Ketika ini setiap kereta yang dibeli akan disertakan dengan dua kunci remote atau kunci kawalan jauh. Kebiasaannya kita hanya menggunakan satu saja kunci ini dan satu lagi disimpan hingga kadang-kadang habis bateri.
Jadi masalah bila mahu menggunakannya kunci gantian ini sewaktu kecemasan kerana bateri ‘kong’. Sebenarnya menurut perkongsian Wan Abdullah ada cara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan keadaan ini berlaku.
Ads
Jelas beliau sekiranya hanya menggunakan satu kunci remote dan satu lagi disimpan pastikan kunci yang disimpan itu sudah diaktifkan POWER SAVING MODE supaya tidak kehabisan.
Ads
Cara untuk mengakifkannya adalah seperti berikut;
1. Tekan butang LOCK dan hold.
2. Tekan butang UNLOCK 2 kali.
3. Pastikan LAMPU LED WARNA MERAH yang sebesar bintik itu BERKELIP 4 KALI.
Ketika dalam mode ini;
Remote tidak akan transmit signal (Kereta tak akan detect remote walaupun remote dibawa berdekatan kereta).
Remote akan meminimumkan penggunaan kuasa bateri.
Cara aktifkan semula remote hanya tekan saja mana-mana butang pada remote tersebut
Ads
INFO:
Dalam buku manual, dikatakan jangka hayat bateri remote lebih kurang 2 tahun sahaja.
Selain kerang, hidangan laut lala juga jadi kegemaran ramai. Tapi satu masalah bila nak masak lala adalah untuk membuang kotoran atau selut yang ada di dalamnya.
Tapi shira.azi berkongsi cara yang mudah sangat untuk kita praktikkan untuk membuat selut dan kotoran dalam siput lala ini. Hanya gunakan cili padi.
Langkahnya
1. Masukkan lala dalam besen dan rendam dengan air.
2. Kemudian potong beberapa tangkai dan masuk dalam besen berisi lala.
3. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, pada masa ini lala akan mengeluarkan semua kotoran, selut yang ada di dalamnya dan terbuka.
4. Boleh dibilas dan sedia dimasak, bila lala dah terbuka senanglah nak makan.
Frozenkan buah? Selalunya ruang sejuk beku peti ais kita akan dipenuhi dengan ikan dan ayam selain halia, lengkuas, serai bunga kantan, daun bawang, dan sebagainya.
Jarang kita dengar kan orang frozen kan buah, tapi perkara ini sudah dipraktikkan oleh Noor Hafiza Mohamad sejak 6 tahun lalu.
Kongsi beliau tip frozen buah ini diperoleh daripada seorang rakan yang juga merupakan pegawai teknologi makanan. Cara ini katanya bukan saja membolehkan buah tahan lama, malah ada yang lebih sedap bila disejuk beku.
“Kalau dulu saya biasa simpan beku ikan dan daging. Beberapa tahun lepas kita dapat ilmu bekukan herba masakan pula. Serai, halia, lengkuas, kantan, kesum, daun bawang, lobak merah dan banyak lagi.
“Enam tahun lepas saya dapat tip frozen buah dari kawan seorang pegawai teknologi makanan. Saya tak buat waktu sebab peti saya kecik. Sejak balik menetap di kampung, barulah saya apply cara itu sebab dapat banyak sangat buah-buahan dari orang tua, jiran dan saudara mara,”katanya.
Buah yang sesuai dan sedap bila frozen
Kongsi Noor Hafiza lagi daripada sebuah peti sejuk untuk sejuk bekukan bahan makanan dia menambah kepada deep freezer 100 liter untuk diisi bahan makanan sejuk beku ini.
“Saya pun dah mula tanam sendiri, tetap juga petik dan simpan di peti sejuk. Kadang malas juga nak ke belakang rumah petik daun pandan/serai/lengkuas. Faham-faham lah orang perempuan nak keluar laman rumah pun kena sauk baju cardigan dan tudung,” ujarnya.
Dalam pada itu beliau turut berkongsi beberapa jenis buah yang bukan saja sesuai malah sedap jika disejukkan beku.
“Selain nanas, buah naga, nangka, tembikai potong juga boleh disejuk beku. Untuk bekukan pisang, boleh tabur gula untuk elak jadi lebam.
Ujarnya sebaiknya buah-buahan dan sayuran yang hendak disejuk bekukan ini dibasuh bersih terlebih dahulu supaya boleh terus digunakan dan dimakan.
Dalam pada itu ada juga perkongsian dari netizen di ruangan komen.
“Rambutan boleh buang kulit letak dalam bekas dan simpan. Buah mangga, kuinin, macang boleh potong siap-siap untuk disejuk bekukan. Buah dokong pun boleh. Bila anak-anak balik bercuti, semua boleh makan buah-buahan ini tanpa tunggu musimnya.
“Selain itu buah strawberi juga enak bila disejuk bekukan. Rasa macam makan aiskrim.”
Suun atau suhun selalu kita gunakan ketika memasak sup sayur dan masak lemak putih. Biasa terjadi lepas masak, suun akan kembang dan menyerap kuah sehingga tinggal sikit saja.
Jika memasak suun ada tip yang boleh kita gunakan supaya ia tak kembang dan menyerap kuah. Caranya dikongsi oleh Fara Herda Razalan.
Tip masak sup guna suun
Suka makan sup suhu dan fucuk campur kentang? Sedap makan panas-panas dengan nasi dan sambal belacan kan.
Tapi kalau masak suhun selalu ada masalah suhun kembang sampai serap habis kuah. Dulu saya pun ada masalah ini tapi saya cuba beberapa tip dan menjadi. Simple tip saja.
– Suhu jangan letak banyak sangat
– Mesti rendam suhu dan fucuk dalam air dulu
-Tuang air lebih dari biasa. Kalau sebelum ini letak 1L tambah jadi 1.5L.
– Letak suhu akhir sekali. Kemudian kacau sekejap saja dalam 20 saat. Terus tutup api dan tutup periuk. Biarkan saja suhun masak sendiri dalam periuk.
Resipi Sup Suhun & fucuk
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak masak
1kiub ikan bilis
1 pack tofu lembut (jika suka)
1-2 biji kentang – potong kecil
Air secukupnya
1 paket suhun & fucuk (rendam sampai lembut)
Garam secukupnya
Cara membuat
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris hingga naik bau.
2. Tuang air kemudian masukkan kiub ikan bilis, kentang. Masak seketika, kemudian masukkan fucuk, tofu dan suhun yang sudah direndam serta garam.
3. Kacau dan biar selama 20 saat. Tutup api dan biarkan. Suhun akan masak dalam sup yang masih panas.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...