
Tong sampah tak penuh lagi tapi dah bau busuk. Ataupun nak buang sampah, waktu angkat plastik yang diikat menitis pula air yang busuk pada lantai. Memang geram.
Untuk elak masalah ini dari berlaku boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Nur Husna Shaikhun. Caranya mudah sangat cuma guna sarang telur saja.
Daripada kita buang sarang telur, boleh gunakan begini ya.
Guna sarang telur untuk elak tong sampah berbau dan berair
- Ambil sarang telur terpakai kemudian potong ikut saiz tong sampah.
2.Masukkan plastik sampah dan lapik sarang telur yang dipotong tadi di dasar tong sampah.
3. Sarang telur ini berfungsi untuk menyerap air sampah supaya tak menitis dan juga untuk menyerap bau busuk.
Selamat mencuba.
Sumber: Nur Husna Shaikhun
Klik SINI untuk beli tong sampah praktikal & lebih bersih.
Tanam 8 Pokok Sayur Dalam Satu Botol! Memang Jimat Ruang. Ini Cara Buatnya

Bagi yang suka bercucuk tanam tapi kawasan rumah terhad, cara yang dipraktikkan oleh Iszaynuddin Abd. Hamid boleh diguna pakai. Menggunakan semula botol sabun pencuci, ia dijadikan bekas untuk menanam sayur.
Satu botol boleh tanam 8 pokok sayur. Memang jimat ruang, dan jimat kos kerana tak perlu guna banyak pasu. Bagi yang berminat, beliau turut berkongsi cara membuatnya.
Satu botol boleh tanam 8 pokok sayur
Bagi yang kekurangan tanah untuk bercucuk tanam boleh gunakan teknik seperti ini bagi menjimatkan ruang. Satu botol boleh digunakan utk 8 pokok sayur. Selamat mencuba.
Bahan diperlukan
- Botol sabun pencuci
- Pisau
- Soldering iron
- Botol kaca
Cara membuat
1. Cuci bersih dulu botol sabun yang hendak digunakan dan potong bahagian atas menggunakan pisau yang dipanaskan terlebih dahulu.
2. Kemudian buat lubang di bahagian bawah menggunakan soldering iron untuk mengalirkan air keluar.
3. Lakarkan dulu 7 garisan lurus di beberapa bahagian botol supaya mudah untuk kita potong dan membuat lubang.
4. Panaskan pisau atas dapur, ia akan digunakan untuk memotong garisan yang dilakarkan tadi.
5. Ambil pisau yang sudah panas tadi dan potong ikut garisan yang dibuat.
6. Selepas itu panaskan pula bahagian botol yang dipotong tadi supaya bahagian plastik itu lembut dan mudah kita lubangkan.
7. Selepas bahagian botol lembut, terus masukkan muncung botol kaca.
8. Terus lalukan pada air paip supaya ia sejuk dan keras semula.
9. Ulang proses ini untuk membentuk 7 lubang pada satu botol.
Inilah hasil tanaman menggunakan botol yang siap.
Boleh juga tonton video cara membuat bekas tanaman ini di SINI
INFO
- Semai biji benih di tempat semaian terlebih dahulu, bila dan naik 4-5 daun barulah dialih dalam botol ini.
- Selepas alih letakkan di tempat redup dulu lebih kurang seminggu hingga anak pokok kuat kemudian barulah di letakkan di tempat cahaya penuh.
Selamat mencuba
Sumber: Iszaynuddin Abd. Hamid
Mak-mak Amal 8 Tip Dari TNB Ini Di Rumah Untuk Elak Bil Elektrik Melambung Setiap Bulan

