
Stok cili memang selalu kita beli banyak kerana digunakan hampir setiap hari dalam masakan.
Tapi kalau disimpan begitu saja memang cili cepat busuk, rugi sebab harga cili pun mahal.
Supaya tak berlaku pembaziran elok praktikkan cara ini supaya kekal elok segar, tiada yang busuk walau dah sebulan disimpan.
Cili tak busuk walau dah sebulan simpan dalam peti sejuk
Caranya;
- Cabut semua tangkai cili yang hendak disimpan. Jangan basuh.
2. Ambil bekas, lapik dengan tisu kemudian letak bawang putih yang tidak dikupas di dalamnya. Inilah yang buat cili tahan lama.
Biasanya kita simpan tanpa letak bawang putih kan. Jadi boleh praktik cara ini pula. Gunakan bawang putih kecil yang selalu terbiar dalam bekas bawang.
Boleh guna untuk simpan daun bawang dan daun sup juga
Cara yang sama juga boleh digunakan untuk menyimpan daun sup dan daun bawang.
Pastikan daun tersebut kering ketika disimpan dan alas dengan tisu di atasnya sebelum tutup bekas. Insya-Allah lebih seminggu dalam peti sejuk pun daun masih segar bugar.
Selamat mencuba
Sumber:#kemasrumahbyhani
Buat Sendiri Self Watering Pot, Mudah Tak Perlu Siram Tanaman Lagi

Risau pokok mati sebab tinggal rumah untuk tempoh lama? Boleh selesaikan masalah tersebut dengan buat pasu Self Watering Pot seperti yang dikongsikan.
Kita buat takungan air didalam pasu. Tidak perlu nak siram selalu dan bimbang kalau nak tinggalkan rumah kerana bekalan air untuk pokok sentiasa ada.
Self watering pot ini dikongsi oleh Mohd Azrin Roselan.
Bahan yang diperlukan:-
1. Pasu atau bekas yang tidak mempunyai lubang ditapak.
2. Bakul penapis plastik
3. Paip PVC
4. Kain kraf Felt @ jaring
Cara membuat self watering pot
1. Bekas penapis plastik dipotong untuk dapat ketinggian 3 inci. Kegunaan bekas penapis plastik untuk dijadikan pemisah antara tanah dan air takungan.
2. Potong paip PVC 1/2 hingga 1 inci. Tujuan paip PVC diletakkan didalam pasu sebagai saluran air. Bekas penapis plastik menjadi pemisah antara tanah dan takungan air.
3. Potong kain kraf Felt ikut saiz bulatan bekas penapis plastik. Buat tanda had maksimum level takungan air.
4. Buat tanda had maksimum level takungan air.
5. Buat lubang air lebihan @ overflow.
Pastikan kedudukan lubang ini dibawah level maksimum yang ditanda supaya ada sedikit ruang udara diantara takungan air dan tanah.
6. Potong paip PVC 2 inci untuk dijadikan saluran overflow.
7. Contoh pemasangan paip over flow.
8. Paip saluran overflow.
9.Tuang tanah ke dalam pasu.
10. Pindah pokok ke dalam pasu.
11. Tuang air ke dalam saluran paip sehingga air keluar di saluran overflow.
12. Air keluar lebihan keluar dari saluran overflow tanda air sudah berada paras maksimum.
13. Untuk permulaan pokok yang dipindahkan boleh disiram air sementara akar sampai untuk menyerap air dalam takungan pasu.
14. Untuk mengetahui paras air berkurangan boleh tambah lidi dicucuk dengan gabus untuk terapung sebagai penanda aras air.
Letak penanda aras air ke dalam corong air. Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Mohd Azrin Roselan
DIY Baja Organik Mudah & Murah, Elok Untuk Pokok Sayur, Buah & Bunga. Tanaman Subur & Tak Kena Serangan Perosak

