Masakan ringkas saja sup telur suhun tapi bila makan terasa sedapnya dan puas walau hanya ini lauknya. Ini juga lauk nostalgia yang dimasak oleh mak-mak kita dulu.
Kembali popular bila dikongsi oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menu memang sangat ringkas. Tapi untuk dapat sup telur yang sedap, telur tak berterabur boleh ikut tip yang dikongsi oleh Yatie Kitchen ini.
Bahan-bahan
Bawang merah
Bawang putih
Telur
Suhun
Mushroom seasoning
Cara membuat:
Ads
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing kemudian masuk air. Biar mendidih.
2. Sebaik air mendidih, tutup api dan pecahkan telur supaya putih telur tak berterabur.
Ads
3. Biarkan lebih kurang 5 minit atau agak-agak telur dah masak barulah buka kembali api.
4. Sebaik mendidih, terus tutup api dan masukkan suhun, daun sup atau daun bawang dan mushroom seasoning. Siap.
Nampak kecil saja di mulut tapi seksanya Tuhan saja yang tahu bila terkena ulser. Dalam masa menunggu ia sembuh seminggu dua ramai kalangan kita yang mencuba pelbagai petua untuk hilangkannya. Terutama bila ubat yang kita beli dari farmasi dilihat macam tak berkesan.
Paling seksa adalah petua letak garam pada ulser. Memang mengalir air mata menahan sakit tapi hairannya ramai yang sanggup melakukannya kerana cara ini dikatakan paling cepat menyembuhkan ulser.
Bagaimana pun kalau anda tak sanggup melakukan petua tersebut ada saja cara yang lebih selamat dan tak menyakitkan untuk meredakan masalah ulser dengan cepat. Bahan-bahannya boleh cari di rumah saja.
1. Madu
Sapu sedikit madu pada ulser atau campur dengan sedikit kunyit. Madu bersifat antimikrob yang dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut.
2. Berkumur dengan air kelapa
Berkumur dengan air kelapa kemudian sapukan sedikit minyak kelapa terus pada ulser. Minyak kelapa ialah pelembap semula jadi. Ia membantu mengekalkan kelembapan dan mencegah dehidrasi. Ia juga membantu mengurangkan parut dan mempercepatkan proses pertumbuhan tisu baru.
3. Aloe Vera
Sapu gel aloe vera pada ulser. Tumbuhan ini adalah sumber anti bakteria dan anti keradangan yang boleh membantu menghilangkan masalah ulser secara semula jadi. Kalau ulser terasa menyakitkan boleh sapukan gel aloe vera ini untuk menghilangkan rasa sakit hampir serta merta.
4. Uncang teh
Boleh juga gunakan uncang teh yang telah digunakan lalu ditekap ada ulser. Bahan beralkali yang ada dalam teh dapat membantu meneutralkan asid yang menyebabkan rasa sakit akibat ulser.
5. Air garam
Kalau tak berani guna garam, boleh buat larutan air garam dan berkumur-kumur dengannya lebih kurang 30 saat. Yang ni takdelah sakit sangat. Lakukan 2 atau tiga kali sehari.
Info
Dapatkan rawatan doktor berhampiran jika ulser mulut berlanjutan dan tidak sembuh melebihi tiga minggu atau kerap berulang. Begitu juga jika ulser menjadi lebih menyakitkan dan berwarna merah bagi mengenal pasti sekiranya terdapat masalah lain.
Kerja menggosok baju ini memang renyah dan penat. Waktu ini mula lah teringat kalau ada steam iron kan senang. Gosok sebelah depan, bahagian belakang pun licin sekali. Jimat masa dan tenaga.
Cumanya nak beli seterika jenis ini harganya boleh tahan mahal. Paling murah dalam RM500 sebuah.
Tapi sebenarnya kalau tiada bajet lagi untuk beli, kita tetap boleh dapat hasil gosokan yang sama walau guna seterika biasa.
Caranya dikongsi oleh Jules Pitch, modalnya cuma guna aluminium foil saja. Gosok depan belakang pun licin sekali. Best kan.
Tip gosok baju hasil sama macam steam iron, gosok sebelah saja
“Buat para wanita yang teringin nak pakai steam iron, gosok sebelah saja tapi masih tiada bajet boleh guna tip ini. Caranya;
– Cuma guna aluminium foil saja. Tanggalkan alas iron board kemudian balut dengan aluminium foil.
– Selepas itu pasang semula alas tadi, dah siap boleh guna untuk menggosok dengan seterika biasa.
– Hasilnya bila seterika baju, bahagian belakang akan licin sekali, jadi kuranglah kerja kita.
Telur goreng separuh masak atau dipanggil telur gedik ini memang ramai peminatnya. Letak sikit kicap di atasnya memang nikmat makan. Biasanya golongan suami dan anak-anak lelaki yang suka.
Buat telur gedik ini nampak macam senang, tapi kan ramai juga yang beberapa kali mencuba tak menjadi. Tak gedik sama ada terlebih masak atau hangus keliling. Susah nak dapat telur yang putih dan cair di dalamnya.
Supaya tak gagal lagi boleh ikut step by step buat telur gedik yang dikongsi oleh Laila Mijan.
Cara buat telur ‘gedik’, confirm jadi
Ini cara saya buat telur gedik untuk anak anak dan suami.
1.Mula-mula rebus air sampai menggelegak kemudian ambil senduk kemudian rendam sekejap dalam air mendidik tadi.
2. Kemudian angkat senduk tadi dan sapu dengan minyak masak.
3. Selepas itu pecahkan telur dalam senduk yang disapu minyak tadi.
4. Letak senduk berisi telur atas permukaan air yang menggelegak (macam teknik double boiler). Tunggu telur memutih sekitarnya kemudian baru celup senduk sepenuhnya dalan air panas tadi.
5.Bila dah putih bahagian atas, bolehlah angkat telur tadi. Tos airnya dan hidang.
Ini pula alat yang saya guna untuk sapu minyak pada senduk. Boleh klik SINI untuk beli.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...