
Lauk ayam mentah memang wajib ada di dalam peti ais supaya senang untuk menyediakan hidangan terutama di bulan Syawal ini.
Cuma bila ayam mentah ini disimpan biasanya bila dikeluarkan untuk memasak ayam biasanya tak lagi segar. Tapi sebenarnya ada tip yang boleh dipraktikkan untuk kekalkan kesegaran ayam mentah ini seperti baru dibeli.
Berikut adalah tip yang dikongsi oleh Yani Hardinata Hairuddin
1. Asingkan kaki, kepala, hati, pedal dari daging ayam.
2. Potong ayam ikut kehendak lauk pauk.
3. Lumur dengan air campur sedikit garam.
4. Bilas dengan air bersih.
5. Toskan ayam dari lebihan air.
6. Masukkan dalam bekas kedap udara.
7. Letak di tempat beku.
8. 24 jam sebelum nak guna, alih ke chiller.
9. Ayam yang dikeluarkan akan sesegar hari anda membelinya.
Sumber: Yani Hardinata Hairuddin
Amal Minum Air Sejuk Atau Air Panas Waktu Buka Puasa, Mana Lebih Baik?

Isi Kandungan
Toggle
Minum air sejuk terutama berais memang menyejukkan tekak terutama pada hari panas terik. Tapi ramai yang mengamalkan pantang minum air ini kerana dikatakan tak elok untuk kesihatan. Betulkah?
Sebenarnya minum air sejuk juga baik untuk tubuh tapi haruslah pada waktu yang sesuai. Berikut dikongsi kebaikan minum air sejuk dan waktu yang tepat untuk anda mengambilnya agar bermanfaat pada kesihatan tubuh.
Selepas bersenam
Sewaktu bersenam, suhu tubuh akan meningkat dan minum air yang sejuk akan menurunkannya kembali.
Melawan panas
Minum air sejuk terutama pada musim panas disarankan bagi kesihatan tubuh. Air sejuk diserap dengan cepat oleh tubuh dibanding air panas.
Membantu menurunkan berat badan
Kunci penurunan berat badan adalah menaikkan kadar metabolime tubuh agar dapat membakar kalori lebih banyak lagi.
Antara cara paling berkesan untuk tujuan ini adalah minum atau mandi air sejuk, ia dapat meningkatkan metabolisme tubuh.
Jangan minum air sejuk bila…
Elak minum air sejuk ketika sedang makan termasuklah ketika hendak berbuka. Minum air sejuk semasa makan atau selepas makan akan menyebabkan tubuh membuang banyak tenaga untuk meningkatkan suhunya. Ia akan melambat pencernaan yang hujungnya berkait dengan masalah lemak pada perut.
Minum air panas pun banyak manfaatnya
Tak lengkap jika tak huraikan tentang manfaat minum air panas atau suam yang mana cukup baik diamalkan.
Mempercepatkan pencernaan
Menurut perubatan Ayuverda dan masyarakat Cina kuno, sebaiknya minum segelas air suam pada pagi hari. Ia akan mengaktifkan sistem pencernaan dan mencegah masalah pada perut.
Mengeluarkan toksin dari tubuh
Minum air suam juga membantu mengeluarkan toksin dari tubuh selain membersihkan tubuh dan mencegah jerawat serta masalah kulit.
Untuk menambah khasiatnya, tambah perahan jus lemon dalam segelas air suami dan minum setiap pagi.
Melancarkan pernafasan
Air panas juga baik bagi mereka yang memiliki masalah pada saluran pernafasan. Air ini membantu pengeluaran lendir di saluran pernafasan.
Mengurangkan rasa sakit
Sewaktu air panas mengalir dalam aliran darah, ia sekali gus berfungsi sebagai penghilang rasa sakit semula jadi. Jadi jika mengalami sakit pada sendi atau perut kerana haid, segelas air hangat dapat membantu mengurangkannya.
3 Trik Jadikan Kerja Sidai Baju Mudah & Cepat, Kain Pun Tak Menimbun

Isi Kandungan
ToggleSalah satu aktiviti harian yang kurang digemari kaum wanita adalah menjemur baju di ampaian. Apatah lagi jika ada banyak pakaian saiz kecil yang menyukarkan untuk dijemur.

