Ada masa kita terlupa untuk keluarkan tisu atau kertas dari poket seluar. Akibatnya berlakulah ‘tragedi’ waktu membasuh pakaian menggunakan mesin basuh.
Habis semua pakaian yang melekat cebisan putih dari kertas tadi. Memang boleh ‘angin’ dibuatnya. Lagi stres kalau kebanyakan pakaian yang dibasuh itu berwarna gelap. Lagilah nampak cebisan putih yang bertepek itu.
Memandangkan kejadian seperti ini selalu juga berlaku maka kita kena tahu cara untuk membuang cebisan tisu yang dah melekat pada pakaian ini.
Seorang pengguna Twitter dari Jepun, Yukino telah berkongsi solusi kepada masalah ini dan caranya cukup mudah. Disebabkan itu ciapannya telah mendapat lebih 500k tanda suka. Bermakna ramai yang berdepan dengan masalah ini.
Ads
Cuma letak pelembut pakaian
Ujar beliau yang turut berdepan dengan masalah tersebut cara menyelesaikannya cukup mudah.
Bagi pakaian yang telah diselaputi cebisan tisu dalam mesin basuh ia akan kembali bersih dengan cara membuat satu lagi basuhan iaitu 1 kitaran bilasan dan 1 spin dan tambahkan pelembut pakaian.
Ads
Selepas kitaran itu, tisu yang melekat pakaian tadi akan hilang. Jadi jangan lagi risau kalau berlaku lagi kejadian ini berlaku.
Ads
Masukkan dalam dryer
Dalam pada itu netizen turut berkongsi lagi satu tip iaitu, memasukkan pakaian yang penuh dengan cebisan tisu ini ke dalam dryer. Cebisan tisu akan lenyap dan baju akan bersih selepas proses pengeringan tamat.
Ramai yang nak cuba tanam pokok kantan di rumah memandangkan kegunaannya dalam masakan pun banyak. Tambah lagi harganya pun boleh tahan juga.
Bagi yang nak mencuba menanam pokok kantan sama ada sikit atau banyak perkongsian dari Sadam Arffain, pekebun kantan ini boleh dijadikan panduan.
Panduan tanam pokok kantan
Bunga kantan ini bermula dari rhizome seperti gambar di bawah yang diambil dari rumpunan pokok kantan. Cara pengambilan anak pokok ini dengan mengorek rhizome dari rumpunannya.
2. Rhizome ini boleh diambil dari pokok yang telah matang yang telah mencapai ketinggian 15-20 kaki serta telah menghasilkan bunga. Pengambilan rhizome dari pokok yang kurang matang tidak digalakkan kerana tumbesaran pokok tidak memberangsangkan.
3. Rhizome yang telah dicantas batangnya boleh ditanam kedalam tanah jenis bergambut yang lembab. Tanah yang berpaya, berpasir, tanah liat tidak sesuai untuk penaman pokok kantan. Sebaik baiknya pokok ditanam berhampiran dengan tali air.
4. Rhizome yang baru ditanam hendaklah disiram sehari sekali untuk memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok yang baru.
5. Selepas 2-3 minggu, rhizome akan mengeluarkan anak yang baru.
6. Untuk tempoh minggu keempat, penyiraman boleh dikurangkan kerana pokok lebih stabil bergantung pada cuaca. Pembajaan NPK yang tinggi kandungan Nitrogen boleh diberikan untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun untuk kehijauan pokok.
7. Ibu rhizome (batang tua) boleh dipotong untuk mengurangkan kapasiti nutrien supaya anak pokok dapat nutrien penuh untuk mengeluarkan lebih anak.
8. Dalam tempoh 4-6 bulan. Pokok kantan akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok.
9. Apabila pokok sudah berusia 1 tahun. Ketinggian pokok akan mencapai 8-10 kaki. Penggunaan baja NPK yang tinggi kandungan (P) untuk menggalakan tumbesaran pokok dan akar.
10. Dalam tempoh 2 tahun, pokok kantan akan mencapai ketinggian 16-20 kaki. Waktu ini pokok kantan akan mula mengeluarkan bunganya. Baja NPK yang tinggi kandungan fosforus (K) untuk menggalakkan pengeluaran bunganya.
11. Batang muda ini adalah rupa awal bunga kantan. Berbeza dengan anak pokok batang kantan yang lebih tajam dan gelap. Bunga kantan akan tumbuh di celahan batang pokok kantan.
12. Satu batang pokok kantan matang boleh mengasilkan 1-2 batang bunga. Satu rumpun pokok kantan ada dalam 10-15 batang pokok.
13. Apabila sudah hari ke 4-7 hari. Bunga kantan sudah membesar dan mula mengeluarkan warnanya. Di saat ini bunga boleh di tuai sebelum bunga mulai mengembang. Bunga boleh dituai 4-5 hari sekali.
14. Bunga yang sudah mengembang ini tidak sesuai untuk dijual. biarkan dia jadi hiasan atau dijadikan buah kantan.
Penjagaan pokok kantan
Penjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak. Hanya perlu berwaspada pada serang kulat dalam tanah
Batang tua kuning atau batang yang condong mestilah di potong dari pangkalnya untuk menggalakan pengudaraan ventilasi yang baik dan pokok kelihatan lebih cantik. Batang pokok kantan yang mempunyai bunga tidak digalakkan untuk dipotong kerana tumbesaran bunga akan turut terbantut dalam proses pembesarannya.
Daun daun kering boleh digunakan untuk menutup dasar tanah untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pokok kantan amat menyukainya.
Hasilnya! Nak beli rhizome kantan untuk tanam boleh klik SINI
Dulu mungkin tak tapi sekarang mayones antara bahan yang perlu ada di rumah. Sebab hidangan roti atau sandwictak lengkap tanpa ada mayones ini.
Anak-anak pun suka, jadi stok mayones ini memang kena sentiasa ada. Tapi pada zaman harga barang sudah semakin mahal, jika ada yang boleh dihasilkan sendiri maka eloklah dibuat.
Ini termasuklah mayones. Ramai yang tak tahu kan mayones ini boleh kita buat sendiri saja. Caranyanya mudah saja kalau mengikut perkongsian Miya Aira ini.
Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan minyak masak atau minyak zaitun
1 sudu kecil lada putih (tumbuk halus)
Cuka atau boleh ganti air perahan lemon
2 ulas bawang putih (jika suka, tidak diletakkan pun tak mengapa)
Mustard (jika suka, tidak diletakkan pun tak mengapa)
Cara membuat:
1. Masukkan telur, lada putih dan dua atau tiga sudu besar cuka dan masukkan sedikit garam. Kisar seketika.
2. Masuk sedikit minyak (lebih kurang 2 sudu besar). Kisar seketika.
3. Berhenti kemudian masukkan lagi minyak. Ulang proses yang sama sampai minyak habis.
4. Kisar hingga mayones pekat atau berkrim. Siap.
Info
Jangan masukkan minyak dalam kuantiti yang banyak, masukkan sedikit demi sedikit.
Simpan mayones dalam peti ais. Ia boleh bertahan satu hingga dua minggu.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...