
Mesti ramai kalangan kita yang suka buat kek sendiri. Bila dah baking satu perkara yang remeh untuk kita buat adalah cuci whisker mixer.
Kena bersihkan satu persatu jaringnya dan kena basuh dengan cermat. Jika bengkok boleh jejaskan tekstur adunan.
Lagi satu bila dah bengkok atau rosak dan nak tukar kos whisker ini juga bukan murah, lebih RM100 juga.
Cara pantas cuci whisker mixer
Tapi ada satu tip yang dikongsi oleh Syh Bakers melalui akaun TikTok yang boleh diguna pakai oleh kita.
Bakers mungkin dah tahu tip ini, tapi yang belum tahu boleh praktikkan setiap kali selepas baking untuk mudahkan kerja mencuci whisker mixer. Caranya mudah sangat;
1. Selepas selepas menggunakan alat ini, masukkan air dan juga sabun ke dalam mangkuk mixer.
2. Kemudian lock dan putarkan menggunakan kelajuan medium seketika.
3. Bila nampak whiskers dah bersih bolehlah tutup dan keluarkan. Memang bersih hasilnya.Tak perlu cuci satu persatu bilah.
INFO: Tip yang sama juga boleh digunakan untuk cuci blender.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Syh Bakers
Wang Simpanan Dalam Bank Pun Wajib Zakat, Begini Cara Kiraannya Setiap Hujung Tahun

Isi Kandungan
ToggleBila dah masuk tahun baru ramai yang berkira-kira dengan dividen dalam simpanan yang bakal diperolehi. Seronok mengira jika simpanan dah banyak, ditambah pula dengan dividen yang akan diterima.
Tapi dalam Islam dalam hak kita ada hak orang lain. Ramai yang tak sedar bahawa wang simpanan dalam bank kita pun diwajibkan membayar zakat sekiranya cukup haul atau syaratnya.
Macam mana nak kira zakat simpanan? Kita rujuk perkongsian daripada Lembaga Zakat Selangor ini.
Kiraan zakat untuk satu akaun simpanan
Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.
Berikut adalah contoh kiraan mudah untuk wang simpanan dalam satu akaun.
Baki terakhir hujung tahun x 2.5%
Cara kiraan zakat untuk simpanan dalam beberapa akaun
Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki pada hujung haul dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki hujung haulnya tidak mencukupi nisab.
Contoh:
Jika akaun A baki terakhir 3,000 tidak dikenakan zakat sebab bawah paras nisab RM 13,950 tapi bila dicampur akaun B ada RM 5000 akaun C Ada RM 8,000 total ada RM 16,000 maka zakat yg wajib ditunaikan adalah RM 16,000 x 2.5%=RM 400
Kaedah kiraan untuk ASB
Pengiraan zakat ke atas pelaburan ASB hendaklah mengikut kaedah yang terkini, sesuai dengan keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor 2019.
INFO: Ini adalah kaedah kiraan zakat untuk negeri Selangor
Untuk bayar zakat ini boleh datang ke cawangan Zakat Selangor berhampiran atau tunaikan sahaja secara online di www.zakatselangor.com.my.
Sumber: Lembaga Zakat Selangor
6 Hikmah Puasa Dalam PKP Yang Kita Tak Sedar, Syukurlah

Ramadan tahun ini sememangnya sangat berbeza daripada tahun sebelum-sebelum ini. Akibat virus kecil yang tak terlihat dek mata kasar hampir satu dunia termasuk terjejas pergerakan untuk mengelak penularan virus ini.
Puasa tahun ini sepanjang masa kita di rumah, hanya bersama keluarga, tak boleh keluar, tak boleh bekerja dan melakukan semua rutin yang jadi kebiasaan. Walaupun semuanya terhad, dan tidak seperti selalu namun hakikatnya ada hikmah tersembunyi yang seharusnya kita syukuri.
Perkongsian dari Taufiq Razif ini mungkin membuka mata kita.
1. Mungkin ini kali pertama kita fokus 100% berpuasa di Bulan Ramadhan tanpa terganggu dengan persiapan Aidilfitri.
2. Mungkin ini kali pertama kita boleh fokus 100% terawih bersama anak anak dan isteri.
3. Mungkin ini pertama kali pahala puasa kita tidak terganggu oleh dosa mata ketika mengunjungi Bazar Ramadhan seperti tahun tahun sebelum ini.
