Susun atur dapur yang baik akan menghasilkan suasana dapur yang luas dan kemas. Namun dalam memastikan aspek ini, jangan pula kita abaikan aspek kesesuaian kedudukan alat elektrik.
Ada alat elektrik yang tidak sesuai diletakkan berdekatan kerana faktor pengudaraan dan penghasilan tenaga panas. Sebagai contoh, microwave, ketuhar, dryer dan peti sejuk.
Perkara ini dijelaskan oleh Azizul Azli Ahmad, pensyarah, penulis dan penceramah yang selalu berkongsi tip tentang hartanah.
KEDUDUKAN PERALATAN DAPUR KURANG TEPAT?
Dapur ini kelihatan kemas dan cantik, tetapi dapur bukan perlu cantik tetapi berfungsi dengan baik dan selamat buat penghuninya.
Dapur yang baik akan buat penghuninya selesa bekerja, jimat tenaga, selamat dan berada pada tahap kebersihan yang tinggi.
Saya jumpa foto di bawah tentang kedudukan peralatan dapur. Terdapat beberapa perkara yang dianggap ‘kurang baik’ dilakukan oleh jurureka dalaman atau tukang dapur ini.
Boleh jadi juga, ini kehendak tuan rumah.
Ads
Kedudukan dryer, peti sejuk dan mikrowave tidak boleh selari begini.
Dua peralatan yang menghasilkan haba panas (Mikrowave dan dryer), mengapit peralatan yang menghasilkan haba sejuk (Peti sejuk).
Peti sejuk juga sebaiknya memiliki pengudaraan (ventilation) bagi setiap sisi agar udara kipas dari peti sejuk tidak terperangkap dan memerlukan banyak tenaga.
Bila semua ini berlaku, peti sejuk akan menekan banyak tenaga sebab ‘jirannya menghasilkan haba panas’. Ia akan menjadi tidak jimat tenaga dan akan cepat rosak.
Tip reka bentuk dapur yang baik
1. Dapur yang baik jadikan isteri kita selesa dan masak dengan penuh kasih sayang. Resepi walau ‘campak campak’ boleh jadi sedap bukan kepalang.
2. Mesti ada ruang tingkap untuk pencahayaan masuk kedapur kita, semakin banyak cahaya. Semakin luas rasanya.
Ads
3. Tingkap juga sebagai sumber pengudaraan, biar semua bau dan udara mengalir keluar.
4. Lantai mengunakan jubin atau kayu yang tidak mudah licin dan tergelincir ketika basah.
5. Jika tingkap tak cukup luas mesti ada serombong asap, jika tidak bau kari akan melekat hingga ke kusyen dan tv kita.
6. Beli alatan dapur yang kita guna bukan untuk bergaya, oven jarang digunakan tetapi cantik untuk bergaya di dapur.
Ads
7. Pilihlah skima warna neutral kerana ia akan tahan lama menawan kita.
8. Fahami prinsip golden triangle didapur antara sink, dapur memasak dan peti sejuk (Rujuk gambar) semua ini dalam kedudukan yang betul agar mudah kerja.
9. Pastikan kitchen top dari kekemasan yang keras dan tahan lama, banyak aktiviti lasak berlaku diatas permukaan kabinet ini.
10. Kita hanya perlukan satu dapur sahaja, jangan mengada nak ada dua. Dry kitchen bukan budaya kita. Dapur kita masak kari, sambal belacan, kemas bagi cantik tetap menawan lepas digunakan. Peruntukan sedikit bajet buat dapur bagi cantik dan selesa, di sana kasih sayang bermula sebelum masuk perut kita
Berbahagialah mereka yang ada dusun durian pada waktu musim raja buah ini. Nak makan senang, boleh jual lagi.
Tapi ada juga yang menanam pokok durian tapi tak menjadi. Jadi macam mana nak buat supaya musim akan datang buahnya jadi lebat.
Anda mungkin boleh ikut petua yang dipraktikkan oleh petani Thailand yang dikongsi oleh Sifudurian. Petua ini bukan saja untuk lebatkan buah dari pokok durian tapi juga pokok buah-buahan lain.
Petua lebatkan pokok buah termasuk durian
Hari ini saya dapat satu petua bagaimana nak LEBATKAN tanaman seperti durian, limau, nangka, mangga dan lain-lain daripada seorang petani Thailand.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
2 kilo telur ayam
2 kilo Gula Perang
1 biji ragi tapai
1 botol minuman Yakult
2 kotak susu segar
2 biji air kelapa muda
Cara membuatnya:
1. Kisar kulit telur sekali dengan isinya sampai halus mengunakan pengisar kering. Adun semua bahan ini bersama di dalam 1 besen.
2. Peram selama 15 hari dan perlu digaul sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Selepas 15 hari, saringkan kisaran tadi untuk mengambil pati air perapan
3. Asingkan daun daun yang terlalu tua pada pokok yang akan disembur. Gunakan sukatan 10ml pati bersama 20 Liter air dan sembur pada permukaan daun sekali dalam seminggu, kalau mahu kesan lebih power boleh sembur dua kali dalam seminggu.
Sebelum ini wainscoting jadi ikutan peminat dekorasi kediaman, terbaru accent wall pula. Hiasan dinding daripada kayu yang diatur dengan corak tersendiri.
