
Makan laksa memang sedap tapi ramai yang tak rajin menyediakannya terutama bab nak rebus laksa yang mengambil masa lama.
Sebenarnya ada ada cara yang cepat untuk melembutkan laksa ini tanpa perlu rebus lama. Orang utara mungkin dah lama gunakan cara ini tapi ramai juga yang belum tahu.
Dikongsi oleh Suzana Saad petuanya cuma perlu rendam dulu laksa.
Tip dari peniaga laksa, rendam dulu
Dulu kalau nak buat laksa, bab malas bila nak rebus laksa sebab kena rebus lama. Tapi lepas dapat cara baru dari tauke laksa, anytime terasa nak makan laksa, terus pergi cari ikan.
Ini caranya
1. Rendam laksa kering semalaman atau 2 jam pun ok dah.
2. Dengan air rendam itu rebus hingga mendidih dalam 10 minit. Bila mendidih tutup api & tutup periuk.
3. Biarkan dalam air panas selama 1 jam. Kemudian boleh tapis laksa tapi jangan basuh. Biarkan saja dalam penapis. Bila nak makan, ambil saja.
Selamat mencuba.
Sumber: Suzana Saad
‘Asapkan’ Pokok Waktu Petang Cara Mudah Halau Ulat & Serangga Perosak Tanaman

Isi Kandungan
ToggleKalau di kampung selalu kita lihat waktu petang rutin membakar sampah di bawah pokok pokok dilakukan.
Selain untuk tujuan kebersihan, ramai yang tak tahu sebenarnya ada kesan baik dari aktiviti pembakaran tersebut untuk tanaman dan pokok-pokok buah.
Kebaikan ‘asapkan’ pokok menjelang malam

Asap yang dihasilkan akibat dari pembakaran bahan organik terutamanya boleh membantu di dalam mengawal musuh dan serangga perosak pada pokok buah-buahan.
Ini kerana lazimnya asap ini mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai ‘Nafthalene gas’ yang menghalau banyak jenis serangga perosak tanaman.
Semakin kerap kita membakar dan menghasilkan asap, semakin kurang kemungkinan berlaku serangan serangga perosak pada pokok buah-buahan kita.
Paling utama hasil daripada pembakaran ini akan menghasilkan sisa bahan bakar yang kaya dengan baja dan nutrien seperti Potassium yang merupakan baja untuk tumbuhan.
Cara dan waktu untuk asap tanaman
- Pastikan rutin membakar daun dan ranting ini dilakukan jauh sedikit dari pokok. Kita perlukan asap bukan api marak.
- Boleh lakukan 3 hari sekali.
- Lakukan pada waktu menjelang malam iaitu pukul 7 ke atas kerana ulat dan serangga perosak aktif pada waktu malam.
- Jika tiada daun atau ranting kayu, boleh gunakan sarang telur. Bakar sarang dan apabila menyala, matikan api untuk dapatkan asap saja.
Selain mengelakkan pokok dari terkena daripada serangan ulat dan serangga perosak, asap ini juga memberikan kesan kepada pokok buah-buahan untuk mengeluarkan bunga pada waktunya.
Selamat mencuba
Sumber: Animhosnan & Fig Farm Agro
Kredit foto: namakucell & steemit.com
Pasang Aircond Di Ruang Tamu Terbuka, Sebaiknya Guna Jenis Non Inverter. Lelaki Ini Jelaskan Sebabnya

