Pokok limau purut antara yang selalu ditanam di rumah memandangkan banyak kegunaan dari daun sampai ke buahnya.
Namun sering kali terjadi pokok limau tak lebat daunnya sedangkan itulah yang selalu digunakan. Nah guna tip yang dikongsi oleh Azhar Che Soh jika pokok di rumah begini keadaannya.
Petua pokok limau purut lebat daun
Ada rakan bertanya bagaimana nak buat pokok limau purut hasilkan pucuk baru/ daun baru tanpa pangkas rantingnya.
Katanya sayang nak trim, pokok masih kecil dan bimbang pokok mati. Nak hidup awal-awal dulu punyalah susah.
Di sini saya nak share sedikit petua yang diturunkan oleh nenek saya.
Ads
1) Bengkokkan ranting pokok limau tarik, hala ke bawah. Kemudian ikat guna tali, dawan atau gantung botol air mineral.
2) Siram air basuhan beras 2-3 kali seminggu.
Ads
3) Sembur air penggalak yang dibuat sendiri:
– Bawang putih 4 ulas
– Bawang merah 3..4 ulas
– Halia 2 cm
– Air tapis 500ml
Tumbuk semua bahan atas hingga 80% lumat. Masukkan air tapis dan peram 4 hari. Setelah peram, tapis ambil air peraman.
Cara penggunaan; campur 50ml dalam 1 liter air dan sembur pada pokok limau purut. Pastikan semua bahagian pokok kena semburan. Sembur awal pagi selepas penyiraman. Ulang kekerapan 2 kali seminggu. Bila tunas pucuk baru mula tumbuh, jangan sembur lagi.
Ads
Campuran ini juga boleh digunakan sebagai racun pencegah serangga perosak. Boleh juga diguna pada pokok timun, kacang, bendi, lada & terung. Dengan menambah cili, ditumbuk sama dan mencampur 1-2 titik pencuci pinggang dalam 1 liter campuran tadi. Sembur lewat petang selepas penyiraman.
Kalau di rumah ada banyak bantal yang dah kotor, bertompok macam peta serta ada bau eloklah praktikkan cara ini.
Cuma guna tiga bahan mudah, bantal kotor dah bersih semula. Caranya dikongsi oleh Lea melalui aplikasi Lemon8.
Cara bersihkan bantal kotor
Bantal kotor yang berpunca dari rambut basah, air liur dan sebagainya ini bukan saja akan menimbulkan bau tapi juga boleh jadi penyebab jerawat. Sebab itu ia perlu dibersihkan. Jadi boleh gunakan cara ini.
Keenakan masakan Thai memang tak dinafikan, sebab itu restoran ini banyak sangat di negara kita. Memang kena dengan selera kita.
Bila makan di kedai makan Thai ini ada masa kita tertanya apa lah yang mereka guna untuk masak sampai jadi sedap. Sebab bila kita buat ikut cara yang sama tak pulak jadi sesedap hidangan di kedai Thai ini.
Sebenarnya rahsia penyedap makanan di kedai makan Thai ini terletak pada sos, pes dan beberapa bahan yang mereka selalu gunakan. Trisya Aman berkongsi rahsia ini pada kita semua. Nanti boleh cari ya. Menurut beliau produk yang dikongsi ini halal, jangan risau.
Rahsia penyedap kedai makan Thai
Rahsianya, mak banyak guna stok bahan masakan daripada Thailand. Kalau dulu balik kampung mesti kena borong banyak-banyak. Sekarang tak payah dah. Online pun dah ada jual.
1. Kicap bukit
Kalau dah letak kicap ini tak perlu letak seasoning atau serbuk perasa lagi. Rasanya macam Maggi seasoning.
6. Jeruk Bawang Putih
Pickled Garlic, jenama ini lebih sedap. Rasa manis dan masam sikit. Sedap dimakan dengan nasi kerabu sebagai penambah perasa dalam makanan.
7. Ikan Tenggiri Jeruk
Nak masakan kailan ikan masin atau nasi goreng ikan masin rasa macam kedai Siam, inilah rahsianya. Mak memang pakai yang ini dari dulu.
8. Tepung Kruangwangthip
Tepung ini wajib restok kalau habis. Nak buat ayam goreng salut tepung yang rangup dan sedap boleh guna ini. Yang ini tepung mix flavour pepper & garlic. Kalau tak suka boleh guna original flavour.
Tanah pusaka sering jadi isu terutama kalangan adik beradik, pada masa yang sama sering juga dilengah-lengahkan urusannya. Tambah lagi kalau tanah pusaka ada di kampung dan banyak nama yang nak dibahagi, dengan bahagian makin kecil.
Bagi yang berdepan masalah ini berikut adalah cadangan dari peguam allahyarham Salkukhairi Abd Sukor untuk menyelesaikannya. Jangan sampai berbalah sesama adik beradik kerana perihal tanah.
