
Halia antara bahan yang saban hari kita guna untuk memasak. Jadi tak rugi kalau tanam di rumah.
Ia juga tak perlukan banyak ruang, dalam pasu pun boleh. Lagi satu nak tanam halia pun tersangatlah mudah seperti dikongsi oleh Leya Aalieya.
Mudahnya tanam halia
- Beli halia di kedai, cari yang dah bertunas sikit. Kalau tiada tunas, simpan saja halia di tempat lembap biarkan ia bertunas.
2. Tunggu tunas naik, potong sedikit kemudian tanam.
3. 4-5 bulan boleh tuai hasil untuk halia muda, 9 bulan untuk halia tua. Kalau lambat tuai, sabut halia makin banyak.
Tanam sebesar ibu jari saja tapi hasilnya hampir setengah kilo.
Sumber: Leya Aalieya
Senangnya Buat Susu Pekat Manis Sendiri, 3 Minit Dah Siap!

Isi Kandungan
Toggle
Susu pekat manis antara bahan yang mesti ada di rumah. Kalau ramai ahli keluarga yang jenis suka bancuh teh tarik stok susu ini kena sentiasa ada.
Tapi kalau nak jimat bajet, boleh saja hasilkan sendiri. Proses buat cuma tiga minit dan hasilnya macam yang dijual di pasaran.
Kalau nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Zan Zafirah Zainal
3 bahan saja
Susu pekat manis homemade 3 bahan dalam masa 3 minit sahaja, cara saya.
Bahan-bahan
- 1 1/2 cawan susu tepung
- 1/2 cawan gula (raw sugar boleh kurangkan kuantiti untuk kurangkan manis)
- 2/3 cawan air panas (jangan guna air mendidih, cukup sekadar suam panas sahaja)
Cara buat:
1. Campur semua bahan dalam blender dan blend selama 3 minit. Siap!
2. Pastikan stop blender selepas satu minit untuk rehatkan motor blender seketika.
3. Susu pekat yang dah siap kena simpan dalam peti sejuk (lepas simpan dalam peti sejuk baru akan jadi pekat).
Susu ini sesuai untuk buat kek, minuman dan lain-lain macam susu pekat manis yang biasa kita beli.
Selamat mencuba.
Cuci Comforter, Toto Guna Mesin Basuh Memang Boleh, Tapi Ada Cara Berbeza Untuk Top Load & Front Load

Isi Kandungan
ToggleRamai yang tertanya-tanya, mesin basuh biasa di rumah tu boleh ke sumbat comforter atau toto yang besar? Kalau boleh berapa kilo limitnya?
Sememangnya boleh! Dan had membasuh comforter atau toto ini tidak mengikut kilogram sebaliknya mengikut ruang drum mesin basuh. Perkara tersebut dikongsi dalam TikTok Abang Letriqq yang banyak berkongsi tip tentang penggunaan barang elektrik.
Ada limit nak sumbat comforter dalam mesin top load
“Kalau nak basuh comforter, toto atau load yang besar dalam mesin basuh ia tak kira berapa kilo. Untuk mesin basuh top load asalkan ia muat untuk masuk dalam drum kita boleh basuh.
“Tapi dah tentu ada limit, untuk mesin basuh top load limitnya 3/4 daripada keseluruhan drum. Kalau comforter atau toto yang dimasukkan di bawah had ini maka boleh basuh,” terang beliau.
Cuma terang beliau sekiranya comforter atau toto ada kotoran degil contoh terkena coklat, atau aiskrim jika dicuci dalam mesin basuh top load, ia memang takkan hilang walau sebesar manapun mesin basuh.
“Untuk mencuci comforter atau toto yang ada kesan degil dalam mesin basuh top load kita kena sental kotoran atau buat prewash terlebih dahulu sebelum masuk dalam mesin basuh.
“Tapi jika tiada kotoran degil contoh comforter terkena air kencing anak boleh saja nak basuh terus,” katanya lagi.
Mesin top load tak perlu prewash
Namun kata Abang Letriqqq berbeza pula kalau menggunakan mesin basuh front load. Comforter boleh dimasukkan hingga penuh, selagi muat. Sekiranya ada kotoran degil pun tak perlu disental terlebih dahulu.
“Ini kerana mesin front load ini mencuci lebih bersih kerana menggunakan air panas. Jadi kalau ada bajet lebih elok beli mesin front basuh load ini,”katanya lagi.
@abgletriqq Replying to @azyyati_ariffin tak kisah berapa kg janji ngam masuk dalam drum😊 #homeelectricalproducts #mesinbasuh #fyp ♬ original sound – ABG.LETRIQQ
Tip Pilih Ketam Yang Segar, Manis & Banyak Isi. Ikut 8 Tip Ini

Isi Kandungan
Toggle
Siapa tak suka makan ketam kan. Tapi harganya mahal buat kita tak boleh makan selalu dan kalau nak beli kenalah pilih yang betul-betul elok dan penuh isi. Barulah berbaloi dengan harga.
Bagi yang tak tahu cara nak pilih ketam yang segar, manis, penuh isi ini cara yang dikongsi oleh Penjual Makanan Laut sendiri, yang boleh dijadikan panduan ketika membeli ketam.
1. Beli waktu ini
Jika ingin membeli ketam, belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh, kerana pada waktu ini isi ketam lebih padat dan banyak. Nampak seperti tidak logik, tapi percayalah memang ada perbezaannya.
2. Tengok cengkerang
Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Andai ada warna kebiruan, ia menandakan ketam itu masih segar.
3. Pilih yang berat
Pilih ketam yang lebih berat daripada yang lain, timbang dengan tangan anda. Ketam lebih berat daripada yang lain menunjukkan isinya padat. timang-timang sikit ketam tu, untuk mengagak berat ketam.
4. Belek belakang ketam
Ketam boleh juga diketahui kesegaran dengan lihat belakang ketam. Bentuk tiga segi dekat belakang, jika masih kuat melekap, ia adalah ketam segar.
Mahu lebih yakin lagi, tekanlah pada bahagian tiga segi yang terdapat di belakang badan ketam. Jika ia terlalu lembut dan mudah ditekan, itu bermakna ketam tersebut telah pun lama. Sebaiknya pilihlah yang masih keras dan susah untuk ditekan.
5. Ada bau laut
Bau mestilah ada bau laut, kalau dah ada bau hanyir yang kuat tu.Faham-faham aje la ehh.
6. Cukup anggota
Ketam haruslah masih cukup sifat . Contohnya, kaki ketam masih kuat melekat pada badan dan mata ketam mesti ada lagi.Ini menunjukkan ia masih segar dari laut.
7. Pilih ketam betina
Jika berpeluang untuk memilih, pilihlah ketam betina. Ini kerana ketam betina ni, ada telur dan selalunya ketam betina lebih banyak isi.
Panduan seterusnya ialah, lihat bahagian bawah badan ketam betina. Jika ada selonggok telur di luar badan, ha…itu petanda ketam tersebut banyak telur. Kena ambil yang tu. Memang puas hati makan.
Cara memilih ketam betina ialah dengan melihat pada bahagian belakang badan ketam yang selalunya lebih lebar, bulat dan bukan tirus. Ketam betina badan agak bulat dan sepit yang ada adalah lebih pendek dan kecil berbanding ketam jantan yang mempunyai sepit lebih besar. Dari segi warna, ketam betina warna agak kelabu-coklat, berbanding ketam jantan putih-kebiruan.
8. Bersih tiada tompok
Bahagian bawah ketam yang segar selalunya putih bersih, kalau ada tompok-tompok atau warna selain putih, ia sudah agak kurang segar.