Nak mudah, guna safety pin ya. Masukkan getah melalui lubang yang kita tinggalkan tadi. Getah tu ikut saiz pinggang anak, jangan ketat sangat ikut keselesaan anak ye, lepas tu tambah 0.5 inci dan potong.
17. Dah habis masukkan, boleh la jahit hujung getah. Ni sebabnya tadi kena tambah 0.5 sebelum potong getah. Boleh faham ye.
18. Akhir sekali, jahit bahagian yang kita tinggal tadi dan tarik-tarik getah bahagian pinggang tu untuk kemasan. SIAP!
Beginilah hasil seluar diy dari sehelai jeans lama Kalau nak tambah hiasan, boleh la beli stiker atau bunga-bunga kecik tampal kat seluar. Lebih cantik dan comel. Itu saja perkongsian saya. Selamat mencuba semua.
Sumber: Nor Aslina Tahir
Tip Cantas Daun Pokok Pisang, Penting Supaya Hasil Buahnya Banyak

Pokok pisang antara yang selalu ditanam keliling rumah. Pokoknya memang senang berbuah jika ikut penjagaannya.
Bagi yang baru belajar tanam sepokok dua di rumah pastikan pelepah atau daun pisang sentiasa dicantas ikut peringkat tumbesaran pokok. Berikut adalah tip penjagaan pokok pisang yang dikongsi oleh Mohd Noor.
Tip penjagaan pokok pisang, sentiasa cantas daunnya
Pokok pisang memang senang hidup & berbuah tapi dengan penjagaan yang betul penghasilan buahnya akan maksimum. Ini cara-caranya;
1.Tinggalkan daun 8 helai sehingga pokok besar.
2.Apabila keluar jantung tinggalkan daun 6 helai.
3.Apabila buah habis keluar, tinggalkan daun 4 helai & buang jantungnya.
4.Kemaskan pangkal pokok, buangkan selaput yg mati supaya pokok lebih segar.
5. Sekiranya anak pokok terlalu banyak boleh pindahkan ketempat lain supaya pencahayaan lebih sempurna.
Semoga bermanfaat
Sumber: Mohd Noor