Bagi memastikan kerja menjemur dan mengurus pakaian bertimbun dilakukan dengan cepat dan singkat boleh ikut perkongsian dari Puan Ilidayana Sudirman.
Tip mudah dan cepat jemur pakaian di ampaian
Simple saja, syaratnya
1. #strategi
Serang pakaian ‘kecik-kecik’ dulu, macam seluar kecik, stokin, sapu tangan. Masa keluarkan dari mesin basuh lagi kita dah sorting. Caranya sangkut di tangan. Rujuk gambar. Sampai di ampaian, buat yang ini dengan kaedah sepitan.

2. #set_masa
Untuk masa pula, selalu gunakan cerita di kaca TV yang best, masa iklan berdesup akan siapkan sidai. Iklan kat TV3 dalam 7-8 minit, Jadikan seperti exercise kerana iklan ada dua tiga kali di kaca TV.
3. #guna_hanger
Ini paling disukai, apabila dari hanger di ampaian, baju yang sudah kering dan sejuk terus saja masuk almari, jadi tak payah melipat dan kurang kerja menggosok.

Info Tambahan
Tip lipat kain
1. Buat bakul masing-masing, contoh jika ada 5 orang anak, sediakan 5 buah bakul untuk mereka.
2. Sambil tengok TV, sambil lipat kain.
3. Mulakan lipat kain yang besar dulu, barulah nampak kain bertimbun akan jadi sedikit.
4. Kena biasakan anak melipat baju sendiri walaupun baru bersekolah rendah.
Artikel berkait:
DIY Rak Baju Bajet Dari Bakul Plastik, Duit Jimat & Pakaian Kemas
Cara Urus Pakaian Ikut Konsep Open Wardrobe, Tak Perlu Lipat
DIY Pasu Hiasan Plastik Jadi Menarik, Hanya Guna Barang Kedai RM2 Saja. Begini Cara Buatnya!

Isi Kandungan
ToggleSetiap kediaman pastinya mempunyai pasu hiasan, tidak kiralah dari jenis seramik atau plastik.
Namun siapa sangka dengan sedikit kreativiti hiasan pasu plastik akan bertukar menjadi lebih menarik setelah diubah suai.
Hanya menggunakan barang yang dibeli dari kedai RM2, hasilnya mampu menyuntik elemen seri di sudut kediaman.
DIY Pasu Hiasan Guna Barang Bajet
Alat Diperlukan:
– Tali secukupnya

– Pasu / bekas plastik – beli di media Eco ikut cita rasa masing-masing

– Paip PVC atau kayu

– Gam kayu

Info Tambahan:
– Semua barang boleh didapati di kedai Eco atau Mr DIY.
– Untuk lebih kukuh terutama di bahagian kaki, boleh gunakan kayu silinder yang boleh dibeli di kedai hardware. Gunakan gergaji kecil untuk memotong paip PVC.
Cara membuat:
1. Boleh mulakan dengan melilit tali pada pasu. Letakkan gam di bahagian bawah terlebih dahulu sebelum mula melilit.

2. Siap lilit tali pada pasu.

3. Kemudian potong paip PVC ikut ketinggian yang sesuai. Boleh juga gunakan kayu untuk lebih senang dipotong serong di bahagian bawah kaki.

4. Lilit tali pada PVC yang sudah dipotong tadi.

5. Setelah selesai melilit, gamkan kaki pada tapak pasu. Pastikan gam kering dan stabil sebelum digunakan.

6. Inilah hasilnya.

Kredit: Suhaila Shaari
Artikel berkait:
DIY Mudah Baiki Pintu Almari Sliding Rosak, Modal RM2 Saja
Buat Sendiri Vanity Mirror Guna Barang Kedai RM2