Ramai yang tanam pokok serai di rumah kerana banyak kegunaan dalam masakan. Apa yang membezakan adalah hasil serai. Ada yang tanam serainya hasilnya subur gemuk dan ada juga yang kurus saja.
Tapi dah tentu kita mahukan hasil serai yang batangnya gemuk. Untuk dapatkan hasil begini kenalah tahu tip dan cara penanaman yang betul. Dikongsi oleh Tariq Syahman yang suka berkebun berikut info berguna bagi penanaman serai berdasarkan pengalamannya.
Tip penanaman serai di rumah supaya hasilnya gemuk, besar & padu
“Hari ni saya cabut rumpun serai terakhir yang ada di rumah saya. Lepas siap bersihkan semua, saya hantarkan ke akak kedai tomyam lepas tu bagitau dia lagi 5-6 bulan baru ada balik serai ni.
Serai di atas adalah yang dah siap bersih yang saya hantar, yang masih ada akar sikit-sikit tu saya rendam dalam air untuk saya tanam semula nanti. Ini saya nak cerita sikit cara saya tanam serai.
1. Untuk benih serai ini saya akan pilih serai yang paling gemuk & padat bahagian bawahnya.
Ads
2. Bila dah ditanam, pokok serai ini akan keluarkan daun baru & bahagian itu akan mengurus sehinggalah pokok dah cukup matang daun & akarnya. Kemudian pokok akan gemuk balik dan keluarkan anak-anak di sekeliling.
3. Kalau kita tanam yang kurus-kurus, belum sempat daun baru nak matang – pokok dah mati sebab tak cukup energy reserve untuk digunakan semasa pembesaran.
4. Selalunya saya akan letak 2-3 batang serai dalam satu lubang.
Ads
5. Ada yang advice masa tanam kena condongkan batangnya supaya anak-anak serai nanti akan lebih banyak. Tapi saya selalu tanam tegak saja. Mana-mana pun boleh rasanya.
6. Pada peringkat awal, kita kena siram dengan kerap sebab masa ini akar serai tu belum fully developed. Lepas sebulan lebih, dah boleh biar. Siram bila cuaca terlalu kering saja.
7. Saya ada terbaca dalam group penanam serai, untuk pembajaan perlu letak baja NPK hijau secara berkala. Sebaiknya elakkan pakai baja tahi ayam untuk elakkan serai kena penyakit kulat.
Ads
8. Bila serai dah merimbun, biarkan saja. Tak perlu trim daunnya. Bila kita trim, pokok akan terpaksa keluarkan daun baru so batangnya akan jadi kurus.
9. Untuk yang tanam serai kat rumah untuk kegunaan sendiri, mungkin boleh saja nak trim bagi nampak kemas. Tapi untuk yang tanam untuk jual macam saya ni, tak boleh lah nak trim sebab saya nak batangnya gemuk-gemuk, berat dan padu.
10. Ramai orang takut nak tanam serai sebab katanya ular selalu sembunyi dalam rumpun. Untuk yang duduk di kawasan yang dekat dengan hutan & memang ada ular kat area situ – kena lah berhati-hati. Tapi kalau duduk tengah bandar, duduk kat apartment – tanam saja takde lah ular nak muncul tiba-tiba sebab awak tanam serai.
Korang balik kampung raya-raya ni sambil mengemas rumah tu mesti jumpa gambar-gambar lama menggamit memori kan?
Kalau nak abadikan kenangan gambar lama dalam bentuk digital, pakai saja app #PhotoScan by Google Photos.
Lepas install, ikut arahan yang diberikan.
Mula-mula tangkap gambar penuh, lepas tu tangkap gambar setiap bucu. Tak payah risau pasal senget-benget, silau-milau. Nanti pandailah dia punya AI susun balik bagi cantik. Kualiti memang puas hati, dah macam scan pakai scanner je.
Bolehlah lepas ni korang tangkap gambar graduasi tadika korang simpan dalam telefon. Buat modal eksen kat pak menteri dan para penyokongnya masa raya nanti.
Ini antara hasilnya. Terima kasih Bijen Mohd atas perkongsian.
Ikan kembung antara ikan yang selalu jadi hidangan kita. Tapi masalah bila nak makan ikan jenis ini ialah ia punya banyak tulang.
Ada ibu yang risau untuk beri makan ikan ini pada anak bimbang tercekik tulang. Satu cara yang boleh kita buat untuk atasi masalah ini adalah buang tulang ikan ini waktu membersihkannya.
Tak perlu potong isi ikan untuk buang tulang ini, cuma perlu tahu teknik yang betul. Sekali tarik semua tulang keluar.
Teknik buang tulang ikan ini boleh dikongsi oleh Nana Mea Soffea.
Cara- caranya
Siang ikan seperti biasa, potong bahagian tulang yang hubungkan badan dan kepala. Kemudian bersihkan.
Boleh tumbuk badan ikan supaya tulangnya bercerai.
3. Picit bahagian tulang belakang ikan dan tulang bahagian bawah sampai ke hujung.
4. Kemudian kepak atau patahkan tulang di bahagian ekor.
5. Gunting tulang utama di bahagian leher ikan, pegang badan ikan kuat-kuat dan tarik. Semua tulang ikan yang ada akan keluar sekali waktu ini.
Tahi lalat pada baju ini timbul sebab kelembapan. Boleh jadi baju lembap terkena air kemudian diletak dalam bakul berhari-hari sebelum dibasuh. Contoh baju anak kecil yang tertumpah air atau susu.
Baju yang ada tahi lalat ini jangan pula dibuang atau disimpan dalam stor sebab ada cara mudah yang boleh kita buat untuk hilangkannya. Tak perlu beli pencuci khusus yang mahal, sebaliknya guna bahan yang sedia ada di rumah.
Caranya guna cuka dan lemon
Apa yang diperlukan cuma cuka dan juga lemon. Caranya;
Tuang air panas dalam besen, campurkan cuka (lebih kurang satu cawan) kemudian rendam lebih kurang satu jam.
2. Kemudian keluarkan baju dari air rendaman cuka. Potong lemon dan perah pada bahagian baju yang ada tahi lalat tadi. Boleh guna gosok hirisan lemon tadi.
3. Selepas itu sental dengan berus. Insya-Allah akan tahi lalat hilang selepas diberus. Jika tahi lalat banyak guna lebih sikit cuka dan lemon tadi.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...