Selain cantik, accent wall ini juga lebih murah dan paling penting boleh dibuat sendiri. Caranya dikongsi oleh Adam Juni.
Port untuk bergambar
Kalau rumah tu rasa kosong, nak buat wainscoting atau panggil ID untuk deco belum berkemampuan lagi, boleh la cuba buat sendiri accent wall ni. At least boleh ada la port untuk bergambar!
Buat yang berminat nak buat sendiri, saya sediakan step by step di setiap gambar.
Barang yang diperlukan
1. Kertas pasir tu kasar dan halus. Sekeping sudah.
2. Sesiku L tu boleh ganti dgn jangka sudut.
3. Penembak gam tu kene beli la, kang nanti jenuh nak tunggu silicon tu x kelua kelua.
4. Gergaji tu pakai je ape yang ada.
5. Pensel dgn pengorek auto tu penting. Buat garisan kat kayu ni, laju je pensel tu haus.
6. Kalau ade bajet, ganti masking tape tu dengan Nippon Washi Tape. Order kat shopee sudah, hardware ni memanjang x de stock.
7. Amik la meja yang paling cikai untuk buat alas tempat kerja. Takkan la gergaji kat lantai pulak kan.
8. Cat tak masuk sebab belum beli lagi.
Total semua ni termasuk cat dalam RM150.
Ni pulak kayu spin nama dia. Hardware yang besar sikit ada jual. Kalau boleh pilih sendiri sebab ko boleh la pilih yg lurus dgn smooth permukaan dia. Beli la lebih sikit buat spare. saya beli 22 batang. Sebatang 6 kaki. Saiz 1 inci x 1/2 inci. Harge 2 ringgit lebih sebatang. So total dalam RM 50.
Design pilihan
Kita mulakan dgn ukuran dinding (dalam cm, inci dan kaki) dan yang paling penting ialah design yang mana menjadi puujaan hatimu.
Cara membuat
1. Ni dinding yang asal suci murni
2. Dah boleh mula lekat kan kayu tu ikut design dan ukuran asal. Boleh je kalau nak cat dulu.Kayu kena la sambung sikit untuk jadikan panjang. Ye la kan die jual panjang 6 kaki.
3. Ha dah siap lekat dan potong hujung-hujung yang berkenaan tu. Pakai jangka sudut tu lagi senang dari sesiku L sebenarnya. Murah pulak tu.
Bulat kat atas tu, namanya spacer. Buat la 2 batang. So bila nak letak kayu tu, parking spacer tu kat belah hujung, maka terletak cantik la kayu tu. Tak payah la nak ukur satu-satu space antara kayu tu kan.
4. Dah setel, cabut semua kayu utk proses sanding
5. Nampak tak marking setiap posisi kayu. Buat 3 marking.
1 kat layout design
1 kat kayu tu
1 kat dinding
So tak de la mengagau carik kayu yang mana untuk part yang mana kat dinding.
6. Ni ada gambar time tengah cabut kayu sekali dgn buat marking.
7. Lepas tu cat la dulu dinding ikut warna yang dah dipilih. Gambar ni aku dah lekat balik kayu tu kat dinding.
Gambar ni aku dah lekat balik kayu tu kat dinding. Untuk kayu yang degil tak nak lekat, paku kan saja. Antara joint kayu tu, letak wood filler. So cantikla sambungan dia.
8. Cat kayu ikut warna background. Lepas touch up mana-mana yang comot. Maka selesailah accent wall @ feature wall bermodalkan RM 200.
SIAP
Info tambahan
Ni gambar masa proses sanding. Tengok gambar putih tu lepas sanding. Kan flawless. Yang pink keadaan sebenar dari kedai. Ada yang siap bergerigi. Kalau boleh, pergi pilih kayu tu sendiri.
Dah tutup kepala paip atau stop cork shower tapi air tetap juga menitis. Kadang-kadang yang menitis tu banyak walaupun dah pulas ketat.
Kalau tukar kepala paip singki mungkin ada yang dah tahu tapi untuk kepala paip shower melekat pada tiles ada caranya. Salleh Tumari berkongsi langkah DIY yang beliau lakukan untuk menukar stop cork shower ini.
CARA TUKAR STOP CORK SHOWER
Saya nak share cara saya tukar stop cork untuk shower di bilik air saya. Bila tutup stop cork, air masih keluar di shower. Boleh penuh air 1 baldi.
Saya dapat ilmu baiki paip ini dari group Tukang Apa Hari Ini juga. Ramai yang kongsi ilmu di sini. Cara- cara nya ialah:
1. Cabut kepala stop cork dengan locking pliers dan adjustable wrench spanner.
2. Buat ruang lubang di keliling stop cork dengan drill.
3. Korek simen dalam mozek dengan besi dan tukul.
4. Bila locking pliers boleh grip stop cork.
5. Buka stop cork ikut arah lawan jam.
6. Cari stop cork baru yang boleh masuk dengan PEMBUKA PLUG MOTO.
7. Ikat stop cork mengikut arah jam.
8. Tutup lubang dengan WHITE CEMENT. Bancuh white cement dengan air dan ratakan pada lubang sekitar stop cork tadi.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...