Sebelum ini penyanyi ini sudah membuatkan kita kagum dengan keupayaannya mendaki puncak gunung Annapurna.
Semalam dia mengulanginya lagi bila Amy Search membuat pengumuman bakal menimang cahaya mata pada usia 60 tahun.
Sememangnya menanam hasrat untuk menambah bilangan cahaya mata pada usia 60, impian vokalis kumpulan Search ini tercapai apabila isterinya, Norhasniza Hassan atau lebih mesra disapa sebagai Nourish, 37, disahkan hamil anak keempat mereka.
Ads
Dia berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram semalam dengan memuat naik video Nourish sedang menjalani pemeriksaan kandungan yang sudah berusia sebulan.
Selalu doa nak timang anak lagi
“Isteri aku mengandung sebulan yeahhhhh!!!! Aku selalu doa bila umur aku 60 tahun, nak timang anak lagi. Korang semua doakan moga aku Berjaya. I love you sayang @qasander,” tulis Amy sebagai kapsyen video tersebut.
Sebelum posting tersebut, Amy juga telah memuat naik gambar alat ujian kehamilan yang menunjukkan dua garisan tanda positif hamil.
Ads
Dua status yang dimuat naik oleh Amy ini menerima respon daripada peminat yang tumpang gembira dengan berita tersebut dan mengucapkan tahniah.
Sudah ada cucu
Selama mendirikan rumah tangga dengan Nourish sejak 2003 mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.
Ads
Manakala dari perkahwinan terdahulu, Amy mempunyai dua anak perempuan iaitu pelakon Nabila Huda, 34, (perkahwinan pertama) dan Irisha Myra, 21, (perkahwinan ketiga)
Selain itu, Amy juga mempunyai seorang cucu, Keisha Laila, 7, yang merupakan anak tunggal Nabila Huda.
Berita tentang kecuaian dan juga penderaan bayi memang selalu kita baca dalam media massa dan media sosial. Sebagai ibu memang rasa geram bila membacanya.
Malah berita macam ni juga menyebabkan ramai ibu rasa takut untuk menghantar anak untuk dijaga oleh pengasuh mahupun ke taska. Terbaru berlaku lagi satu kejadian melibatkan bayi. Kali ini hingga mengakibatkan tulang bayi berusia 7 bulan patah. Masya-Allah!
Tak puas hati dengan apa yang terjadi kepada bayi itu, ibunya telah membuat laporan polis. Ibu saudaranya Shasya Shasya turut menceritakan apa yang berlaku di dalam akaun Facebooknya sebagai pengajaran kepada ibu lain.
Posting ini tular di media sosial hingga mendapat ribuan perkongsian sejak ia dimuat naik semalam.
Rasa nak meletup tengok Nayel patah tangan
Selama ni aku sabar je.. Sbb fikir kakak aku kata Allah ada Allah balas.. Tp pagi td rasa nak meletup dah.. Tak leh tahan dah.. Sapa boleh tahan org buat anak sedara dia? Nayel bru 7bulan time jadi tu.. Tau jadi apa? Patah tangan oi.. Baby lagi kena hadap saket patah tangan..
Mcm mana patah? Kakak aku amek anak dr pengasuh dia kata Nayel merap merengek nak tido.. Xpe la kakak aku pon masuk keta tgk Nayel still merengek.. Dia angkat Nayel tangan terkulai oi.. TERKULAI.! Apa korang rasa kalau anak korang jd mcm tu? Dia terus pegi klinik xray.. Apa jadi? PATAH! aku ulang skali lg patah! Macam mana baby 7 bulan rasa hadap saket patah tu?
Kakak aku mesej pengasuh tu dia tanya apa jadi tp dia mati-matian kata bukan dia. Kakak aku tak tuduh pon baru tanya. Pi hospital atas nasihat hospital diaorg suruh report polis, doctor ckp patah sbb pijak atau pukul bukan jatuh…
Manusia apa nih!
Lepas tu pengasuh tu boleh ada hati mesej kakak n mak aku kata naya dia sbb kami report. Tak kesian dia nyusu anak sbb kami report? Dah tu yg Nayel patah tangan tu sapa nk kesian? Paling aku sakit hati time kakak aku amek Nayel pakai baju tangan panjang! Manusia apa ni.. Dia ckp dia jaga Nayel focus jaga xpenah jatuh.. Padahal muka Nayel penah bercalar teruk dia kata nayel terhantuk..
Tu x kira lagi boleh keluar tinggal nayel kat jiran.. Bwk nayel g bli perabot x bgtau. Lepas semua tu dok msg nk jumpa nk tau nayel kat hospital mana.. Buat apa nak jumpa.. Dia tak tau ke org tgh sedih tgh takleh terima. Mintak maaf pon tak.. Skali pon xde nk mintak maaf.. Siap ayat mcm kita yg naya dia.
Paling aku geram smlm aku jumpa post kt fb. Dia JUAL brg nayel! Kegilaan apa jual brg org.. Tak dak rasa bersalah ka? Lepas sebulan dua terus pindah? Laju betui pindah pon.. Kita ni x mintak pon suruh ganti tangan. Tak mintak apa pon.