4. Mungkin ini pertama kali puasa Ramadhan kita penuh dengan Uzlah dan bersunyi sunyian hati kita bersama dengan Ilahi
5. Mungkin ini pertama kali puasa Ramadhan kita terhindar daripada pergaulan bebas dan waktu solat yang tidak dijagai
6. Mungkin ini pertama kali puasa Ramadhan kita penuh dengan menyendiri untuk refleksi hati dan diri kita sendiri
وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216)
Sumber: Taufiq Razif
7 Sebab Kita Tak Boleh Pakai Bengkung Hari-hari, Walaupun Mampu Sorok Lemak

Isi Kandungan
Toggle
Ramai kalangan wanita yang menjadikan pemakaian bengkung sebagai rutin setiap hari untuk menyorok lemak yang berlebihan terutama di bahagian perut.
Bila dah pakai bengkung barulah rasa mantap dan terus confident. Tapi walau pun nampak cantik sebenarnya pemakaian bengkung setiap hari boleh menjejaskan kesihatan dalaman kita.
Perkara ini dikongsi oleh Dr. Yazeed Hair Johari. Selanjutnya baca perkongsian beliau.
BENGKUNG PEROSAK ORGAN DALAMAN
Gambar di atas adalah bengkung. Atau nama mat salehnya waist girdle, corset, waist band dan macam macam lagi. Jenis:
1. Bengkung abdomen (membaluti keliling abdomen/perut).
2. Bengkung penuh (chest to hips) yang membaluti dari paras dada hingga pinggul ( lebih merbahaya).
Tak kiralah jenis apa sekali pun bengkung ini selalunya digunakan untuk:
Selepas Bersalin (Post delivery)
Selalunya lepas bersalin, bukan apa tujuannya untuk put on pressure pada rahim yang sedang mengecut.Bengkung ini digunakan hanya pada had masa yang tertentu sahaja. Bila rahim dah sepenuhnya mengecut, Tak ada lagi pendarahan . Bengkung dah tak perlu sebenarnya..
Immbobilisation of Back
Terutama sekali yang ada kecederaan tulang belakang untuk mengelakkan “ friction “ geseran tulang belakang.
Tapi zaman sekarang ni, penggunaannya telah disalah guna oleh beberapa pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan menjual harapan. Over claim pulak tu boleh kurus, boleh ramping.
Anatomi
Secara amnya di bawah lapisan kulit kita terutamanya dibahagian abdomen. Lapisan itu dipanggil “ Subcutaenous fat tissue “. Lapisan ini adalah lapisan lemak yang terkumpul. Kalau perhatikan fisiologi struktur lemak, ia mempunyai sifat pejal. Ia tak mudah pecah seperti yang diperkatakan oleh ramai penjual .
“Kalau sapu losyen panas ni , Lagi cepat pecah lemak.” Kau ingat lemak kau tu buah delima atau belon ? Boleh pecah begitu sahaja ? Menjual Harapan adalah lebih mudah memandangkan rakyat kita sibuk bekerja.
Tak ada masa nak bersenam…
Tak boleh kawal nafsu makan …
Jadi, ini adalah pintu gerbang utama kepada si penjual untuk menjual harapan. “ Nak jadi langsing ?” “ Sorok lemak dalam masa yang sama boleh shaping ..”
Kau rasa lemak tu boleh disusun atur? Macam kau susun biskut dalam balang? Korang baca bawah ni …
KEBURUKAN MEMAKAI BENGKUNG SETIAP HARI
1. GERD – Gastroesophageal Reflux disease
Bengkung akan membuatkan organ perut dan paru paru tertolak ke atas. Disebabkan tekanan yang tinggi. Bila perut kau dah tertolak ke atas, injap penutup perut akan terbuka disebabkan paksaan tadi.
Jus asid perut mula melimpah semula ke ssofagus (salur makanan ) dan akan menyebabkan GERD ( Gastroesophageal Reflux Disease ). Simptom dia sama macam orang yang kena serangan pedih ulu hati.
2. Dyspnoea (Shortness of Breathing) susah bernafas
Bengkung juga akan push paru paru inferior kau ke atas. Tahukah korang kita bernafas menggunakan otot diaphragma? Dan ruang diafragma ini diperlukan oleh paru paru untuk mengembang lebih baik.
