Sejak mengetahui kebaikan intermitten fasting (IF) ramai yang mengamalkannya.
Ini antara cara menjaga kesihatan dan kurangkan berat badan paling mudah untuk diamalkan. Cuma perlu tidak makan atau ‘puasa’ selama 12-16 jam, selepas makan malam.
Walaupun mudah dan ramai teruja melakukannya tapi seringkali juga mereka gagal kerana tak dapat tahan lapar dan nafsu makan.
Bagi yang begini mungkin boleh amalkan apa yang dipraktikkan oleh Dr Zabidi Haji Ahmad yang mengamalkan IF sejak bertahun tahun malah berjaya mengurangkan berat badan dari 105kg kepada 75kg sekarang.
Berikut adalah perkongsian beliau
Macam mana boleh tahan tak makan 12-16 jam
Ada yang bertanya bagaimana saya boleh bertahan tidak makan selama 12-16 jam seperti mana yang diajarkan dalam Diet Intermittent Fasting.
Sebenarnya saya berlatih selama beberapa bulan nak dapat kebolehan tahan lapar ini. Masa mula-mula dulu asyik gagal. Tapi tidak putus asa.
Ads
Selalu gagal bila tengok makanan sedap
Kadang kala isteri ajak makan, kadang kala tengok makanan sedap terus jadi lapar dan ada pula rasa sugar craving. Itu yang menggagalkan.
Dulu saya ingat saya gastrik jika lambat makan. Terutama waktu pagi. Mesti sarapan. Kalau tak sarapan, gastrik menyerang.
Makan pukul 7AM dan pukul 10AM dah lapar semula. Rupanya tidak. Ia hanyalah mainan minda.
Makan minyak zaitun dan segelas air kosong
Ads
Jadi saya latih minda dan minum air kosong secukupnya. Kalau tidak, asyik ingat nak makan saja. Perut pula rasa pedih saja.
Gagal, berjaya. Bersilih ganti. Jangan putus asa. Sekarang saya mampu bertahan tidak makan sekurang-kurangnya 12 jam. Cara mudah saja. Kali terakhir makan pada 8PM, tidur awal. Bangun pagi 5AM ambil sesudu minyak zaitun dan segelas air kosong.
Esok pagi 8AM sudah boleh bersarapan. Pilih sarapan yang mempunyai tahap fiber yang tinggi, protein dan lemak sihat. Contoh sekeping roti dengan dua biji telur rebus atau separuh masak, dan letakkan sedikit minyak zaitun. Jangan bimbang dengan pengambilan lemak sihat.
Jika sibuk dengan tugas, saya akan gabungkan bersarapan dengan makan tengah hari. Inilah yang dinamakan sebagai brunch.
Tengah hari amal sesenduk nasi, banyak sayur, lebihkan protein
Ads
Bila makan tengahari pukul 1PM, saya amalkan konsep Healthy Plate. Banyak sayur, sesenduk nasi, lebihkan protein seperti telur dan ikan. Ambil sesudu dua minyak zaitun lagi. Air kosong campur sesudu cuka teen.
Makan semula pukul 8PM. Kemudian air kosong sehingga waktu tidur dalam pukul 1030PM-11PM. Jika tidur lambat, kita akan rasa lapar semula.
Mudahkan? Tidak…Semuanya perlukan semangat, kesabaran dan jiwa kental. Alhamdulillah mampu bertahan dari 2015 hingga sekarang (2021). Sekarang berat 75kg.
Jadi jangan terperanjat jika saya rutin saya bersarapan atau brunch. Saya pastikan saya tidak makan sehingga 12 jam dari masa terakhir makan. Alhamdulillah, lebih sihat, dan bertenaga.
Hampir setiap hari kita akan makan hidangan berlemak dan berminyak. Tak mustahil kolesterol pun tinggi.
Supaya tak terjadi masalah lain berkait dengan kolesterol tinggi ada baiknya kita amalkan langkah pencegahan. Lagi elok kalau guna cara semulajadi tak perlu makan ubat.
Antara caranya adalah amalkan air perapan lemon madu seperti yang dikongsi oleh Siti Hasnah AR. Seperti yang ramai maklum buah lemon dan madu itu sendiri memang banyak khasiatnya.
Cara buat stok lemon madu untuk detoks & turunkan kolesterol
Caranya
Ambil 6 biji lemon rendam sekejap bersama air dalam selama 10 minit.
2. Kemudian basuh bersih, potong nipis dan buang biji.
3. Masukkan dalam mangkuk, boleh tambah halia jika suka.
4. Masukkan 300ml madu asli, secubit garam dan 1 senduk gula perang jika suka. Jangan tambah air.
5. Gaul hingga sebati dan masukkan dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk, esok hari dah sedia untuk digunakan.
