Ramai yang bakal atau bercadang menunaikan umrah selepas musim haji ini. Selain persiapan ibadah, dan ilmu dah tentu juga kena menyiapkan keperluan untuk dibawa ke sana.
Biasa terjadi kalangan jemaah terutama Muslimah membawa banyak barang ke sana dan pulang dengan lebih banyak barang hingga beg ‘beranak pinak’. Supaya situasi ini tidak terjadi perkongsian dari Zuraida Lazni boleh dijadikan panduan buat yang bersiap mengerjakan umrah.
Tip packing pergi umrah untuk Muslimah supaya beg tak ‘beranak’
Tip untuk ke Umrah atau haji, supaya balik nanti beg tak beranak, bagi Muslimah. Brutal version :
1. Bawa baju untuk 1-2 hari sahaja, selebihnya beli saja sebab last-last pun mesti terbeli. Eh…Ni cantik, terbeli…
2. Bawa satu sandal saja, tak payah bawa 2-3 kasut konon nak mendaki la, apa laa. Bawak sandal yang senang nak sodok kaki and yang kat sole ada grip, lantai marble. Nak kena balance kalau sole licin, nak bukak-pakai masa masuk keluar masjid. Fast game. Silap-silap sandal tercampak.
3. Bawa satu set telekung saja, tak payah nak konon tukar-tukar telekung, sebab travel agen akan beri mini telekung, nanti itu jugak yang dipakai.
4. Bawa disposable panties, cari yang pakai buang, tak payah sibuk nak cuci. Bawak dari sini, sebab kat sana takde, susah cari. Tanya Pak Arab/Bangladeshi mereka tak faham.
7. Bawa 1-2 helai instant tudung yang panjang, senang sarung untuk pergi makan, so mini telekung tak kotor terpercik Kambing Nasi Arab.
8. Kalau sakit, pergi doktor yang travel agent dah bayar insurance, free. Jangan beli ubat di farmasi, mahal. Harga ubat boleh beli satu jubah. Bawa ubat sendiri, especially Strepsil, kat sana paling murah is SAR29.
9. Nak beli kurma, kalau boleh jangan beli di Pasar/Ladang Kurma, dah commercialised, their customers are only those yang datang dengan bus. Beli kurma kat wholesale kat mall. Lagi murah, yang lain-lain boleh cari di Bin Dawood.
Ads
Bila beg pergi tak berat, balik tak perlu tambah bag. Apasal pergi satu, balik 3, itu tak termasuk handcarry 7 kg.
Yang penting, be humble, cepat membantu, ramah, dan selalu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pegawai yang banyak membantu.
Selalu bersangka baik kepada Allah dalam apa situasi pun. HE IS THE BEST PLANNER.
Bagi yang bakal bergelar bapa, selain perlu mengetahui cara penjagaan bayi baru lahir, penjagaan isteri dalam pantang, yang ini juga penting.
Kerana sebelum semua itu dilalui bakal bapa terlebih dahulu kena tahu cara menguruskan uri sebelum ditanam. Perkongsian daripada bapa 5 anak ini Azlannor Fadzilah boleh dijadikan panduan.
Dah tanam 5 uri sebelum ini
Alhamdulillah, selesai sudah membasuh dan menanam uri baby baru pagi ini. Setakat ini saya telah menguruskan sendiri ke semua lima uri untuk kelahiran anak-anak saya.
Uri perlu diuruskan dengan sehabis baik kerana ia adalah sebahagian dari organ manusia. Jadi di sini saya kongsikan cara bagaimana saya menguruskan uri selama ini.
Ikuti beberapa langkah mudah berikut. Mungkin ada yang serba lengkap dalam urusan ini. Cara saya ini ringkas dan mudah. Jadi para suami boleh lakukannya sendiri.
1. Ada tiga perkara utama yang diperlukan di sini;
Uri
Garam
Asam Jawa
2. Hospital akan membungkus dengan plastik berikat getah dan dibalut dengan kertas kalis air berwarna hijau.
3. Buka bungkusan kertas pembalut uri. Basuh kertas kalis air hijau tadi jika terdapat kesan darah dan jemur.
4. Letak uri diatas tempat basuhan. Basuh uri dimulakan dengan bacaan basmallah dan alirkan air keatas uri tersebut.
5. Untuk lebih mudah masukkan uri didalam bekas seperti besen dan cucur air sehingga kurang darah yang keluar.
6. Ambil sedikit garam dan asam jawa.
7. Letakkan garam dan asam jawa pada uri.
8. Lumurkan garam dan asam jawa pada uri.
9. Bilas uri dengan air bersih sehingga tiada lagi darah dan bau hanyir darah sudah kurang kerana sudah dibasuh dengan garam dan asam jawa.
