Ramai yang cuba tanam kesum di rumah tapi tak menjadi. Dah cucuk keratan tapi tak sempat naik tinggi, pokok dah layu dan mati.
Jangan putus asa ya, cuba lagi tapi kali ini boleh ikut cara yang dikongsi oleh Ardi Tani.
Kaedah yang digunakan adalah penanaman melalui keratan pucuk kesum. Lebih mudah dan pokok cepat membesar. Tujuh hari dah naik tinggi.
1. Sediakan bahan seperti dalam gambar iaitu; -Tong atau bekas plastik -Keratan pokok kesum (guna bahagian pucuk) -Drill (kalau tiada boleh panaskan paku dan buat lubang) -Tanah 6 in 1 boleh beli di nurseri
2. Buang lubang (paras rujuk gambar). Tujuannya untuk air bertakung bersama medium. Pokok kesum kan suka air. Tebuk 2 lubang depan dan belakang.
Ads
3. Masukkan medium dalam bekas dan basahkan.
4. Cucuk keratan kesum.
Ads
5. Dah siap, bungkus macam ni ketat-ketat. Tak payah tebuk lubang. Cara ini akar akan keluar banyak sampai dahan atas dari medium pun kuar akar.
6. Dalam tempoh 5 – 7 hari akan nampak pokok kesum naik elok. Selepas itu boleh buka plastik.
Ads
Ini hasilnya, untuk hasil yang lumayan guna baja XY dan letak bawah hujung bumbung lokasi jika hujan lebat kena tempias saja.
Menurut beliau fasa selepas menanam keratan paling penting dijaga supaya akarnya berkembang elok bagi membolehkan pokok naik elok.
Nasi goreng paling sedap adalah nasi goreng yang mak kita buat. Nasi goreng ini memang legend sebab tak letak perencah pun tapi tetap sedap sampai kita teringat-teringat hingga sekarang.
Bersyukurlah kalau masih ada ibu, boleh merasa lagi air tangannya ini. Tapi bagi yang dah tiada tapi teringin sangat nak makan boleh cuba buat sendiri.
Sebelum ini kita dikejutkan dengan satu kejadian anak kecil yang maut akibat tercekik roti dan baru-baru ini viral pula kisah anak tercekik duit syiling .Ya walau pun hanya roti yang lembut ia tetap mengundang bahaya buat anak kecil.
Sebab itu jugalah ibu bapa atau pun pengasuh sebaiknya mempunyai kemahiran menyelamat jika berdepan dengan keadaan ini.
Sekiranya anak mengalami simptom tercekik makanan atau sebarang objek teknik menyelamat mengikut kaedah Tekan Perut atau Manuver Heimlich boleh dilakukan.
Tanda-tanda anak tercekik
1) Tidak boleh bercakap dan menangis.
2) Muka menjadi biru.
3) Memegang tekak dan minta bantuan.
4) Kelihatan panik.
5) Tidak sedarkan diri.
Teknik Tekan Perut / Manuver Heimlich
Teknik menekan perut adalah di mana penolakan udara secara mengejut ke laluan trakea dari diafragma (bahagian perut) yang boleh menolak keluar objek atau makanan yang tersekat.
Walaupun teknik ini kelihatan mudah, ia perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati terutamanya ke atas anak kecil. Terdapat juga teknik khas untuk menekan perut kepada bayi kerana saiz mereka yang kecil dan jika ia tidak dilakukan dengan betul boleh memburukkan lagi keadaan.
Oleh sebab itu, teknik ini paling selamat dilakukan oleh individu yang terlatih. Apa yang boleh ibu bapa lakukan? Ia bergantung kepada situasi:
Jika kanak-kanak masih boleh bernafas
Jika kanak-kanak itu sedang tersedak atau tercekik, tetapi masih boleh bernafas dan bercakap, ini bermakna laluan pernafasan masih ada.
Jangan cuba keluarkan objek atau makanan itu kerana ia mungkin akan menolaknya lebih dalam.
