Antara pokok limau yang biasa kita tanam di rumah dalam pasu adalah limau kasturi. Banyak kegunaan di dapur jadi memang berbaloi tanam, harganya pun mahal.
Jika memang dah sedia tanam di rumah tapi buahnya kurang atau tak berbuah mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Muspirah Samat.
Hanya guna baja yang dibancuh sendiri menggunakan minuman probiotik dan telur hasilnya pokok berbuah limau kasturi lebat hingga tunduk dahan. Lagi menarik pokok juga berbuah sepanjang tahun katanya.
Tip pokok limau kasturi berbuah lebat sepanjang tahun
Tanam limau kasturi, berbuah sepanjang tahun. Lebat hingga menunduk batang. Dah macam padi pun ada. Makin berisi makin menunduk.
Banyak sudah yang dipetik buat makan, basuh ikan, gugur sebab terlebih masuk pun ada. Sekarang pokok ini keluar bunga baru pula. Alhamdulilllah syukur.
Ramai yang tanya tip yang dipraktikkan, caranya saya amalkan baja bancuhan sendiri menggunakan Yakult dan telur.
Cara bancuh:
1. Ambil sebotol Yakult dan bancuh dengan 2 biji telur. Peram bancuhan ini selama seminggu.
2. Cara penggunaan Air: baja Yakult nisbah, 5: 1 lebih kurang. Sembur awal pagi atau lewat petang.
Cara saya jaga pokok ikut masa yang ada, baja sebulan sekali. Selain baja Yakult, siram juga air beras, air basuhan ikan boleh juga guna semburan cuka kayu.
Dalam keadaan cuaca di negara kita yang sentiasa panas ini, cermin mata hitam antara aksesori yang wajib kita ada. Menariknya ia juga sangat membantu dalam menyerlahkan gaya seseorang.
Tapi kalau pilihan cermin mata hitam itu dibuat dengan tepat. Dalam pemilihan kaca mata ini, paling penting diperhatikan adalah bentuknya dan ia perlu disesuaikan dengan bentuk wajah kita.
Jika kena dengan wajah, anda akan tampil menarik malah boleh kelihatan persis selebriti. Bagi anda yang ingin membeli kaca mata hitam boleh ikut panduan ini ya.
1. Bentuk wajah bulat
Cari bentuk kaca mata yang boleh memberi kesan wajah lebih panjang. Pilih kaca mata bentuk bersegi, mata kucing dengan bingkai yang gelap dan bahagian atas tidak menutupi alis.
2. Bentuk wajah bujur
Jangan pilih kaca mata yang besar, sebaliknya pilih bingkai yang panjangnya selebar wajah atau sedikit besar, bentuk empat segi, bulat atau bujur tapi bahagian atas perlu selari dengan alis.
3. Bentuk wajah segi tiga
Pilih bingkai yang agak bulat untuk mengimbangi bentuk wajah. Panjang kaca mata perlu sama dengan wajah dan cari bingkai berbentuk bujur, bulat atau bentuk titisan air.
4. Bentuk hati
Jangan pilih kaca mata yang besar, sebaliknya pilih bingkai cermin mata jenis bulat dengan panjang sama dengan wajah. Pastikan bahagian atas tidak menutup alis.
Bentuk wajah petak
Pilih cermin mata hitam dengan bingkai besar dan bahagian atas yang luas. Bahagian bawah tidak boleh mempunyai garis besar persegi atau tajam.
Kerusi kayu ini sinonim sangat dengan rumah kayu. Mesti ada dalam setiap rumah kat kampung. Bila dah datang rekaan perabot baru kebanyakannya dah tak digunakan. Letak tepi rumah terbiar begitu saja.
Tapi kita tak tahu sebenarnya kerusi kayu lama ini boleh diubah suai dijadikan kerusi yang cantik sesuai sangat dengan rumah moden sekarang.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...