Isi Kandungan
Toggle
Setiap bulan dapat saja bil elektrik mesti ramai mak-mak yang merungut. Biasanya akan cecah ratusan ringgit bila dah berkeluarga apatah lagi kalau yang tinggal di bandar. Jarang sangat dapat bil bawah 100 kan.
Tapi ada saja cara untuk menurunkan bil elektrik dan kuncinya terletak kepada kaum ibu kerana andalah yang mengawal kebanyakan urusan rumah tangga. Bagusnya cara ini dikongsi oleh Tenaga Nasional Berhad sendiri ya.
1. Pilih perkakas elektrik label 5 bintang
Sama ada nak beli mesin basuh, peti sejuk, pendingin hawa dan sebagainya pilih perkakasan yang ada label 5 bintang. Produk direka untuk fungsi yang lebih efisyen dan juga menjimatkan elektrik.
2. Baju penuh baru basuh
Jangan tak tahu mesin basuh menggunakan banyak tenaga elektrik untuk beroperasi. Memastikan mesin basuh diisi dengan baju secara penuh akan mengurangkan kekerapan kita menggunakan alat ini sekali gus mengurangkan bil elektrik. Dengan kata lain tunggu bakul baju penuh baru basuh ya!
3. Gosok baju banyak sekaligus
Seperti mesin basuh, penggunaan seterika yang banyak memang akan membuatkan bil meningkat. Jadi sebaiknya atur jadual menggosok baju anda dengan menggosok dalam jumlah yang banyak sekali gus. Contohnya gosok baju satu atau dua kali seminggu saja.
4. Kedudukan peti sejuk jauh dari dinding
Letak peti sejuk sekurang-kurangnya 10 sentimeter dari dinding dan letak jauh dari alatan elektrik yang panas seperti ketuhar. Kedudukan ini akan membolehkan ia berfungsi lebih baik.
5. Susun barang dalam peti sejuk
Kalau barang dalam peti sejuk berterabur eloklah ambil masa susun dengan teratur. Sebabnya ia juga antara penyebab peti sejuk menggunakan banyak tenaga elektrik. Peti sejuk yang barang di dalamnya tersusun elok membolehkan udara di dalamnya beredar secara efisyen.
6. Penuhkan air dalam cerek baru masak
Sekiranya anda menggunakan cerek elektrik, letakkan air hingga penuh dan untuk lebih jimat simpan air panas dalam flask untuk memastikan ia kekal panas. Jadi tak perlulah masak atau memanaskan air banyak kali.
7. Tutup tingkap & pintu bila pasang pendingin hawa
Bila menggunakan pendingin hawa pastikan tingkap dan pintu di tutup.Cara ini akan mempercepatkan ruang sejuk lebih cepat dan setkan suhu pada 23-23 darjah selsius untuk suhu yang optimum dan merendahkan penggunaan elektrik.
8. Jangan biar komputer, tv terpasang
Tutup komputer, tv, radio, kipas bila tidak digunakan. Kebiasaan kita yang selalu membiarkan perkakas ini terus berfungsi walaupun tidak digunakan adalah sangat merugikan tenaga elektrik.
Sumber: TNB
Cara Paling Murah Pergi KLIA2, Tambang Bawah RM10. Tak Perlu Bayar E Hailing Sampai RM75

Terbang bercuti sama ada dalam atau luar negara memang waktu yang ditunggu tunggu. Tapi tak semua yang pergi bercuti ini ada bajet yang banyak. Ramai juga yang mengumpul jangka masa lama untuk merealisasikan impian bercuti ini.
Sebab itu ada yang sangat berkira tentang bajet termasuklah tambang untuk ke KLIA yang kita tahu agak mahal. Jika ambil kenderaan e hailing atau teksi harganya mesti lebih dari RM60 biasanya.
Tapi bagi yang nak jimat ada cara yang murah sebenarnya untuk kita ke KLIA. Kaedahnya dikongsi oleh @elybaeraq di akaun Twitter miliknya.
Caranya guna saja MRT Laluan Putrajaya dan berhenti di stesen terakhir iaitu stesen Putrajaya Sentral. Kos untuk perjalanan ini hanya RM9.40 saja.
Cara jimat pergi KLIA2, kos bawah RM10
-Saya jumpa cara baru yang murah nak pergi ke KLIA2.
-Saya hanya belanjakan RM9.40 pergi ke sini menggunakan MRT ke Putrajaya Sentral dan tukar ke Transit KLIA.
-Saya memang agak kedekut dengan diri sendiri sebab itulah saya tak nak gunakan pengangkutan e-hailing yang menelan kos RM75. Cara ini juga lagi murah daripada gunakan kereta api ekspres.
Selain itu jelasnya perjalanan menggunakan MRT tersebut adalah percuma memandangkan dia menggunakan My50 Unlimited Travel Pass (My50).
INFO: Bagi mereka yang tidak melanggan My50, boleh menggunakan MyCity Pass dengan harga RM5. Melalui pas ini kita boleh menaiki MRT ke mana saja dalam masa satu hari tanpa had atau caj tambahan dikenakan.
Sumber: @elybaeraq