
Isi Kandungan
Toggle
Bagi mereka yang suka dekorasi kemas, salah satu yang menyakitkan mata adalag susunan langsir yang tidak sekata. Terutama untuk yang jenis eyelet.
Kadang kita tertanya-tanya macam mana rumah orang lain susunan sama, sekata saja.
Rupanya ada cara yang sangat mudah untuk dapatkan kesan susunan langsir sebegini. Kita tak fikir pulak!
Cuma guna cawan plastik saja. Trik ini dikongsi oleh Lia Johari
Trik susunan langsir eyelet jadi sekata
Sakit mata bila tengok susunan/gelembung langsir eyelet tak sekata kan.
Saya kongsikan cara jimat DIY curtain devider guna plastik cup.
Guna cawan plastik
1. Belah dua cup dan potong bawah cup bentuk bulat untuk muat masuk dalam rod langsir.

2. Kemudian letakkan cup pada rod langsir di setiap bahagian gelembung kain langsir.
Hasilnya…Sama sekata!

Info VK: Boleh juga guna tissue roll
Sumber: Liya Johari
Cara Buat Sambal Totok Jawa Dengan Petai Rangup. Sedapnya Tak Terkata, Tak Perlu Lauk Lain Dah

Isi Kandungan
ToggleTengok sambal ini saja pun dah buat kita terliur. Nampak sedap dan sememangnya sambal totok Jawa sangat enak dimakan dengan nasi panas.
Letak pula petai isinya besar dan rangup, tak tergambar sedapnya. Buat sambal ini saja pun dah cukup, tak perlu lauk lain. Gerenti bertambah nasi.
Cara membuat sambal totok ini juga mudah dan bagi yang teringin nak rasa boleh guna perkongsian dari Rafiza Ayu ini.
Cara buat sambal totok Jawa dengan petai rangup
Sambal Totok Jawa dengan petai rangup. Tengok gambar saja mesti boleh buat. Awas! Boleh jadi ejen penambah nasi! Bahaya untuk diet anda.
Bahan-bahan:
Ikan bilis -digoreng
Petai
Cili merah
Cili padi hijau
Bawang merah
Belacan
Cara membuat:
1. Panaskan minyak dan goreng garing ikan bilis. Ketepikan.
2. Kemudian goreng cili, bawang serta belacan.
3. Tumbuk lumat cili, belacan dan bawang. Kemudian masukkan ikan bilis goreng. Tumbuk sebati.
4. Akhir sekali, masukkan petai dan kacau rata. Siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Rafiza Ayu
Tip Buat Asam Pedas Lagi Sedap, Rasa Berlemak. Letak Sikit Kacang Ini

Isi Kandungan
ToggleLauk asam pedas antara lauk yang biasa disajikan dan kebanyakan kita ada resipi tersendiri untuk memasak hidangan ini. Tapi tak salah jika kita mencuba tip dan petua untuk menyedapkan lagi asam pedas ini.
Salah satunya seperti yang dikongsi oleh Nurhayati Maleq iaitu dengan meletakkan buah keras. Katanya tip ini diperoleh dari seorang chef. Hasilnya asam pedas akan jadi pekat dan rasa berlemak. Beliau turut berkongsi resipi asam pedas jenahak menggunakan buah keras. Cubalah…
Resipi asam pedas ikan jenahak, letak buah keras
Bahan- bahan
1 ekor ikan jenahak
1-2 kuntum bunga kantan dibelah 2
4-5 helai daun limau purut (buang urat)
2 biji tomato dibelah 4
1 sudu besar pes asam jawa
1 genggam asam gelugor
Air secukupnya
1 kiub ikan bilis
Garam secukupnya
Mushroom seasoning
Bahan kisar
3 senduk cili kisar
2 biji bawang besar
10 biji bawang putih
½ inch lengkuas
1½ kunyit hidup
1 inch halia
2 inch belacan bakar
5 biji buah keras
Cara memasak
1. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Setelah naik bau dan pecah minyak bolehlah masukkan air, asam jawa dan asam gelugor. Kacau rata dan biarkan mendidih.
3. Apabila sudah mendidih masukkan ikan jenahak, bunga kantan dan daun limau purut.
4. Biarkan ikan mendidih sekali lagi atau biar sehingga ikan masak. Kemudian masukkan kiub ikan bilis, tomato dan perisakan dengan garam dan mushroom seasoning.
5. Gaul rata dan siap untuk dihidang!
TIP: Nama pun asam pedas jadi lauk mestilah rasa masam dan pedas. Jangan takut-takut untuk letak asam jawa atau asam gelugor banyak.
INFO: Buah keras adalah sejenis kacang yang boleh menghasilkan minyak sendiri dan banyak digunakan dalam masakan berkuah sebagai pemekat.
Selamat mencuba.
Sumber: Nurhayati Maleq
Rendam Anak Dalam Air Garam Epsom Jika Tak Sihat. Dalam Baldi Pun Boleh, Banyak Khasiat Garam Ini

Anak demam, batuk, selesema memang masalah biasa. Kalau anak susah makan ubat ada usaha lain yang boleh kita lakukan untuk merawat masalah ini.
Antara caranya adalah dengan rendam anak dalam air garam epsom atau epsom salt. Garam mineral ini sebenarnya punya banyak manfaat untuk kesihatan. Kalau nak anak cepat tidur, kurang meragam pun boleh guna kaedah ini.
Tapi jangan makan ya, sebaliknya berendam dalam air garam ini. Kalau tiada bath tup guna baldi pun boleh. Khasiat garam epsom ini dikongsi oleh Dr Mazliana Mazlan.
Banyak manfaat garam epsom, semua rumah kena ada
Saya suka betul rendam anak dalam air epsom salt. Tak kira masa. Anak pun syok betul berendam. Sehari sekali. Ambil 1 cawan epsom salt, masuk dalam air suam. Buat waktu mandi petang. Anak mudah mengantuk malam nanti, tidur lebih nyenyak insyaAllah.
Bila anak demam, tak sihat, batuk atau selsema, saya akan kerapkan buat. Dua atau tiga kali sehari. Dari lemah tak larat, segar anak setiap kali lepas rendam. Kahak pun banyak keluar.
Dalam epsom salt ada magnesium. Magnesium bantu untuk relax kan otot anak, bantu untuk tenangkan sistem saraf anak.Magnesium antara suplement transdermal yang paling selamat untuk anak-anak kecil.
Lebih 325 proses biologi dalam tubuh badan anak perlukan magnesium. Kalau tak cukup magnesium, maknanya akan ada fungsi sistem badan yang akan terganggu. Dan ramai sebenarnya anak-anak yang tak cukup kandungan magnesium dalam badan mereka.
Dalam makanan, magnesium ada pada bayam, kacang, dark chocolate, pisang, tofu, dan sebagainya. Tapi anak kecil makan bukannya dalam kuantiti yang banyak kan.
Magnesium penting untuk;
1. Tidur anak yang baik
2. Perbaiki mood anak
3. Lebih fokus
4. Kuatkan tulang dan gigi
5. Berikan energy secukupnya untuk anak
6. Sihatkan otot dan saraf
7. Membantu penyerapan vitamin dan mineral lain
8. Tingkatkan imuniti badan anak
Lepas anak main waktu petang, korang ajak rendam dalam bath tub. Kalau takde, guna baldi macam saya pun boleh.
Malam mesti anak tak meragam sangat, lajuuu je nak masuk tidur.
Korang cuba k. Epsom salt ni 1.2 kg, harga tak sampai RM 20 pun. Boleh cari di farmasi berdekatan atau di Shopee
Sumber: Dr Mazliana Mazlan.