Berseri laman dihias dengan pokok bunga ros atau mawar. Bukan sekadar cantik, bau pun harum.
Tapi biasa terjadi bila tanam pokok ros, bunga yang keluar tak banyak, sekadar boleh kira dengan jari. Sampai kita ternanti-nanti bila nak berbunga lagi.
Jika pokok bunga ros tak berbunga lebat, boleh ikut petua yang dikongsi oleh Puan Nozi Abdul Ghani. Petua mudah, tapi sekali berbunga 50 kuntum. Meriah!
Sekali berbunga 50 kuntum, ini petuanya
Hari ni saya share tip pokok bunga ros sentiasa berbunga tak putus. Caranya;
Ads
1. Bila basuh beras, simpan airnya. Apabila keluarkan ikan dari freezer untuk dimasak rendam dalam air beras tadi.
2. Kulit bawang yang dikupas untuk masakan juga boleh masukkan sekali dalam air beras tadi.
Ads
3. Siram pokok ros setiap hari menggunakan air ini.
Alhamdulillah tak pernah pakai baja selain selain air ini. Sekali berbunga 50 kuntum.
Pulut kuning memang jadi kegemaran ramai. Tapi bagi yang tak mahir selalu tak menjadi. Pulut jadi terlebih lembik, atau kembang.
Supaya nanti masak pulut tak berlaku kejadian ini, kita ikut cara yang dikongsi oleh Masmira Idris. Cara masak pulut ini diwarisi dari ibunya yang kemudian menjadi hasil jualannya.
Resipi & tip masak pulut kuning jadi cantik, merelit, lemak, lembut, dan sebiji-sebiji (tak benyai atau lembik)
Resipi ini dari mak saya yang saya guna sepenuhnya buat meniaga lebih 2 tahun.
Bahan-bahan dan langkah-langkah membuat pulut kuning
1. Beras pulut 1 kg (beras pulut biasa, bukan pulut susu).
Beras pulut susu buat pulut kuning jadi benyai lembik. Kalau boleh cari beras pulut yg panjang, elakkan jenis montok.
2. Bilas 3-4 kali, rendam letak serbuk kunyit dalam 2 sudu besar (sekurang-kurangnya 3 jam) sebelum kukus.
Lepas rendam bilas dengan air paip, sejat dgn penapis. Pulut perlu bilas utk hilangkan bau kunyit berlebihan dan pulut tahan lama. Jangan guna pewarna
3. Halia 1/2 inci (untuk wangi dan buang angin) Kupas dan cincang nipis, paling halus
4. Daun Pandan 5 helai ( untuk wangi)
3 helai koyak 3 dan ikat utk letak dalam pulut masa kukus 2 helai koyak 3 utk buat lapik pulut dalam periuk kukus.
5.Panaskan air dlm pengukus dan masukkan beras pulut dlm pengukus.
Tabur halia cincang sekata dlm pulut bersama dan daun pandan. Tutup dan kukus selama 15-20 minit ikut jenis pengukus atau kuantiti pulut. Jadi kukus sampai pulut dah masak.
6. Santan segar n pekat – 250-300 gram
Dalam besen sederhana, masukkan 2 cawan air panas (baru didih), masuk garam 1 1/2 sudu besar gula, 1 1/2 sudu kecil garam.
Larutkan gula dan garam kemudian masuk kan santan pekat tadi. Kacau sampai rata sebati. Rasa ada masin dan manis sikit.
7. Sediakan besen yg agak besar, masuk kan pulut yg dah siap dikukus tadi. Keluarkan daun pandan. Tuangkan kuah santan yg dibancuh tadi ke atas pulut. Terus kacau sampai sekata.
Jangan risau kalau nampak kuah santan banyak sebab nanti pulut akan serap habis kuah santan. Barulah pulut jadi lembut.
Pastikan kacau pulut sampai rata hilang ketul. Kemudian tekan dan ratakan dalam besen tadi, biar pulut rehat dalam 10 – 15 min baru cedok utk bungkus atau makan.
INFO
Pulut yg cukup lemak akan nampak santan macam bertali putih pada senduk.
Pulut selepas gaul santan tak perlu kukus kali ke 2. Cukup sekali sahaja sebelum masuk santan.
Kalau kukus lagi nanti pecah minyak dan lemak santan. Santan tak lekat pada pulut. Walau sekali kukus saja, insyaallah pulut tahan lebih 36 jam di luar sebab kita dah bancuh santan dgn air panas.
Pandu kereta automatik memang senang, tak perlu tukar gear, tekan klac ketika memandu.
Tapi masalahnya walaupun senang tetap ramai yang melakukan kesalahan dengan gear sewaktu menggunakan kereta jenis ini terutamanya ketika hendak memarkir atau meletakkan kereta.
Menurut Adrian Chiaa pengulas kereta yang selalu berkongsi tip tentang kenderaan, ramai yang menggunakan kereta automatik memasukkan gear secara salah ketika hendak meletakkan kereta.
Cara salah yang jadi kebiasaan
– Dari gear D terus tolak ke P
Cara ini akan menyebabkan tekanan diletakkan ke gearbox dan boleh merosakkannya.
Cara betul masukkan gear untuk parking kereta auto
-Tolak dari D ke N dulu, -Tarik handbrake, -Lepaskan brake, -Masuk ke gear P.
Ramai yang beli stok barang dapur dalam kuantiti yang banyak supaya tak kerap keluar ke kedai selain lebih jimat. Salah satunya adalah bawang.
Tapi bawang yang dibeli dalam kuantiti banyak ini perlu disimpan dengan cara yang betul supaya ia tidak cepat busuk. Dah tentu rugi tambah pula sekarang harganya pun dah mahal.
Supaya stok bawang yang kita beli tahan berminggu-minggu, tak cepat busuk ini cara betul untuk simpan bawang baik bawang segar, bawang yang dikupas atau yang dikisar.
Bawang segar
Jangan simpan dalam peti sejuk.
Cara simpan bawang yang betul adalah dengan meletakkannya di tempat yang terbuka dan kering.
Boleh letak di dalam raga berlubang yang ada pengaliran udara.
Jangan letak bawang di tempat tertutup, gelap, serta lembap.
Elak simpan bawang merah bercampur bersama dengan sayur lain, kerana boleh buat bawang cepat busuk.
Bawang dikupas
Cara simpan bawang merah atau bawang putih yang telah dikupas perlu lebih cermat kerana ia lebih mudah rosak.
Jangan basuh lepas dikupas kerana kelembapan boleh menyebabkan bawang lembik dan cepat rosak.
Simpan dalam peti sejuk tapi pastikan bawang dikupas dalam bekas yang kedap udara agar tidak dicemari oleh bahan makanan lain dalam peti sejuk.
Bawang kisar
Sama seperti menyimpan bawang dikupas ia perlu disimpan dalam peti sejuk.
Boleh letakkan sedikit garam supaya tidak berkulat.
Boleh juga disimpan daalam freezer untuk tahan lebih lama.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...