
Rumah dah cantik deko tapi tiba-tiba kat dinding penuh dengan kulat putih. Memang spoil. Tapi masalah kulat pada dinding ini banyak berlaku pada kediaman.
Kadang-kadang cat masih baru lagi, tapi dah naik kulat. Kalau mata dah sakit tengok dinding penuh corak putih ini boleh gunakan tip mudah ini untuk bersihkan dinding perkongsian daripada Zue Razak.
Tip hilangkan kulat pada dinding rumah
Bahan yang diperlukan
Air
Cuka
Cara-caranya:
1. Campurkan air dengan cuka. Cuka haruslah sama banyak dengan air.
2. Ambil kain dan lap. Lakukan sehingga kulat hilang.
3. Cara yang sama juga boleh dilakukan untuk hilangkan kulat pada almari kayu.
Kredit : Zue Razak
Selain Elak App Selalu ‘Crash’, Ini Sebab Kena Restart Handphone Seminggu Sekali

Telefon pintar terutama yang mahal sebaiknya kita jaga dengan elok supaya prestasi atau fungsinya lancar.
Antara rutin penting yang perlu kita buat tapi ramai tak tahu adalah dengan menekan butang restart sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kenapa ia penting?
Menurut laporan portal Reader Digest dengan melakukan rutin ini seminggu sekali ia mampu
- Mengembalikan semula memori
- Mengelakkan ‘crash’
- Menjadikan telefon pintar berfungsi lebih lancar
- Memanjangkan jangka hayat bateri
Laporan tersebut juga memetik penjelasan seorang konsultan teknologi yang menerangkan bahawa setiap hari kita menggunakan aplikasi dalam telefon pintar dan apps ini sebenar tidak ditutup selepas kita gunakan sebaliknya diletakkan dalam keadaan yang membolehkan ia dibuka lebih pantas pada masa seterusnya.
Setiap hari juga kita menggunakan banyak applikasi dan apps yang pelbagai ini perlahan-lahan akan memakan memori dan kuasa bateri hingga menyebabkan bateri kita habis terlalu cepat.
Tapi dengan hanya menghidupkan semula telefon pintar atau restart, ia akan melancarkan pembukaan apps, memori dan menghapuskan segala link atau apps yang pernah diguna hingga memakan kuasa bateri telefon pintar.
Oleh itu jadikan rutin mudah berikut sebagai amalan seminggu sekali ;
1. Seminggu sekali restart/ power off telefon pintar
2. Biarkan selama sekurang-kurangnya seminit
3. Hidupkan semula telefon pintar
Itu saja. Mudah kan!
Sumber: Reader Digest & wiser
Petua Buat Masak Lemak Putih Yang Sedap Sangat. Masukkan Bahan Tumbuk Ini, Jangan Kisar

Masak lemak putih yang selalunya menggunakan sayur antara hidangan ringkas yang jadi kegemaran. Makan dengan ikan goreng dan sambal belacan dah cukup lengkap.
Jika nak hasilkan masak lemak putih yang lebih sedap, betul betul rasa lemak boleh ikut petua yang dikongsi oleh Adiah Adam.
Petua masak lemak putih yang sedap
Petua supaya masak sayur lemak sedap kena tumbuk;
Bawang merah
Bawang putih
Ikan rebus
Kelapa parut
Lada hitam
Lima bahan ini wajib ditumbuk guna lesung batu bukan pakai blender. Aroma masak lemak yang ada bahan ini memang lain, bau pun dah sedap.
Dah siap tumbuk, panaskan santan kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
Kemudian boleh masukkan sayur ikut cita rasa, boleh guna bayam, kubis, labu, tauge dan sebagainya.
Biar hingga sayur masak. Perasakan dengan garam, masukkan serbuk perasa jika suka. Sedia dinikmati.
Sumber: Adiah Adam.
3 Bahan Dapur Yang Selalu Kita Buang Tapi Sebenarnya Berguna Sangat Untuk Suburkan Tanaman

Kulit telur, kulit bawang dan teh. Tiga bahan ini memang selalu kita gunakan untuk masakan dan minuman. Selepas guna biasanya kita terus buang. Walhal bahan ini sangat bermanfaat untuk tanaman kalau diolah semula.
Dikongsi oleh Alin Lin beliau menunjukkan cara untuk menggunakan semula bahan ini menjadi baja yang berguna untuk tanaman.
Serbuk teh
Serbuk teh yang telah kita guna boleh dikumpul setiap hari. Kemudian jemur teh ini hingga kering. Selepas itu simpan dalam bekas.
Serbuk teh ini bertindak sebagai kompos atau juga sebagai agen mengekalkan kelembapan tanah. Cara penggunaan gaul saja dengan tanah untuk bercucuk tanam atau tabur saja di atas batas atau dalam pasu.
Kulit telur
Kulit telur yang sudah digunakan ini basuh bersih dan jemur. Selepas kering kisar halus lalu simpan dalam bekas.
Serbuk kulit telur ini membekalkan kalsium yang membantu pokok membina sel-selnya. Cara penggunaan ia boleh ditabur saja di pangkal pokok.
Kulit bawang
Lepas kupas bawang, kulitnya kita simpan. Untuk dijadikan baja jemur kulit bawang ini sampai betul-betul kering macam keropok. Selepas itu kisar kering dan simpan dalam bekas.
Kulit bawang ini boleh digaul dengan tanah. Ia akan membantu pokok jadi lebih subur, menggalakkan pertumbuhan pucur baru dan mempercepat proses bunga, buah serta membunuh hama serangga.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Alin Lin