
Halia antara bahan yang saban hari kita guna untuk memasak. Jadi tak rugi kalau tanam di rumah.
Ia juga tak perlukan banyak ruang, dalam pasu pun boleh. Lagi satu nak tanam halia pun tersangatlah mudah seperti dikongsi oleh Leya Aalieya.
Mudahnya tanam halia
- Beli halia di kedai, cari yang dah bertunas sikit. Kalau tiada tunas, simpan saja halia di tempat lembap biarkan ia bertunas.
2. Tunggu tunas naik, potong sedikit kemudian tanam.
3. 4-5 bulan boleh tuai hasil untuk halia muda, 9 bulan untuk halia tua. Kalau lambat tuai, sabut halia makin banyak.
Tanam sebesar ibu jari saja tapi hasilnya hampir setengah kilo.
Sumber: Leya Aalieya
Nak Anak Bijak, Beri Mereka Makan Ikan 2 Kali Seminggu! Paling Bagus Hirup Kuah Singgang

Isi Kandungan
ToggleSemua ibu bapa mahukan anak-anak bijak terutama dalam pelajaran. Selain daripada menyediakan pendidikan terbaik untuk mereka, sebenarnya pemakanan juga memainkan peranan untuk membantu perkembangan otak anak agar lebih bijak.
Menurut Dr Mazliana Mazlan antara tip pemakanan yang boleh dilakukan oleh ibu-ibu adalah dengan memastikan anak makan ikan 2 kali seminggu. Apa kaitan ikan dengan otak anak bijak. Ini penjelasan daripada beliau.
Biasakan anak makan ikan 2 kali seminggu
Biasakan anak kita dengan ikan, berbanding ayam, daging, sotong, udang, dan lauk pauk yang lain. Pastikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu mesti kena ada menu ikan. Kalau lebih, lagi bagus.
60 peratus daripada otak manusia terdiri daripada lemak. Separuh daripada lemak itu adalah DHA. Anak kita akan bijak jika kandungan lemak dan DHA dalam otak mereka mencukupi. DHA bantu perkembangan fungsi otak anak-anak.
Ikan adalah sumber DHA yang terbaik dan mudah untuk kita dapat dan beri pada anak-anak.
Buat singgang lagi bagus
Buat singgang kosong, letak bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas, sampai habis nasi pun anak saya minta nak makan lagi.
Bagus sangat kalau anak dapat hirup kuah singgang yang tinggi dengan DHA dari ikan, dan juga ramuan anti inflamasi dari bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas.

Tak perlu ikan kayangan, ikan sardin atau ikan kembung segar di pasar pun dah cukup banyak DHA yang ada. Sesuai sangat untuk anak-anak kita makan.
Kita cuba ya, perbanyakkan menu ikan untuk anak-anak, berbanding ayam goreng.
Sumber: Mazliana Mazlan
Petua Mudah & Murah Tanggalkan Kesan Hitam & Jelaga Pada Periuk & Kuali. Hasilnya Bersih Berkilat!

Cuba tengok kuali atau periuk kat rumah, mesti belakangnya hitam dek kesan jelaga.
Bila dah terlalu lama dibiarkan kesan hitam ini akan berkekalan dan lagi susah untuk dihilangkan walaupun dibasuh banyak kali.
Kalau banyak koleksi periuk dan kuali di dapur yang hitam boleh cuba tip yang dikongsi oleh Dahriah Damsah ni.
Hasilnya memang terbaik, kuali yang hitam jadi berkilat dengan menggunakan dua bahan mudah ni saja.
Guna sabun dan berus dawai
Apa yang diperlukan cuma sabun mandi jenis buku (apa-apa jenama pun boleh) dan juga dawai besi.
Hancurkan sedikit sabun dan campir dengan sedikit air. Biarkan ia larut.
Kemudian sental terus pada kuali atau periuk yang hitam.
Hasilnya periuk akan bersih berkilat!
Mudahkan! Modal pun tak banyak.
Sumber: Dahriah Damsah
Cara Buat Roti Paratha Homemade Yang Rangup. Nak Lagi Sedap Sapu Dengan Bahan Ini Sebelum Goreng

Isi Kandungan
ToggleRoti paratha segera antara yang selalu ada dalam peti sejuk kita. Senang untuk hidang waktu sarapan atau petang. Tapi bila beli yang frozen ini, rasanya ‘kureng’ sikit berbanding yang kita buat sendiri.
Sebenarnya nak buat roti paratha ini senang saja pun, tak perlu beli yang segera pun. Rasanya memang lagi sedap dan paling penting rangup. Kalau makan dengan kuah kari tak cukup 3 keping. Jika rasa nak cuba buat sendiri boleh ikut perkongsian daripada Khadijah Jaafar.
Cara buat roti paratha homemade yang sedap dan rangup
Roti paratha homemade. Rasanya yang sedap & rangup, makan pulak dengan kari memang tak cukuplah 3 keping. Senang sahaja bahan-bahan dan nak buatnya. Cubalah!
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandun
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil yis
150ml air
4 sudu besar minyak masak
Minyak/butter/ minyak sapi untuk goreng
Butter untuk sapuan
Cara membuat
1. Di dalam mangkuk campurkan tepung, garam, gula, yis dan minyak masak. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati dan lembut.
2. Rupa doh yang dah siap uli. Tak perlu uli lama-lama pun.
3. Biarkan doh direhatkan dalam sejam tutupkan dengan kain. Pastikan mangkuk disapukan dengan sedikit minyak supaya doh tidak melekat pada mangkuk.
4. Doh akan naik 2 kali ganda dari saiz asal.
5. Bentukkan doh kecil-kecil. Ikut pada saiz yg masing-masing kehendaki. Boleh dapat 9 biji. Rehatkan dalam 10-15 minit.
6. Ambil satu biji dan taburkan sedikit tepung pada papan dan atas doh. Supaya mudah nak golek & tak melekat.
7. Golekkanlah mengikut ketebalan yang disukai.
8. Panaskan kuali dengan minyak/butter/minyak sapi. Mengikut cita rasa masing-masing.
9. Goreng roti paratha lebih kurang 2-3 minit untuk setiap belah ataupun sehingga garing. Pastikan goreng dengan api perlahan.
10. Selepas sudah siap digoreng Cik Tie suka sapukan sedikit butter. Rasanya pun lebih sedap dengan rasa lemak butter.
11. Boleh hidangkan bersama kuah kegemaran. Asyik sungguh cicah dengan kari.
Selamat mencuba.
Sumber: Khadijah Jaafar.