Pokok pisang antara yang selalu ditanam keliling rumah. Pokoknya memang senang berbuah jika ikut penjagaannya.
Bagi yang baru belajar tanam sepokok dua di rumah pastikan pelepah atau daun pisang sentiasa dicantas ikut peringkat tumbesaran pokok. Berikut adalah tip penjagaan pokok pisang yang dikongsi oleh Mohd Noor.
Tip penjagaan pokok pisang, sentiasa cantas daunnya
Pokok pisang memang senang hidup & berbuah tapi dengan penjagaan yang betul penghasilan buahnya akan maksimum. Ini cara-caranya;
1.Tinggalkan daun 8 helai sehingga pokok besar.
Ads
2.Apabila keluar jantung tinggalkan daun 6 helai.
Ads
3.Apabila buah habis keluar, tinggalkan daun 4 helai & buang jantungnya.
4.Kemaskan pangkal pokok, buangkan selaput yg mati supaya pokok lebih segar.
Ads
5. Sekiranya anak pokok terlalu banyak boleh pindahkan ketempat lain supaya pencahayaan lebih sempurna.
Ulam raja antara sayur ulam yang disukai ramai. Ini kerana khasiatnya yang banyak untuk kesihatan. Antaranya ulam raja ini dikatakan mampu menurunkan tekanan darah tinggi, mengawal kadar denyutan jantung selain ulam ini kaya dengan antioksida dan agen detoks.
Pokok ulam raja ini memang berbaloi tanam di rumah, mudah untuk kita makan secara segar. Cuma jika tanam ulam ini, kenalah rajin buat penjagaan agar sentiasa keluar pucuk baru dan rimbun.
Tip ulam raja kekal rimbun, banyak pucuk baru
Tip paling penting untuk memastikan pokok ulam raja ini rimbun adalah dengan selalu memetik pucuknya. Walaupun tak makan tetap kena sentiasa petik pucuknya.
Bila selalu petik pucuk, tunas baru akan keluar lebih banyak. Terus petik, jangan biarkan pokok berbunga. Jika pokok ulam raja sudah berbunga ia adalah tanda pengakhiran kitaran hidup pokok.
Pokok akan kuning dan kering dan seterusnya akan mati. Tapi kebiasaannya bunga yang keluar akan gugur dan menumbuhkan benih baru, jadi bolehlah cabut pokok lama untuk beri ruang pada pokok baru tumbuh.
Ramai yang menanam pokok ular atau lidah ular dalam rumah kelebihannya yang mampu membersihkan udara dalam rumah secara semula jadi. Pokok ini dikatakan melepaskan karbon diaoksida waktu malam dan menukarnya kepada oksigen.
Bagi yang tiada air freshner setidak-tidaknya pokok ini mampu memberi udara yang lebih bersih dalam kediaman.
Ini yang diviralkan tapi sebenarnya ada lagi beberapa jenis pokok yang boleh kita tanam dan letakkan dalam rumah untuk fungsi yang sama. Malah ada antara pokok ini mampu menyerap racun dalam udara dalam kadar yang tinggi.
Pokok-pokok ini juga hijau dan cantik untuk menyerikan kediaman, jadi daripada tanam pokok bunga yang kita tak tahu manfaatnya lagi elok tanam yang ini.
1. Pokok sirih gading
Pokok yang dikenali juga sebagai Devil’s Ivy ini kalau diperhatikan selalu ditanam dalam pejabat. Sangat cantu kalau diletakkan dalam pasu kecil. Ia menyerap fomaldehyde dan toksin berbahaya yang lain.
2. Aloe Vera
Selalu kita tanam pokok ini di luar rumah. Kegunaanya yang kita tahu untuk kecantikan kulit saja. Tapi ada lagi kebaikan pokok aloe vera ini. Kalau diletakkan dalam rumah ia mampu membunuh bahan kimia berbahaya di udara seperti benzena. Daripada terbiar di halaman bawa masuk dalam rumah ya.
3. Monstera deliciosa
Daun pokok ini memang cantik. Sangat bermanfaat jika diletak dalam rumah kerana mampu memperbaiki kualiti udara dengan menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam. Ia juga mampu menyerap formaldehyde dalam udara.
4. Dracaena
Spesies dracaena (sanderiana dan marginata) menjadi penapis kepada udara yang berkuap. Bagi anda yang tidak berpeluang membuka tingkap dengan kerap, memiliki dracaena di dalam rumah boleh membantu menyegarkan udara dalam rumah.
5. Spider plant
Kelebihan meletakkan spider plant dalam rumah ialah ia memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun-racun di udara. Dalam masa dua hari, tanaman ini mampu menyerap racun di udara sehingga 90%.
Dalam pada itu kehadiran pokok-pokok hijau ini di dalam rumah bukan saja membersihkan udara tapi juga menyejukkan pandangan dan suasana dalam rumah.
Raya ni mesti banyak makan rendang daging dan ayam kan. Kalau dah bosan tapi masih nak juga hidangan rendang boleh cuba buat rendang telur pulak.
Mungkin ada yang tak pernah rasa dan buat, tapi memang ada rendang telur ini. Jimat pun jimat, harga ayam dan daging kan mahal.
Cara buat rendang telur
Bahan-bahan
10 biji telur direbus dan buang kulit
1/2 genggam ikan bilis
*1 inci halia
*1 inci lengkuas
*1 inci kunyit hidup
*10 tangkai cili kering (potong dan rebus)
*10 biji cili api (kurangkan cili atau tambah ikut selera)
*5 biji buah keras
*4 batang serai
*5 biji bawang putih
*2 biji bawang besar
2 sudu besar kerisik
1 kotak santan Kara
Daun limau purut beberapa helai
Daun kunyit dihiris
1 keping asam
1 kiub bilis
Cara membuat:
1. Kisar bahan bertanda.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak.
3. Kemudian masukkan bilis, santan, kerisik dan asam keping. Tambah garam dan kiub ikan bilis. Masak lagi hingga terbit minyak.
4. Bila sudah terbit minyak, masukkan daun limau dan daun kunyit. Selepas nampak daun layu, masukkan telur. Kacau sebentar dan tutup api. Siap!
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...