Bagi yang bercucuk tanam di rumah, boleh buat sendiri baja organik macam ni. Tak perlu lagi beli baja untuk subur atau semburan elak seranggan perosak.
Cuma guna satu ini saja. Caranya dikongsi oleh Md Khalil Salleh.
Baja organik mudah tapi berkesan, pokok tak pernah kena serangan perosak
Stok baja organik dah nak habis, jadi kita proses buat lain. Sesuai untuk smua tanaman. Modal pun ciput saja buat baja ni. Saya guna dah hampir 2 tahun sejak belajar berkebun di rumah ketika musim PKP ni. Sayuran dan pokok bunga saya belum pernah kena serangan serangga perosak sejak guna baja buatan sendiri ni. Bagus kan!
Caranya
1. Sediakan 100gm MSG, sisa perut ikan 3kg, gula merah 3kg, bawang putih 5 labu atau lebih, kulit telur yang dikisar 500gm.
2. Letak semua bahan ini dalam bekas dan campur air yang tiada klorin lebih kurang 10 atau 15 liter.
3. Perap sebulan di tempat gelap. Jika tiada tempat gelap tutup dengan plastik hitam.
4. Selepas sebulan tapis dan boleh terus guna. Nak simpan dulu pun boleh.
Cara penggunaan
Ambil 10ml baja organik campur dengan 2 liter air tanpa klorin. Sembur pada daun dan pucuk pokok.
Boleh juga siram pada pangkal pokok. Bagusnya baja organik ini semua untuk pokok sayur berdaun, berbuah dan juga pokok bunga hiasan.
Ini sebahagian daripada tanaman.
Selamat mencuba.
Sumber: Md Khalil Salleh.
10 Cara Selamatkan Telefon Bimbit Lepas Terjatuh Dalam Air. Salah Satu Guna Beras!

Walau dah hati-hati jaga telefon bimbit yang mahal tapi tiba-tiba jatuh juga dalam air. Boleh jadi jatuh dalam air banjir, longkang atau terkena tumpahan air.
Selalunya telefon yang masuk air ini kemungkinan besar akan rosak dan tak boleh dibaiki.
Tapi untuk pengetahuan kita kebanyakkan telefon pintar/ smartphone yang masuk ke dalam air atau dalam bahasa teknikal nya (water damage) masih boleh diselamatkan jika anda mengambil langkah yang betul daripada awal.
Lakukan langkah berikut jika situasi ini terjadi pada anda;
1. Keluarkan telefon itu secepat mungkin dan matikannya. Jangan hidupkan telefon anda. Sekiranya air masuk ke dalam telefon, berkemungkinan akan ada lintar pintas.
2. Tanggalkan bateri telefon. Perkara penting untuk dilakukan ialah cabutkan bateri telefon anda. Ini akan membantu untuk mengurangkan risiko kerosakan litar dalaman.
3. Ambil kad SIM anda. Anda perlu mengelap telefon sehingga kering dan biarkan.
4. Matikan atau cabut apa-apa peranti luaran seperti kad SD. Selain bateri, kita juga perlu menanggalkan sebarang penutup atau komponen luaran telefon terbabit untuk membolehkannya kering dengan lebih cepat.
5. Vakum adalah cara terbaik mengeringkan komponen-komponen dalaman telefon bimbit yang basah akibat dimasuki air. Jaga jarak telefon dari pembersih vakum, agar telefon tidak terjejas akibat kesan statik.
6. Jangan gunakan alat pengering rambut untuk mengeringkan telefon, walaupun pada kepanasan yang paling rendah. Ia hanya akan menolak air yang lebih dalam ke dalam peranti ini yang amat berbahaya untuk komponen elektronik teras telefon. Udara panas juga boleh mencairkan beberapa bahagian telefon
7. Anda boleh cuba mengeringkan telefon anda dengan meletakkan ia ke dalam beg plastik yang diisi dengan beras. Beras akan membantu menyerap kelembapan yang ada pada telefon dan bateri. Sebelum meletakkan peranti anda ke dalam beg beras itu, keluarkan bateri. Memasukkannya ke dalam beg beras yang sama.
Prosedur ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2-3 hari. Balik-balikkan telefon dari semasa ke semasa. Anda juga boleh menggunakan gel silika paket kecil yang biasanya dimasukkan ke dalam kasut dan pakaian. Ia menyerap air yang lebih baik.
8. Jemur telefon di bawah sinaran matahari untuk membiarkan semua bukaan kering sepenuhnya. Anda boleh meletakkan telefon itu pada tikar penyerap atau tisu dapur. Walaupun sudah menggunakan teknik vakum dan beras, jemur juga telefon tadi. Ini akan membantu menyingkirkan sisa-sisa air yang tertinggal.
9. Selepas 24 jam, periksa telefon dan pastikan ia kelihatan kering. Semak semua bahagian. Jika peranti kelihatan kering dan bersih, anda boleh cuba meletakkan bateri kembali dan menghidupkannya.
10. Jika telefon itu sudah kelihatan kering tetapi tidak boleh dihidupkan ia berkemungkinan disebabkan bateri yang kosong. Pasangkan pengecas, dan kemudian cuba untuk menghidupkannya semula.
Sumber: BrightSide