Mendidik anak tentang Tuhan sememangnya jadi tugas ibu dan bapa. Biasanya kita akan ajar anak bab ini dalam bahasa yang mudah. Pun begitu bukan senang juga untuk memahamkan anak yang kecil.
Perkara yang sama dilalui oleh pelakon lelaki Zahiril Adzim. Bagi yang mengikuti instagram Zahiril, dia memang selalu berkongsi aktiviti bersama dengan anaknya.
Terbaru dia bercerita tentang bagaimana mengajar anaknya yang berusia empat tahun mengenal Tuhan. Tapi ada perkara mencuit hati berlaku di akhir ceritanya.
Korang kena baca sebab lucu, rasanya ramai kot parent berdepan perkara yang sama!
Kenapa selalu sebut ‘Oh My God’?
Hari tu aku dengan Anaqi dalam kereta berdua otw balik rumah. Mommy takda. Macam biasa kiteorg bersembang lah. Dalam sembang – sembang dia sebut ‘oh my god’. Saja nak bukak topic sambil mendidik, aku mencelah.
“Anaqi, U always say ‘Oh My God’, do you know that u can also say Oh My Allah or Ya Allah?”
“Why?”, dia tanya.
Ads
“Because God is Allah, and Allah is God. Do u know who is God, who is Allah?”.
Aku mula nak bertugas sebagai bapa contoh, cuba nak didik anak tentang Ketuhanan. Didik dari kecil, org kata.
“Who?”
Okay, dah sampai masa. On the spot aku cuba ingat balik ayat – ayat yg selalu org pakai bila nak cerita tentang Tuhan dengan anak – anak. Ayat yang simple dan mudah difahami diaorg. Aku mula.
“Allah is the greatest, u know? Because He created me, He created U, He created the trees, and grass, the wind, water, fire”.
Ads
Okay apa lagi? Aku nak tambah lagi example supaya dia amazed dengan Allah, jadi aku up sikit lagi.
“He created the sky, He created the stars, the moon, the earth, the whole planet, the whole universe! He created everything! He’s so great, right?”.
Settle, cukup lah kot aku rasa. Paling simple. Takkan aku nak pergi deep lagi tentang Tauhid, tentang rahsia Allah, tentang zat Allah. Gila apa, dia baru 4 tahun. Aku sendiri pun tak habis ngaji lagi. Jadi cukuplah aku rasa. Bagi sikit – sikit yang simple macam ni. Dari masa ke semasa sampai besar, aku ajar lah lagi ikut pemahaman dia.
Dia fikir deep!
Ok, aku seorang bapak yang sedang menjalankan tanggungjawab aku. Semoga dipermudahkan. Amin. Aku tengok muka dia yang semacam sedang berfikir. Deep.
“What about the chair?”
Ads
Bai, aku dah sembang sampai bintang, sampai langit bai. Dia balik tanya pasal siapa buat kerusi??
Tergelak bila baca anak Zahiril ni tanya pasal kerusi> Apapun kita boleh puji sikap pelakon ini yang berusaha memahamkan anaknya tentang kebesaran Allah Taala.
Parent lain yang ada anak seusia ni boleh juga ikut cara Zahiril tapi kena standby jawapan kalau ditanya soalan yang sama.
Bahagia melihat aksi angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang baru menimang cahaya mata kembar baru-baru ini.
Beliau juga sering dilihat berkongsi perkembangan bayi kembar lelaki mereka di instagram yang kini sudah pun berusia dua bulan. Tidak sekadar memuat naik foto terbaru, sebagai seorang doktor Dr. Sheikh Muszaphar turut berkongsi informasi berguna buat ibu bapa lain.
Contohnya baru-baru ini beliau menerangkan kelebihan bayi yang dilatih meniarap atau merangkak pada awal usia. Menariknya bayi kembarnya juga sudah diajar melakukan perkara tersebut seawal usia dua minggu. Wah awalnya!
Menurut Dr. Shiekh Muszaphar sebenarnya ada banyak kebaikan jika bayi diajar melakukan apa yang disebut tummy time ini sebaik dilahirkan. Berikut adalah perkongsian beliau yang dicatat dalam instagram miliknya.
Latih Adam merangkak pada usia dua minggu
“Penting sebenarnya untuk bayi baru lahir melakukan aktiviti meniarap atau tummy time. Saya mulakan tummy time pada anak sebaik mereka dilahirkan termasuklah anak perempuan saya.
Aktiviti ini akan menguatkan bahagian belakang dan juga leher mereka. Bayi baru lahir boleh kita ibaratkan seperti kura-kura, mereka tidak suka diangkat dan diposisikan dalam keadaan menelentang.
Dan lagi banyak mereka menjerit atau menangis ketika tummy time adalah lebih baik kerana ia akan mengembangkan paru-paru mereka.
Stimulasikan juga refleks cahaya untuk mereka kerana bayi baru lahir hanya dapat melihat hitam dan putih saja ketika ini. Selain itu stimulasikan Babinski reflleks di bahagian kaki yang boleh membantu bayi berjalan lebih awal.