10. Sediakan kain putih dan seutas tali yang sesuai untuk mengikat kain tersebut nanti.
11. Lipat kertas kalis air dari hospital tadi dan bentangkan kain putih diatasnya.
12. Letakkan uri yang siap dibasuh keatas kain putih.
13. Balut uri dengan kain putih dan ikat dengan kemas.
14. Kemudian balut pula dengan kertas kalis air hijau tadi dan ikat dengan getah atau tali dengan kemas.
15. Gali lubang ditempat yang selamat seperti dihalaman rumah atau depan rumah.
16. Pastikan gali lubang dalam sedikit sedalam kira-kira 1.5 kaki.
17. Masukkan bungkusan uri tadi dengan membaca basmallah.
18. Timbus tanah dan pijak sehingga rata.
19. Letakkan sesuatu seperti batu sebagai tanda yang uri itu tidak digali oleh binatang seperti anjing, biawak, khinzir dan sebagainya. Selesai!
Semoga perkongsian ini dapat beri panduan pada bakal bapa semua.
Musim hujan macam sekarang ini ramai yang risau tanaman mati dek air tapi ada juga pokok sayur yang tahan dengan hujan malah hidup subur dan cepat membesar pada waktu ini.
Jadi kalau suka bercucuk tanam boleh manfaatkan musim hujan sekarang untuk tanam sayur-sayur berikut.
5 jenis sayur yang sesuai ditanam musim hujan
1. Kangkung
Sayur ini memang hidup subur dalam cuaca lembap dan bergenang air. Hujan memang tidak akan menjejaskan pertumbuhan sayur ini malah makin cepat membesar.
2. Bayam
Anak pokok bayam yang dipindahkan pada musim hujan memang sangat sesuai untuk tumbesarannya. Air hujan akan membantu tumbesaran pokok bayam dengan lebih cepat.
3. Sawi putih
Sawi sebenarnya adalah pokok sayur yang mempunyai daya tahan yang kuat dan tidak mudah layu bila terkena titisan hujan walaupun secara terus menerus. Jadi sesuai sangat ditanam pada musim hujan.
4. Terung
Tanaman ini memang memerlukan banyak air, jadi menanam terung waktu musim hujan adalah waktu yang terbaik.
Walaupun memerlukan banyak air tapi bukan bermakna kita membiarkan ia bergenang dengan air. Keadaan ini boleh menyebabkan akarnya busuk.
5. Salad
Kalau nak mula bercucuk tanam di musim hujan, boleh mulakan dengan pokok salad. Sayur ini memang memerlukan banyak air, selain tak mudah layu.
INFO: Perlu diketahui antara penyakit tanaman yang selalu berlaku di musim hujan adalah akibat kulat dan bakteria. Cuaca yang lembap mempercepatkan lagi serangan kepada pokok.
Bahagian isi atau dada ayam selalunya memang kurang dapat sambutan kalau dibuat gulai, atau sambal.
Selalunya kena buat ayam goreng kunyit baru jalan. Tapi ada satu lagi lauk ringkas yang boleh disediakan menggunakan bahagian ini iaitu ayam buttermilk.
Cara membuatnya pun ringkas dan jika nak hidangan ayam buttermilk yang dibuat lagi sedap rasanya buat boleh ikut cara dikongsi oleh Ila Najwa. Cukup rasa, bukan saja ayam habis kuah pun licin.
Tip masak ayam buttermilk rasa lagi sedap
Bahan-bahan
-Ayam bahagian dada- dipotong kecil
-Tepung serba guna -apa jua jenama untuk salutan
-Mentega
-Bawang putih -dicincang
-Cili api -dicincang
-Daun kari
-Susu cair
-Sedikit jus lemon
Cara membuat:
1. Gaul ayam yang dipotong tadi dengan tepung serba guna. Boleh juga gaul sekali dengan kunyit.
2. Goreng ayam hingga masak dan tos.
3. Panaskan kuali, masukkan mentega secukupnya untuk menumis.
4. Bila mentega dah cair, masukkan bawang putih dan tumis hingga garing. Selepas itu baru masukkan cili api dan daun kari.
5. Bila semua bahan dah garing, masukkan ayam yang digoreng tadi. Ada yang buat kuah dulu baru masukkan ayam. Tapi cara saya masukkan ayam dulu.
6. Seterusnya masukkan susu cair. Kuantiti terpulang, jika nak kuah banyak lebihkan susu dan sebaliknya. Tapi kuah banyak baru sedap.
7. Biarkan kuah mendidih. Sebelum tutup api, masukkan sesudu kecil perahan jus lemon. Inilah tip supaya kuah ada rasa lemak, manis, masam dan pedas. Sikit saja ya. Kemudian kacau dan boleh tutup api.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...