Isi Kandungan
ToggleDalam keadaan cuaca yang panas sekarang ramai yang berhajat memasang aircond atau pendingin hawa dalam kediaman. Bukan saja dalam bilik tapi di ruang tamu. Bagi mereka yang bercadang untuk memasang aircond di ruang tamu sebaiknya pertimbangkan dulu pemilihan jenis aircond yang sesuai.
Ramai yang memilih menggunakan aircond inverter berbanding non inverter kerana mahu lebih jimat namun bagi ruang tamu yang terbuka luas aircond inverter ini mungkin tidak dapat berfungsi sebaiknya terutama sekali dari segi penjimatan.
Perkara ini diterangkan oleh Abang Letriqq dalam satu perkongsian di laman TikTok.
Beliau yang selalu berkongsi informasi tentang alatan elektrik yang selalu digunakan di kediaman memberi penjelasan tentang perkara ini bagi menjawab persoalan netizen berkaitan penggunaan jenis aircond yang terbaik di ruang tamu. Ada pandangan mengatakan di ruang ini lebih baik menggunakan aircond jenis non interver.
Ruang tamu mana lebih baik guna aircond non inverter?
“Ada yang kata ruang tamu boleh saja nak pakai aircond jenis non inverter dan ada juga berpendapat bukankah lagi elok ruang tamu menggunakan aircond inverter sebab lebih jimat elektrik?
“Sebenarnya boleh saja nak guna aircond inverter atau non inverter. Tapi kalau kita guna aircond jenis inverter kita tak boleh utilised penjimatan compressor inverter kerana guna di ruang tamu yang terbuka.
“Memang betul inverter compressor boleh jimat elektrik tapi ramai tak faham macam mana ia boleh menjimatkan tenaga elektrik,” katanya sambil memberi memberi penerangan tentang perkara tersebut.
Kena faham bagaimana aircond inverter dan non inverter berfungsi
“Inverter compressor akan jimat bila ia kekal pada suhu yang kita set. Contohnya kita set suhu, dan compressor akan running full speed RPM untuk sejukkan bilik
pada suhu yang ditetapkan. Bila dah capai suhu yang ditetapkan, di sinilah perbezaan inverter compressor dengan non inverter.
“Bagi non inverter, ia akan totally shut off compressor, hanya kipas saja berfungsi. Dan bila thermostat dalam compressor mengesan suhu dalam ruang itu berubah dari suhu yang kita set maka compressor akan berfungsi semula secara full speed untuk sejukkan balik ruang sebab non inverter ini hanya ada satu speed RPM saja.
“Berbeza dengan inverter compressor, selepas sudah capai suhu yang kita set ia tak tottaly shut off. Compressor akan tetap berjalan tapi akan maintain speed RPM mengikut keadaan suhu ruang menggunakan speed level yang bersesuaian.
“Ini kerana inverter compressor ada banyak speed RPM level. Jadi inverter compressor ini tak perlu menggunakan banyak tenaga.
“Ibarat ada dua basikal untuk kayuh dalam hutan. Satu basikal ada gear dan satu lagi takde. Mesti kita pilih yang ada gear supaya boleh selaraskan dengan keadaan jalan tanpa guna banyak tenaga untuk kayuh. Samalah juga inverter dengan non interverter.
“Berbalik kepada soalan kenapa ruang tamu lebih sesuai guna non inverter. Sebabnya kalau guna jenis inverter sukar compressor untuk maintain speed sebab ruang tamu selalunya ruang terbuka. Bila susah nak maintain speed macam mana inverter compressor nak jimatkan tenaga sebab ruang terbuka.
“Lainlah kalau ruang tamu betul-betul terutup. Nak ke dapur pun ada pintu yang ini tiada masalah untuk guna aircond jenis inverter,” terang beliau panjang lebar.
@abgletriqq Replying to @shaheyda95 nak guna boleh je..tapi tak utilize betul2 energy efficient inverter tu..dah mcm pakai non inverter je #homeelectricalproducts #airconditioner #penyamanudara #fyp ♬ original sound – ABG.LETRIQQ
DIY Racun Organik Mudah Untuk Selamatkan Pokok Sayur Dari Serangan Lalat Putih. Guna 3 Bahan Saja

Isi Kandungan
ToggleSerangan lalat putih atau bena putih memang masalah biasa jika tanam pokok sayuran seperti cili, terung atau tomato.
Serangan lalat ini jika dibiarkan tanpa kawalan lama kelamaan akan daun lumpuh dari membuat fotosintesis dan akhirnya pokok akan mati.
Sebab itu jika tanam sayur kena ada kawalan dari serangga ini. Paling mudah adalah membuat sendiri racun organik dan sembuh pada pokok. Caranya dikongsi oleh Syamimah Binti Ismail.
Buat sendiri racun organik untuk atasi serangan lalat putih
Siapa yang ada menanam cili, tomato & terung mesti geram tengok lalat putih atau afid yang menyerang. Habis rosak daun dibuatnya. Lama kelamaan pokok akan mati.
Jadi jom hari ni belajar buat racun organik, hanya gunakan bahan dapur saja. Dijamin selamat kerana organik.
1. Bahan-bahan yang digunakan – 1 labu bawang putih, 6 biji cili padi dan 300ml air.
2. Kisar semua bahan tadi kemudian masukkan dalam bekas. Tutup bekas berisi bahan kisar dengan kain untuk elak serangga masuk dan peram selama 24 jam.
4. Selepas 24 jam, tapis bahan peram tadi dan ambil patinya. Hampas bolehlah ditabur pada tanaman. Tuang pati tadi dan letak dalam botol. Untuk tahan lama simpan dalam peti sejuk. Sila label untuk elak terminum.
Cara penggunaan
- Masukkan 60ml pati dan campur dengan 1 liter air bersama 1 sudu minyak masak dan 1 sudu teh cecair pencuci pinggan.
- Spray time lewat petang, pukul 6 petang ke atas. Ini kerana sifat semulajadi serangga perosak aktif pada waktu malam. Jadi spray waktu lewat petang adalah paling sesuai.
Tip semburan
- Fokus spray pada bahagian bawah daun. Sebab kat situ lah tempat ‘mereka’ berhimpun.
- Gunakan nozzle spray yg paling halus. Ataupun yang berkabus adalah lebih baik.
- Spray seminggu sekali. Sekiranya pokok diserang teruk, spray selang 2 hari sehingga serangga hilang.
- Apabila pokok dah masuk peringkat berbuah, spray lebih kerap (3 kali seminggu). Sebab pada peringkat ini, pokok akan lebih kerap diserang perosak.
Selamat mencuba.
Sumber: Syamimah Binti Ismail.