Cara penyediaan
Ambil pati lemon madu ini dalam 2 sudu besar dan tambah air panas, minum sebelum tidur tanpa gula tambahan untuk detoks dan kurangkan kolesterol. Boleh juga minum waktu pagi.
Walaupun perap dengan kulit lemon tapi rasanya tak pahit. Kulit lemon pun banyak khasiat rugi beli mahal kalau buang.
INFO
Ada yang tanya tak letak air tapi macam mana nampak penuh balang dengan air. Itu memang air semula jadi yang terhasil dari perapan ini. Sungguh tak tipu. Mungkin ada yang tak tahu bahawa lemon ada air tersendiri ciptaan Allah, bila dah gaul dgn gula dan madu maka terjadi la begitu.
Jangan bimbang ini juga tak buat kita sakit perut. Asalkan jangan minum terus air pati sampai sebalang. Itu pati ya, kena campur air.
Jika rasa nak letak lemon dan madu saja pun boleh. Jika nak letak stevia, pastikan waktu sediakan minuman, jangan perap sekali sebab boleh hilangkan khasiat stevia. Tapi sebaiknya untuk detoks dan kurangkan kolesterol amalkan tanpa gula tambahan.
Siapa yang tak teruja bila pinjaman bank untuk rumah yang memakan masa berbelas malah berpuluh tahun akhirnya selesai.
Tapi dalam keterujaan itu ramai juga yang terlupa atau ambil mudah untuk membuat perkara penting agar rumah yang dibeli menjadi hak milik mutlak kita sepenuhnya. Perkara ini dikongsi oleh Perundingan Kewangan Nadia Izzati.
Ramai yang terlepas pandang buat urusan pelepasan gadaian
Loan rumah dah habis bayar dengan bank. Tapi ramai yang terlepas pandang untuk buat urusan pelepasan gadaian.
Ni saya nak bagi tahu. Walaupun anda dah habis bayar loan rumah dengan bank, tapi rumah tu tak secara automatik jadi hak milik mutlak anda sepenuhnya selagi anda belum daftarkan PELEPASAN GADAIAN di Pejabat Tanah.
Pelepasan gadaian bank
Urusan Pelepasan Gadaian yang dilakukan oleh peguam dilantik.
Ini ramai orang tak tahu sebenarnya. Mereka ingat bila dah habis bayar loan rumah dengan bank terus dapat geran rumah daripada bank. Lepas tu boleh simpan geran rumah.
Tidak begitu sebenarnya. Anda perlu buat urusan pelepasan gadaian terlebih dahulu. Kena batalkan dulu nama bank sebagai pemegang gadaian dalam geran. Kemudian barulah rumah jadi hakmilik mutlak anda sepenuhnya. Bukan rumah saja, kereta pun sama.
INFO: Bagi memudahkan boleh lantik peguam untuk menguruskan semua urusan ini.
Hajat nak simen ruang kosong di laman supaya mudah nak letak kereta. Nak panggil tukang, ruang kecil saja. Macam tak berbaloi.
Kalau dah begitu, DIY sajalah sendiri. Boleh ikut perkongsian Ahmad Saif ini untuk dijadikan panduan membuat lantai konkrit simen cara mudah.
Tip melapis lantai konkrit batu mudah (tanpa besi)
Saja nak berkongsi tips konkrit simen mudah, tak sakit pinggang, ringan. Saya buat dengan anak saudara (budak darjah 6 saja), dia yang gaul simen dan ratakan, selamber saja.
Ratio konkrit:
-1 beg simen
-2½ wheelbarrow (kereta sorong) pasir
-1 wheelbarrow batu
Cara-caranya
Ini adalah layer konkrit kasar ya. Licin belum DIY lagi.
1. Letak je atas bukit pasir.
2. Pecahkan beg simen.
3. Cedok pindah ke sebelah. Cedok bahagian bawah agar mudah simen dan pasir bercampur cepat.
4. Pindah sekali lagi, cedok bawah.
5. Dah sekata pun, buatlah kawah.
6. Tabur batu di tebing kawah.
7. Isi air sampai hampir limpah kawah dan biarkan 10 minit utk resapan.
8. Anda akan rasa tebing tu sangat lembut. Sangat mudah dan ringan, tarik dan ratakan saja. Sambil tarik akan rata dengan sendiri.
Ratakan lah dengan senduk /trowel simen. Pastikan air tak bertakung. Siap!
Info : Saya guna 3 beg simen untuk ruang 19×7, tebal lebih kurang 2 inci.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...