Tapi kalau kau balut perut kau dengan bengkung dan pakai setiap hari. Bayangkan… Ruang diaphragma menjadi makin sempit otot diafragma tak dapat bantu paru paru untuk bernafas disebabkan tekanan dari bengkung yang telah menyebabkan kenaikkan tekanan abdomen “ Intraabdominal pressure “ dan sekali gus menyebabkan paru paru korang semua tak dapat berkembang dengan lebih baik .
3. Brain Hypoxia
Disebabkan itu makin kuranglah kemasukan oksigen dalam badan. Bila oksigen sampai ke otak dengan jumlah yang minima. Akhirnya kau mula jadi cepat letih, cepat mengantuk dan seharian produktiviti hidup kau akan berkurangan.
4. Cardiac pressure
Bila paru paru kau pun dah tertolak ke atas maka paru paru kau tadi mula mencengkam jantung. Jantung kau pula yang stress, dahlah nak kena pam darah lagi tapi dok kena himpit pulak dengan paru paru. Aku sumbat hang 10 orang dalam kereta 5 seater nak tak ? Lepas tu aku ulang berkali kali ? Hangpa nak?
Darah beku
Mungkin ada antara kita yang tak tahu jika ada masalah “koagulasi “ darah. Bila ruangan dalam abdomen makin sempit secara logiknya salur darah yang kecil semuanya akan tersekat. Sekatan laluan itu akan menyebabkan darah anda muka bergumpal dan mudah menjadi thrombus…
Bayangkan kalau darah beku tadi tersekat di salur darah paru paru ? Pastinya mengundang PULMONARY EMBOLISM. Keadaan ini adalah Emergency. Aku berani potong jari 100% pesakit yang kena pulmonary embolism , 60-70% yang akan menempah keranda untuk dikebumikan.
Selain dari itu:
5. Emotional Stress
6. Intraabdominal Muscle stress
7. Intraabdominal Swelling ( bengkak)
Dan macam macam lagi. Hanya kerana nak nampak kemas, nak simpan selit lemak tu ? Kau pakai bengkung tu pun aku tengok dah macam nak sesak nafas. Jangan temberanglah bila kau cakap benda tu selesa. Increase intrabdominal pressure. Takkan pernah selesa….
Belum lagi suami kau tunggu kau bersiap. Macam macam kau sarung satu badan selit selit lemak lagi. By the time kau siap, suami kau dah kejung dekat luar tu.
Nampak kemas tapi banyak keburukan
Nak nampak kemas katanya tapi banyak keburukan yang mengundang pada badan kau sendiri. Kenapa perlu beri tekanan yang tak perlu pada ruang dalam abdomen? Mereka perlukan ruang untuk bekerja.
Perut, diaphragma, usus, paru paru, ginjal, hati dan sebagainya. Tuhan dah cipta kan ruang untuk organ organ ni bekerja tapi kau sempitkan ruang mereka dek kerana kau nak sorok lemak lemak yang berlebihan.
Like… Seriously? Sanggup belanja duit gaji beratus ratus untuk alat kelengkapan bengkung, belum lagi dengan seluar shaping, baju panas, teh detox, pil kurus, losyen panas lagi. Hanya kerana kau mahu kelihatan lebih anggun dan menawan.
Kalau kau tengok pada gambar ni, kau balut tengah tu elok dah tapi dia degil dok keluaq ikut ataih dengan bawah. Sebab apa? Sebab lemak kau pun perlukan ruang mereka sendiri. Hang rasa hang boleh kawal susunan lemak tu ke?
Sel hidup perlukan ruang
Jadilah pengguna yang bijak, dari kau memeudaratkan diri membazir beli benda benda yang memberi harapan palsu baik simpan duit tu utk masa depan kau atau anak anak kau.
Sekali dua pakai boleh tahan lagi tapi kalau kerap ? Kau rasa organ kau dalam tu tak “ tercekik” mintak nyawa ke? Mereka pun sel sel hidup juga. Sama seperti korang semua yang perlukan ruang dalam hidup. Kecantikan tu sementara tapi organ dalaman nak pakai lama.
Nota Ringkas
Setiap organ kita perlukan ruang untuk bernafas dan bekerja . Tekanan normal dalam perut harus dikekalkan. Jika bengkung ini dapat menyebabkan “ Increase Intraabdominal pressure “ Maka ianya membawa kemudaratan .