Pokok terung yang dah tua selalunya kurang hasil dan kalau ada pun saiz buahnya makin kecil. Selalunya bila lihat pokok begini kita pun akan tebang dan tanam pokok baru.
Tapi sebenarnya tak perlu buang pokok terung yang tua ini. Ada cara yang boleh dilakukan untuk ‘mudakan’ kembali pokok ini supaya subur dan berbuah semula. Caranya dikongsi oleh Ibrisam Wossali.
Cara ‘remajakan/mudakan’ semula pokok terung yang dah tua
Jika sahabat ada tanam pokok terung, lama kelamaan hasilnya pasti semakin berkurangan dan buahnya menjadi kecil sebab pokoknya dah semakin tua. Jangan terus buang pokoknya. Kita boleh remajakan atau mudakan semula pokok tersebut.
Ini keadaan pokok terung sebelum dicantas. Masih lagi berbuah tetapi buahnya kecil saja.
Begini caranya
1. Kerat semua dahan atau ranting yang dah tua.
Ads
2. Kemudian gembur tanah dalam pasu tersebut. Akar-akar yang berada pada permukaan tanah kalau terputus pun tak apa. Lagi baik.
Setelah dahan tua dibuang
3. Selepas itu tabur tahi ayam dan beri baja kopi pada masa yang sama.
Ads
4. In sya Allah lebih kurang dalam enam minggu selepas itu, pokok akan tumbuh subur dan merimbun serta berbuah semula.
Inilah hasilnya selepas lebih kurang 6 minggu
Ads
Keadaan pokok terung berbuah lebat semula selepas lebih kurang 6 minggu.
Cacing dalam bilik air, memang membuatkan ramai berasa geli. Walaupun lantai dah dicuci bersih tapi entah dari mana datang, cacing tetap ada.
Cacing kecil merah ini selalunya didapati di celah-celah lantai mozek atau jubin bilik air. Memang tak mendatangkan kecederaan tapi kehadiran cacing ini membuatkan kita rasa tak senang dan boleh menakutkan anak-anak juga bila melihatnya.
Untuk menyelesaikan masalah ini ada beberapa cara yang boleh dilakukan. Mudah saja.
Cara hapuskan masalah cacing dalam bilik air
1. Guna garam
Ambil saja garam di dapur kemudian taburkan pada lantai bilik air dan lubang bilik air. Tapi kena buat kerap. Boleh juga bancuh dengan air panas dan curahkan ke seluruh tandas.
Simpan sikit air garam itu dan masukkan dalam botol spray. Kemudian sembur ke dinding bilik air. Buat setiap malam atau seminggu sekali, ikut pada kekerapan cacing itu datang.
2. Guna peluntur
Boleh juga gunakan cecair peluntur. Memang berkesan tapi hati-hati menggunakannya kena kandungan kimianya kuat. Boleh buat mata pedih.
Caranya siram seluruh bilik air dengan air biasa dulu dan kemudian spray bancuhan peluntur ini pada lantai dan dinding.
3. Guna cuka
Selain guna garam atau peluntur, boleh juga cuba guna cuka untuk hilangkan cacing di bilik air. Caranya sama, semburkan atau curahkan cuka pada lantai dan dinding.
4. Grout cleaner
Pencuci lantai jenis ini memang berkesan dan boleh hilangkan kotoran di celahan lantai dengan efektif berbanding pencuci lantai biasa. Selain membersih kotoran ia juga boleh menghapuskan cacing yang melekat di celah lantai.
5. Tutup lubang & celahan mozek atau jubin
Memandangkan cacing ini selalu berada di celah mozek atau jubin boleh juga menutup ruang ini dengan cara grout iaitu menutupnya menggunakan simen putih.
Ada dijual di kedai hardware atau beli secara online sama ada dalam bentuk bancuh sendiri atau dalam botol yang sedia digunakan terus. (klik SINI untuk link)
6. Cat epoxy
Satu lagi cara adalah dengan cat epoxy. Cara ini bukan saja boleh elakkan kehadiran cacing tapi menutup semua lubang atau kebocoran lantai bilik air. Sambil itu boleh cantikkan lantai bilik air juga.
Kebanyakan belakang kuali di dapur kita memang tahap ‘legend’. Biasanya hitam dan ada kerak sebab selalu digunakan untuk memasak.
Nak hilangkan kerak hitam ini pula memang susah sebab sudah mengeras. Tapi cara yang dikongsi oleh Amy Rosina ini memang menarik. Kerak hitam belakang kuali yang bertahun-tahun boleh hilang dalam 30 minit saja. Terus licin dan berkilat.
Caranya pun mudah sangat, tak perlu beli berus atau pencuci khas. Cuma guna kapur saja. Ya kapur yang makan dengan sirih ni!
Langkahnya boleh ikut tip yang beliau kongsi.
Sapu kapur kemudian didihkan
Tak perlu susah payah sental sampai lenguh lengan atau luka jari. Guna cara ini tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang. Saya share untuk semua suri. Bahan yang diperlukan cuma kapur makan, berus dawai dan pisau.
Ini dia kuali legend, dah sental pun ada jugak lagi hitam.
2. Sapu belakang kuali yang berkerak hitam dengan kapur.
3. Kemudian cari kuali besar dan letak air, masukkan kuali yang dah disapu kapur tadi dalam kuali besar.
4. Didihkan.
5. Nanti akan nampak kerak hitam lekang dan tanggal. Didihkan lagi lama lagi bagus, tapi yang ini lepas mendidih saya tutup api.
6. Keluarkan kuali tadi waktu masih panas dan boleh terus kikis kerak yang masih ada. Keras ini dah jadi lembut dan senang untuk dikikis guna pisau.
7. Kerak yang tertinggal bolehlah dibersihkan guna berus dawai.
Nah dah berkilat, dari sapu, rebus dan kikis tak sampai 30 minit!
Dah tahu cara mudah ni boleh buat untuk kuali kita kat rumah ya. Selamat mencuba!
Satu perkara yang mungkin boleh mendebarkan pemandu bila tiba di persimpangan yang besar namun lampu isyarat rosak.
Dengan keadaan kereta yang tak putus-putus, bersumbat-sumbat sebenarnya siapa yang perlu jalan dulu?
Supaya kita tak lagi terkeliru bila berdepan situasi lampu isyarat rosak, berikut adalah panduannya.
Lorong mana dapat keutamaan laluan
1. Sebaik sahaja anda ketahui lampu isyarat di jalan tersebut sedang rosak, anda haruslah memperlahankan pergerakan kenderaan.
2. Beri laluan kepada kenderaan yang mendahului anda semasa memasuki persimpangan.
3. Sekiranya anda dan kenderaan yang lain tiba pada waktu yang sama, berilah laluan kepada kenderaan yang datang daripada sebelah KANAN terlebih dahulu.
4. Pastikan anda tidak berasa teragak-agak dan teruskan pemanduan dengan lebih berhati-hati.
Simpang tanpa lampu isyarat tapi ada isyarat berhenti
Ada juga persimpangan tanpa lampu isyarat tapi ada tanda berhenti I LALUAN.Kereta A perlu memberikan keutamaan laluan kepada kereta B terlebih dahulu.
Di persimpangan ini, pemandu seharusnya:
Berhentikan kenderaan sehingga tiada sebarang lintasan trafik di hadapan atau dari arah kanan.
Berikan laluan kepada kenderaan yang hadir dari arah kanan atau hadapan.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...