Saya ingat lagi Bella sudah mula berjalan pada usia lapan bulan dan Tasha pada usia tujuh bulan yang mana pada saya satu pencapaian. Jadi sekiranya anda punya anak bayi baru lahir belum terlambat untuk melakukannya.”
Tak dapat dinafikan Adam dan isteri melalui dugaan hebat sebelum dapat mendakap zuriat pertama mereka.
Selain melalui empat kali keguguran, kehamilan Fazeema kali ini juga merupakan anak kembar yang masa salah seorangnya gugur pada usia dua bulan.
Namun rezeki pasangan ini, seorang anak lagi bertahan walaupun Fazeema mengalami pendarahan sehinggalah selamat dilahirkan semalam.
“Ini adalah kali keempat saya hamil. Saya dah ada tiga anak di syurga. Dan kehamilan saya kali ini adalah kembar, tetapi hampir usia kandungan dua bulan, dengan kuasa ALLAH, saya pendarahan.
“Salah satu anak kembar saya tak dapat diselamatkan. ALLAH ambil semula seorang anak kembar saya yang ALLAH pinjamkan seketika di dalam rahim saya. Saya alami pendarahan berbulan-bulan lamanya.
“Hinggalah bulan keempat, pendarahan baru berhenti. Ulang-alik jumpa doktor untuk pastikan kandungan saya yang satu ini selamat dan sihat. Jadi bukanlah tiga tapi empat anak saya di sana,” kongsi Fazeema di Instagram satu ketika dulu.
Ternyata rezeki anak setiap pasangan berbeza, ada yang mudah dan ada yang perlu melalui dugaan demi dugaan seperti Adam dan Fazeema. Apapun penantian mereka sudah berakhir, sama-sama kita doakan kesihatan isteri dan bayinya. Semoga Baby Lee jadi anak yang soleh.
Punya 12 orang cucu, 8 daripada kelahiran cucunya disambut sendiri oleh Dr. Hamid Arshat. Sesuai dengan statusnya sebagai Pakar Sakit Puan.
Walaupun kebiasaannya doktor perubahan tidak digalakkan merawat ahli keluarga sendiri tapi Ujar Dr. Hamid Arshat dia sentiasa berdia agar urusan bersalin setiap menantunya dipermudahkan.
Cerita menarik ini dikongsi Dr. Hamid dalam Facebook miliknya baru-baru ini.
Punya 5 anak
Alhamdulillah Allah telah kurniakan kami lima orang anak dan 12 orang cucu. Semua kelima-lima anak telah berumah tangga dan masing-masing ada anak.
Tiga orang anak dan 7 cucu duduk di Malaysia berdekatan rumah kami, dan mereka sering mengunjungi kami bila kelapangan.Seorang anak dan 3 orang cucu tinggal di Amerika dan seorang anak dan 2 cucu duduk di Perth Australia.
Dua orang anak saya dilahirkan ketika saya masih menjalani latihan jadi pakar bidan. Tiga orang dilahirkan setelah saya jadi pakar bidan. Walau demikian 4 orang anak saya kelahiran mereka disambut olih pakar-pakar bidan rakan sekerja. Hanya anak bongsu saya, kelahirannya saya sendiri sambut.
Dari dua belas orang cucu, lapan cucu saya sendiri sambut kelahiran mereka. Seorang saya sambut secara bedah cesarean dan yang lain secara normal. Hanya seorang cucu dari luar negara yang lahir di malaysia.
Pada kebiasaan doktor-doktor perubatan tidak digalakkan merawat ahli2 keluarga terdekat kerana ditakuti bila timbul sesuatu kerumitan, ia akan mengganggu dan menjejaskan kecekapannya.
Saya sentiasa berdoa agar Allah permudahkan dan selamatkan segala urusan saya khususnya dalam prosedur2 pembedahan. Manusia memang lemah.
Dapat azankan bayi satu nikmat Allah, terutama dari keturunan sendiri
Dapat menyambut kelahiran bayi dan mengazankan merupakan satu nikmat dari Allah. Lagi-lagi jika bayi itu ada kaitan baka dan keturunan sendiri. Betapa gembira seorang datuk dapat menyambut dan menatang bayi dengan tangisan dan sedutan nafas pertama.
Semoga seruan azan saya masuk kedalam jiwanya dan terus kekal hingga keakhir hayatnya. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memandunya kejalan yang lurus dan benar serta diredhai Allah. Seterusnya memberkati dan merahmati hidupnya kearah kejayaan dunia dan akhirat.
Menyambut kelahiran cucu ke12. Mohammad bin Arief pada 23.4.16
Doa yang sama saya panjangkan kepada semua anak-anak yang saya sambut kelahiran mereka khususnya dan semua anak2 islam amnya.
Anak lahir fitrah. Ibubapa yang membentuk akidah, perwatakkan, intelek, akhlak, sikap dan tabiat. Didik dengan ilmu yang menfaat.
Ramai diantara datuk dan nenek yang sudah bersara dari kerja dan sekarang bertugas menjaga cucu, ketika ibubapa mereka pergi kerja. Ambil peluang ini untuk mendidik cucu-cucu agar mereka jadi insan yang kamil serta berjaya apabila mereka besar nanti.
Korang macam mana, ok tak kalau pak mentua jadi bidan?
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...