Langkah terbaik dalam situasi ini adalah untuk tidak melakukan apa-apa, tetapi beri perhatian penuh ketika kanak-kanak itu batuk sehingga dia kembali bernafas seperti biasa.
Jika kanak-kanak tidak boleh bernafas?
Minta bantuan kecemasan. Pastikan anda menyimpan nombor kecemasan, ini termasuk nombor hospital terdekat, nombor keluarga terdekat serta jiran.
Jika kanak-kanak itu sedar tetapi tidak boleh bernafas atau bercakap atau mula menjadi biru, gunakan teknik menekan perut. Ini boleh dilakukan oleh sesiapa yang sudah dilatih melakukan teknik ini.
Teknik Heimlich Manuverbagi bayi berumur bawah 1 tahun & dalam keadaan sedar
Menggunakan lengan, posisikan kepala dan muka bayi menghala ke bawah, dengan sokongan peha.
Pastikan torso bayi lebih tinggi daripada kepala.
Tepuk bahagian belakang, antara tulang belikat bayi menggunakan tapak tangan sehingga lima kali.
4. Seterusnya, pusingkan bayi sambil terus menyokong kepala lehernya.
5. Jika objek masih tidak keluar dari laluan pernafasan, tekan bahagian dada atau tengah-tengah sternum menggunakan 2 atau 3 jari dengan cepat sehingga 5 kali.
Ulang teknik, iaitu tepukan di bahagian belakang bayi dan penekanan di bahagian dada sehingga objek keluar. Jika ia tidak diteruskan anak mungkin tidak sedarkan diri.
Jika bayi masih tidak bernafas, anda boleh membuka laluan pernafasan dengan meletakkan ibu jari di mulut anak dan genggam gigi kacip atau gusi. Bahagian rahang perlu dinaikkan supaya anda boleh melihat objek yang tersekat.
Jangan cuba keluarga kecuali…
JANGAN cuba keluarkan objek tersebut melainkan anda melihat objek dengan jelas. Anda berkemungkinan menolak lagi objek ke dalam tekak anak, dan ini lebih merbahaya.
Lakukan teknik CPR, jika perlu.
Bawa kanak-kanak ke hospital secepat mungkin, terutamanya jika kanak-kanak itu terus tidak boleh bernafas dan tidak sedar.
Biskut cream crackers ini kalau cicah dengan air teh o, kopi o memang sedap. Boleh layan berkeping-keping. Biskut ini juga sebenarnya boleh kita buat sendiri.
Kelebihan bila buat sendiri biskut cream crackers ini kita boleh ikut citarasa. Nak makin atau kurang, ataupun buat makin berlemak rasanya pun boleh. Teksturnya tetap rangup dan sedap. Kalau nak cuba boleh guna resipi perkongsian AJ Idris ini.
Buat sendiri biskut cream crackers
Bahan – bahan:
1 cawan tepung gandum,
1 sudu besar tepung jagung,
2 sudu besar mentega (jangan guna minyak),
2 sudu besar minyak zaitun/ minyak sayuran,
1 sudu kecil gula
Secubit garam,
1/4 cawan susu penuh krim (boleh guna air kosong, tapi hasilnya kurang berlemak)
Cara membuat:
1. Campurkan semua bahan, uli sampai jadi doh. Susu mungkin tak perlu guna semua, agak-agak dah elok jadi doh sudah ya.
2. Canaikan sampai nipis, bahagikan seberapa banyak yang boleh. Adunan ini boleh dapat 18 keping. Cucuk dengan garfu macam dalam gambar.
3. Bakar pada suhu 150° darjah lebih kurang 10-15 minit. Kalau nak rasa tambah berlemak, sapukan butter cair. Ikut resepi ini saja pn dah sedap.
4. Selepas masak, biarkan sejuk sejuk. Boleh cicah dengan teh, kopi, coklat panas. Makan begitu saja pun dah sedap.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...