1. Isu bahagian tanah pusaka geran kongsi yang semakin mengecil apabila penama asal meninggal dunia adalah isu yang banyak dihadapi oleh masyarakat kita hari ini.
2. Apabila penama asal meninggal dunia, bahagiannya akan di turun milik kepada waris- waris mereka.
3. Kesannya, di dalam geran tanah tersebut semakin banyak penama yang masing-masing akan memiliki bahagian yang semakin kecil saiznya.
4. Keadaan ini akan menyukarkan proses untuk mengurusniagakan dan membangunkan tanah tersebut. Bahkan ianya mungkin tidak lagi praktikal untuk dibangunkan termasuklah untuk dibuat pecah bahagian.
5. Ini kerana untuk melakukan sesuatu urusniaga atau membangunkan tanah tersebut, persetujuan daripada setiap penama adalah diperlukan.
6. Proses untuk mendapatkan persetujuan tersebut akan menjadi lebih sukar sekiranya ada penama yang tidak setuju atau tidak memberi kerjasama sepenuhnya.
7. Akhirnya tanah tersebut terbiar begitu sahaja. Masing-masing buat tak tahu dan enggan bertanggungjawab.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Di sini saya gariskan beberapa cadangan yang mungkin boleh dilakukan:
I. Lantik seorang wakil kuasa (Power of Attorney – PA)
Lantik seorang wakil kuasa(PA) di kalangan penama tersebut yang boleh dipercayai yang akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala perkara berkaitan tanah tersebut.
Melalui cara ini semua penama akan tandatangan satu Surat Wakil Kuasa (PA) untuk memberi kuasa kepada wakil kuasa tadi untuk menguruskan urusan berkaitan tanah tersebut.
Pun begitu kuasa PA ini perlu diperhalusi dan dihadkan setakat mana yang perlu agar kuasa PA itu tidak terlalu luas sehingga menyebakan beliau salah guna kuasa termasuklah memindahmilikkan tanah tersebut kepada dirinya sendiri.
II. Semua penama jual bahagian masing-masing
Semua penama jual bahagian masing-masing kepada seorang atau 2 orang penama yang berkemampuan dan banyak wang yang akan membeli bahagian- bahagian tanah tersebut. Harga jualan sewajarnya mengikut harga pasaran semasa atau harga yang dipersetujui bersama.
Sekiranya PA telah ditandatangani, hanya penama yang membeli dan wakil kuasa sahaja yang akan tandatangan SNP dan Borang Pindah milik. Tak perlu lagi dapatkan tandatangan daripada semua penama. Pun begitu setiap penama wajar dimaklumkan sebelum proses jual beli dan pindah milik itu dilakukan.
Sewajarnya proses jual beli ini diuruskan melalui seorang peguam yang akan bertindak sebagai peguamcara urusan jual beli dan sebagai stakeholder untuk mengagih-ahihkan pembayaran harga jual beli kepada setiap penama mengikut bahagian masing-masing.
III. Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak.
Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak di mana tanah tadi akan menjadi aset kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Melalui cara ini setiap waris akan diberikan sijil saham mengikut bahagian masing-masing dan tanah tersebut akan dimajukan atau diusahakan dengan sesuatu aktiviti yang dapat menjana pendapatan kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Setiap setahun sekali, hasil keuntungan perniagaan daripada tanah tersebut akan dibahagi-bahgaikan kepada setiap penama mengikut bahagian saham masing-masing.
IV. Majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan
Boleh juga majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan sama ada melalui syarikat atau koperasi adik beradik yang ditubuhkan tadi atau boleh JV dengan pemaju yang dipercayai.
Jika majukan sendiri, boleh serah balik tanah tadi kepada kerajaan dan mohon dikeluarkan geran individu yang berasingan dan seterusnya boleh bina rumah atas tanah-tanah tersebut untuk dijual.
Hasil jualan sama ada akan dibahagi-bahgaikan mengikut bahagian masing-masing atau boleh dimasukkan sebagai pendapatan syarikat dan setiap penama akan dapat keuntungan setiap tahun hasil daripada pemajuan dan penjualan rumah rumah tersebut.
8. Walau apapun, ini hanyalah sekadar cadangan sahaja. Ianya mudah diperkatakan tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan.
9. Perancangan yang teliti dan rapi serta sikap percaya satu sama lain dan saling jujur dan amanah di kalangan setiap penama dalam melaksanakan perancangan tersebut di atas amatlah diperlukan.
10. Sifat ego dan tamak haruslah dibuang jauh jauh. Jangan fikir untuk untang jangka masa pendek sahaja.
11. Yang penting, melalui cadangan ini masing-masing akan dapat keuntungan jangka masa panjang yang lebih besar dan berbaloi berbanding masing-masing berbalah soal berebut hak masing-masing terhadap bahagian masing-masing yang sekangkang kera tersebut.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...