Kalau mintak maaf pon cukup.. Tp manusia apa mcm ni? Boleh ka juai brg org? Aku mmg xleh trima dr awal tp kali ni betui2 dah sampai limit.. Harap tak kena kat anak org lain.. Aku post pon sbb aku x nak anak org lain kena mcm anak sedara aku.
Geram kan bila baca cerita macam ni, apapun kita doakan agar Nayel cepat sembuh!
Baru-baru ini heboh di media sosial tentang kematian bayi di selatan tanah air yang dikaitkan dengan seorang doula. Ibu tersebut melahirkan bayinya di rumah namun dikatakan lemas apabila keluar dalam keadaan songsang.
Doula tersebut dikaitkan dengan kematian bayi berkenaan dan telah berlaku perdebatan di media sosial antara pihak doula dengan pengamal perubatan.
Meski heboh diperkatakan tapi sebenarnya ramai juga yang tercengang cengang. Apa itu doula? Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan dalam satu statusnya menjelaskan maksudnya.
Buat pilihan yang betul
“Doula tu apa?“
Beberapa hari lepas, saya ada tulis status ringkas berkenaan doula. Saya ajak ibu-ibu hamil untuk buat pilihan yang betul. Ramai bertanya di ruangan komen tentang apa itu doula.
Doula dari segi bahasa(Greek) bermaksud “pelayan/pembantu wanita”. Namun, dalam konteks status yang saya muat naik kelmarin, ia bermaksud individu yang menjadi peneman ibu hamil ketika proses kelahiran.
Berbeza dengan bidan, doula tidak terlatih untuk menyambut kelahiran. Fungsi mereka hanya untuk memberi sokongan emosi dan fizikal sebelum, semasa dan selepas bersalin. Mereka juga tidak bertauliah merawat atau mengendalikan sebarang kecemasan berkaitan proses bersalin.
Tak salah asalkan kelahiran disambut bidan atau doktor bertauliah
Tidak salah jika ibu hamil mendapatkan khidmat doula. Asalkan semasa bersalin, kelahiran disambut oleh bidan bertauliah atau doktor. Doula memainkan peranan sebagai pemberi sokongan.
Namun, di Malaysia, ada kelompok doula yang melakukan tugas di luar daripada peranan mereka. Mereka menakutkan ibu-ibu hamil dengan menjaja tentang keburukan bersalin di fasiliti hospital dan menjanjikan proses bersalin yang selesa di rumah. Ibu-ibu ini juga dimomokkan dengan keburukan pembedahan Cesarean.
Hasilnya, terbentuklah kumpulan-kumpulan yang enggan untuk bersalin di hospital serta menolak sebarang intervensi perubatan.
Pada tahun 2013, berlaku dua kes melibatkan kematian ibu yang bersalin di rumah hanya bertemankan doula. Kini(2018) sudah berlaku satu kematian seorang bayi berkedudukan songsang di dalam rahim, kerana ibunya memilih untuk bersalin di rumah tanpa pengawasan petugas kesihatan, sedangkan telah dirujuk ke hospital.
Proses bersalin amat genting
Proses bersalin adalah suatu proses fitrah tetapi ia juga sesuatu yang amat genting. Ia melibatkan nyawa 2 individu: ibu dan anak. Sebab itulah ia dianggap sebagai satu jihad. Oleh itu, semasa proses ini, keselamatan adalah keutamaan.
Sehubungan dengan itu, kami (pengamal perubatan) ingin mengajak kalian semua untuk membuat pilihan yang betul dan selamat. Wanita hamil disarankan untuk mengikuti pemeriksaan berkala di klinik untuk pemantauan risiko.
Kami juga menjemput wanita untuk bersalin di hospital kerana dan peralatan dan para petugasnya sentiasa siapsiaga untuk menghadapi sebarang kecemasan semasa proses kelahiran.
Di hospital, keselesaan bersalin kadangkala terpaksa dikorbankan demi keselamatan ibu dan anak. Selamat sebelum selesa. Apa gunanya selesa tetapi tidak selamat.
Pilihlah kelahiran selamat. Katakan #TIDAK pada kelahiran tidak selamat
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Medical Mythbusters Malaysia / Medtweetmy #sayNOtoUnSAFEbirth
Kehadiran gigi taring mungkin dilihat kurang cantik kerana tersembul keluar tapi selepas membaca trend dari Jepun ini anda mungkin boleh berbangga dengan gigi ini.
Kalau di sini ramai anak muda yang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk membuat pendakap gigi bagi mendapatkan gigi yang rata dan cantik tapi di Jepun lain pula.
Gadis-gadis di sana sanggup mendapatkan rawatan untuk memasang gigi taring. Lebih mengejutkan kos untuk memasang boleh dikatakan agak mahal.
Kos yang dikenakan untuk sepasang gigi taring kira-kira &390 (RM1,670).
Namun, terdapat juga gigi taring palsu yang boleh dibeli kedai kosmetik namun ianya tidak bertahan lama.
Bagi gadis Jepun, memiliki gigi taring adalah satu kelebihan. Ramai yang beranggapan gigi taring membuatkan senyuman lebih menawan dan nampak lebih cantik. Selain itu, mereka yang memiliki gigi taring juga kelihatan lebih muda dan comel.
Gigi taring terbentuk disebabkan oleh pertumbuhan gigi terganggu atau rahang mulut yang terlalu kecil sehingga tidak memberikan ruang cukup bagi pertumbuhan gigi.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...