Pokok bendi, tomato, kacang panjang, terung, cili dan sebagainya antara sayuran yang selalu ditanam sekeliling rumah.
Bila dah tanam tentulah mengharapkan ia berbuah lebat untuk merasa hasilnya. Tapi ada juga yang tanam namun buahnya setakat 3-4 biji saja, sedangkan orang lain tanam punyalah meriah buah.
Antara faktor yang memainkan peranan pokok sayur berbuah lebat adalah pembajaan. Sistem pembajaan pokok sayur jenis buah ini perlulah sesuai. Tak cukup sekadar guna baja tahi ayam saja.
Sebagai panduan, nurseri Halaman Subur memberikan tip sistem pembajaan untuk dipraktikkan supaya pokok sayuran yang ditanam berbuah lebat.
Ads
Nak pokok sayur berbuah lebat, tak cukup guna baja tahi ayam saja
Ramai yang bercucuk tanam merasakan guna baja tahi ayam saja dah cukup. Tapi hakikatnya baja tahi ayam mempunyai nilai NPK yang rendah dan tidak sesuai digunakan secara berterusan.
Ini yang perlu kita faham
Pokok memerlukan nutrien yang secukupnya untuk menghasilkan bunga yang seterusnya akan menjadi buah.
Oleh itu, nilai K iaitu kalium atau potassium perlulah tinggi supaya buah dapat dihasilkan dalam kuantiti yang maksimum. Dalam bahasa mudahnya nak boost pokok keluar buah pada tahap maksimum.
Ads
Satu pokok terung contohnya berupaya mengeluarkan hasil lebih dari 1 kg. Untuk dapatkan 1kg terung bersaiz sederhana bukannya banyak, cukup 4-5 biji. Jadi bandingkanlah pokok yang berbuah cuma 2-3 biji baja.
Apa yang saya praktikkan, saya akan guna baja biji pada awal tanam sehingga pokok mengeluarkan bunga.
Apabila pokok berbuah, saya akan selangkan pembajaan dengan menggunakan baja buah. Boleh juga guna jenis baja larut air lagi cepat nampak kesannya nanti.
Memang berbaloi tanam kailan, selain mudah bercambah, ia juga senang dijaga. Sesuai sangat kalau nak ditanam di rumah kerana boleh ditanam dalam pasu, polibeg atau terus atas tanah. Nak buat kaedah hidroponik pun boleh juga.
Lagi satu yang best tanam kailan ini, dalam masa 4-7 minggu selepas anak benih di semai sayur ini boleh tuai. Dah boleh masak kailan ikan masin!
Bagi yang baru nak cuba tanam bolehlah ikut langkah penanaman ini.
Tip kalau nak mula tanam kailan
Foto: Facebook Ratt Ratna1. Letak biji benih atas tray semaian atau polibeg (anak benih boleh beli di nurseri atau online). Boleh guna media semaian peat mos.
2. Boleh tutup tray semaian dengan plastik hitam bagi mempercepatkan percambahan anak benih. Atau letak di tempat yang terlindung dari cahaya matahari. Dalam masa 3-4 hari anak benih akan muncul, waktu ini boleh alihkan plastik yang lindungi anak benih.
Foto: Facebook Fahmi Fahmie3. Bila anak benih berdaun 4 boleh alih ke atas tanah atau polibeg atau batas. Kailan sesuai ditanam atas tanah yang tinggi kadar organik.
4. Selepas pindahkan anak pokok kailan perlu ditutup sedikit dengan cocopeat, lalang atau rumput untuk kekalkan kelembapan tanah.
6. Sayur kailan boleh dituai dalam masa 4-7 minggu. Waktu ini ia tidak terlalu muda atau muda.
Petua penjagaan kailan
Boleh siram dengan air basuhan beras
Guna baja tahi ayam
Bila tuai kailan jangan cabut akar, potong daun. Tapi tinggalkan sehelai dua daun supaya kailan bercambah lagi. Teknik ini dinamakan cut-and-come-again, cara ini satu pokok boleh diambil hasilnya hingga 5 kali.
Rasa nak makan kuih lopes tapi mengenang nak buat leceh kena kukus, gulung dalam daun pisang dan sebagainya terus tak jadi buat.
Tapi sebenarnya ada cara lebih senang dan cepat untuk buat kuih lopes ini. Masak guna rice cooker saja. Hasilnya tetap sama, sedap dan menyelerakan. Cara ini dikongsi oleh Shahera Ilani.
Cara buat kuih lopes guna rice cooker
1. Sediakan bahan untuk pulut iaitu;
-2 cawan beras pulut (tak perlu rendam)
-1 cawan santan cair
-1 cawan air
-1 cawan air daun pandan
-Sedikit garam
-Sedikit pewarna hijau (jika perlu)
2. Masak semua bahan di atas dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
3. Sediakan kelapa parut secukupnya kemudian kukus sekejap. Bila dah sejuk gaulkan dengan sedikit garam.
4. Ambil pulut yang dimasak dan padatkan atau rata atas dulang. Jangan nipis sangat ya. Kemudian gunakan gelas untuk bentuk menjadi bulat. Kemudian gaul dengan kelapa parut. Susun dalam bekas.
5. Seterusnya sediakan bahan untuk membuat air gula;
-1 keping gula melaka
-1 cawan gula perang
-5 cawan air
-1 helai daun pandan
6. Masak semua bahan air gula ini di atas dapur hingga mendidih dan sedikit pekat. Kemudian bolehlah hidang bersama kuih lopes tadi. Mudah kan.
Gulai terung, pajeri, sambal, bakar semua dah buat. Ini satu lagi masakan berasaskan terung yang boleh kita cuba. Terung goreng crispy, resipi ini lain sikit tapi yang pasti sedap dan rangup.
Yang tak minat makan terung pun akan jadi suka, tak mustahil anak-anak pun akan suka makan terung lepas cuba terung goreng crispy ni. Cara membuatnya dikongsi oleh Zaharah Mazrul.
Cara buat terung goreng crispy
Ada peminat terung di sini? Kalau ada kita geng. Jom kita pelbagaikan menu terung, goreng macam ni memang sedap.
Bahan-bahan
Terung
Garam
Tepung Bestari (pedas)
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat
1. Basuh bersih terung kemudian potong terung macam dalam gambar, potong memanjang tapi jangan putus.
2. Kemudian tabur/sapu garam halus sikit pada setiap terung. Perap dalam 10 minit.
3. Selepas perap air akan keluar dari terung, lap dengan tisu supata kering sedikit.
4. Seterusnya celup terung dalam tepung Bestari dan goreng dalam minyak yang dipanaskan terlebih dahulu.
5. Angkat dan tos bila terung sudah garing. Boleh dijadikan lauk, nak makan begitu saja pun sedap.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...