Asal tanam untuk makan sendiri tapi hasil penjagaan yang elok punyalah cepat pokok kucai ini membiak.Sudahnya kini dah boleh jual pula di pasar untuk tambah pendapatan.
Ini perkongsian Norsakinah Wahab yang menanam pokok sayur ini di sekitar rumah saja. Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut cara yang dikongsi oleh beliau. Tak susah mana pun.
Tip tanam kucai supaya cepat membiak
Kucai kampung, asal tanam untuk makan sendiri. Makin lama makin membiak
Sekarang dah boleh jual kat pasar.
Tip tanam kucai
1. Media tanaman guna tanah top soil dan abu sekam padi
Ads
2. Tanam guna ubi dan saya hanya letak 3 ubi dalam polibeg 14×14.
3. Selepas sebulan ditanam daun kucai kena kerat. Kucai akan cepat membiak setiap kali dikerat.
Ads
4. Pokok kucai perlukan cahaya matahari pagi dan petang. Jika letak di tempat teduh kucai tidak akan membiak.
5. Siram pagi dan petang terutama jika cuaca panas.
Ads
6. Untuk pembajaan, letak baja tahi kambing atau baja kopi.
Bila duduk rumah teres ramai yang akan membina dinding atau menaikkan tembok agar kawasan rumah lebih privacy.
Tapi boleh jadi juga kerana tembok ini juga ada jiran bermasam muka atau tidak puas hati. Mana tidaknya bahagian dinding tuan rumah cantik tapi dinding sebelah jiran buat cincai saja, malah ada yang tak ratakan dengan simen pun.
Berkongsi pandangan sebagai seorang kontraktor, Mahanom Mohammad menerangkan etika buat kontraktor mahupun tuan rumah sendiri bila membina tembok ini.
Etika kontraktor bila tapak melibatkan jiran
Apabila pelanggan kita minta bina dinding pembahagi sempadan mereka dan jiran, satu perkara yang tidak dapat elak adalah, memasuki kawasan jiran. Untuk?
Untuk memastikan sisa binaan kerja tidak mengotorkan rumah jiran hingga mengancam keselesaan hidup mereka pula.
Bukan itu sahaja. Menaikkan dinding melibatkan kerja menyusun bata dan mengikat bata-bata yang disusun dengan bancuhan mortar, yang diantara bahan utamanya adalah pasir dan simen.
Kerana itulah, dalam teknologi binaan, batu bata yang disusun dan diikat dengan mortar tadi, permukaan dinding itu perlu dilepa iaitu di tutup dengan satu lapisan simen, sebelum ia dilicinkan dan di cat cantik.
Ini bukan sahaja untuk melindungi ikatan dan susunan bata itu dari terdedah kepada panas, hujan dan cuaca yang melampau.
Bahkan dengan melepa permukaan batu bata tadi, ia juga menghalang serpihan partikel yang rosak (akibat dedahan iklim) dan terbang terlepas ke udara. Dan sudah pastilah akan memasuki rongga-rongga penafasan mereka yang dekat padanya, iaitu jiran atau haiwan peliharaan mereka.
Lepa dan cat sekali bahagian rumah jiran
Saya selalu jumpa, apabila seorang pemilik rumah hendak menaikkan tembok dinding, mereka hanya melepa dan mengecat cantik permukaan dinding dalam kawasan rumah mereka sahaja.
Sementara permukaan dinding di bahagian rumah jiran, dibiarkan sahaja tidak dilepa.
Maka terdedahlah si jiran dengan partikel-partikel mortar dan bata yang tidak ditutup ini. Jangan begitu kawan.
Nasihatkan pelanggan kita untuk melepa juga permukaan dinding rumah jiran. Lebih manis jika mengecatnya juga dengan warna yang jiran suka.
Inilah etika dalam kerja. Tidak meletakkan untung semata-mata, tetapi memikirkan juga keharmonian pelanggan kita dengan jiran sebelah mereka.
Bila hendak bina rumah orang, binalah seperti kita bina rumah untuk ibu bapa kita. Bila kerja tersebut melibatkan kawasan jiran, buatlah kerja seolah jiran itu, adalah kita sendiri.
Hari ini, kita lawat tapak.Tapak ubahsuai adalah rumah sebelah, tapi yang di lawat tapak hari ini adalah kerja-kerja yang melibatkan rumah jiran pelanggan kita.
Info ekstra: Sebelum memulakan kerja menaikkan tembok sebaiknya maklumkan dulu kepada jiran.
Kalau nak pastikan kediaman berbau harum kita biasanya akan beli saja pewangi kediaman. Beli sebotol kadang-kadang tak sampai sebulan dah habis kalau kerap menggunakannya.
Sebagai langkah penjimatan, boleh saja DIY pewangi rumah mengikut perkongsian netizen @yatt_azml di twitter ini. Cuma guna dua bahan saja, satu rumah berbau harum.
Bahan-bahannya pula memang dah ada di rumah jadi kalau habis boleh saja buat semula.
Bahan-bahan
Botol semburan -saiz kecil
1 penutup botol softner atau pelembut pakaian
Sedikit cuka
Cara membuat:
Campur bahan ini dalam botol, boleh juga tambahkan air.
Kalau nak guna botol lebih besar tambahkan pelembut pakaian (apa juga jenama)
Semburlah pada langsir, sofa atau karpet.
Selain itu ia juga berfungsi untuk kurangkan habuk melekat pada permukaan seperti meja, kipas dan tingkap.
Bila ada lebih dari seorang anak yang sekolah pening juga nak uruskan PdPR mereka. Terutama untuk anak sekolah rendah, yang perlu kita perhati dan perlu dibantu.
Bagi memudahkan para ibu terutamanya mungkin boleh gunakan idea daripada Hazlina Harumaini. Beliau menyatukan anak di meja makan untuk sesi belajar online namun untuk memastikan anak fokus dia meletakkan partition! Sekali pandang macam di ruang pejabat atau cyber cafe.
Menariknya ibu yang WFH juga boleh duduk sekali. Senang untuk pantau sambil buat kerja.
Station online anak, letak partition supaya boleh fokus
Waktu ini dah habis sesi belajar, sebab itu ada penampakan Roblox di situ.
Ini cara saya buat station online anak-anak. Sebab semua nak berkumpul dekat-dekat terpaksalah guna dining table untuk kegunaan empat orang. Mama pun senang nak pantau anak-anak sambil WFH. Nampak lebih fokus cara macam ini.
Barang untuk partition boleh beli di kedai Eco Magic Cube. Harga cuma RM2.10 sekeping, dan didatangkan dengan connector untuk sambung dan lock supaya tak bergerak.
Boleh juga beli secara online di Shopee. Klik SINI untuk beli.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...