
Seakan jadi trend artis sekarang untuk membuka akaun instagram anak-anak yang baru dilahirkan.
Selepas Siti Aafiyah, anak Datuk Seri Siti terbaru anak Sariyanti dan Jep pula mempunyai akaun instagram sendiri atas namanya Dariya Inara.
Perkara itu dikongsi oleh Sariyanti dalam satu entri di instagramnya. Dalam posting tersebut Sariyanti yang baru melahirkan bayi perempuannya 25 April lalu turut berkongsi perasaannya terhadap kelahiran zuriat yang ditunggu sejak setahun lalu.
Rupanya Sariyanti bersalin awal dari tarikh jangkaan. Beliau dijangka melahirkan pada awal Ramadan namun bersalin ketika usia kandungan 37 minggu.
A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on
Sehari 74 ribu follower
Abah dariya tidurkan dariya harini, tapi dariya dah bangun 5 kali abah masih tidur..
A post shared by Dariya Inara (@dariyainaraofficial) on
Apa yang menariknya walaupun baru sehari dibuka, dengan dua posting, follower si kecil ini sudahpun mencecah 74 ribu. Inilah penangan jadi anak artis!
Sumber: sariyanti
Usia 60 Tahun, Sudah Punya Cucu, Amy Search Kongsi Berita Gembira Bakal Timang Baby Lagi

Isi Kandungan
Toggle
Sebelum ini penyanyi ini sudah membuatkan kita kagum dengan keupayaannya mendaki puncak gunung Annapurna.
Semalam dia mengulanginya lagi bila Amy Search membuat pengumuman bakal menimang cahaya mata pada usia 60 tahun.
Sememangnya menanam hasrat untuk menambah bilangan cahaya mata pada usia 60, impian vokalis kumpulan Search ini tercapai apabila isterinya, Norhasniza Hassan atau lebih mesra disapa sebagai Nourish, 37, disahkan hamil anak keempat mereka.
Dia berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram semalam dengan memuat naik video Nourish sedang menjalani pemeriksaan kandungan yang sudah berusia sebulan.
Selalu doa nak timang anak lagi
“Isteri aku mengandung sebulan yeahhhhh!!!! Aku selalu doa bila umur aku 60 tahun, nak timang anak lagi. Korang semua doakan moga aku Berjaya. I love you sayang @qasander,” tulis Amy sebagai kapsyen video tersebut.
Sebelum posting tersebut, Amy juga telah memuat naik gambar alat ujian kehamilan yang menunjukkan dua garisan tanda positif hamil.
Dua status yang dimuat naik oleh Amy ini menerima respon daripada peminat yang tumpang gembira dengan berita tersebut dan mengucapkan tahniah.
Sudah ada cucu
Selama mendirikan rumah tangga dengan Nourish sejak 2003 mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.
Manakala dari perkahwinan terdahulu, Amy mempunyai dua anak perempuan iaitu pelakon Nabila Huda, 34, (perkahwinan pertama) dan Irisha Myra, 21, (perkahwinan ketiga)
Selain itu, Amy juga mempunyai seorang cucu, Keisha Laila, 7, yang merupakan anak tunggal Nabila Huda.
Sumber: aku.amysearch & Sinar Harian Online
Astro Prima Dan Nu Ideaktiv Lancar Program Bual Bicara Borak SeeNI, Dari Aplikasi Ke Kaca Televisyen

Astro Prima dan Nu Ideaktiv lancar program bual bicara Borak SeeNI, dari aplikasi ke kaca televisyen. Astro dan Nu Ideaktiv dengan bangganya membawakan isu hangat dan terkini ke kaca televisyen anda menerusi program bual bicara baharu, ‘Borak SeeNI’ yang mula bersiaran pada 1 Oktober lalu.
Astro Prima Dan Nu Ideaktiv Lancar Program Bual Bicara Borak SeeNI, Dari Aplikasi Ke Kaca Televisyen
Program bual bicara yang moden dan interaktif ini membincangkan pelbagai topik menarik dan bersiaran secara langsung pada setiap hari Selasa hingga Jumaat, jam 11 pagi di Astro Prima (saluran 105). Borak SeeNI juga bersiaran ulangan pada hari sama, jam 5 petang di saluran sama.
‘Borak SeeNI’ merangkumi pelbagai topik menarik seperti isu keluarga, segmen gaya hidup dan kesihatan bersama barisan pakar. Selain itu, program ini juga akan menampilkan individu-individu yang boleh memberi inspirasi dan teladan kepada para penonton melalui kisah dan pencapaian mereka yang membanggakan dalam pelbagai bidang.
Dengan penggunaan teknologi studio Extended Reality (XR) yang moden, ‘Borak SeeNI’ menawarkan visual yang lebih menarik dan terkini. Keupayaan Realiti Tambahan (AR) yang diterapkan memberi kelebihan kepada peniaga terutamanya kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam mengetengahkan produk dan perkhidmatan mereka secara dinamik.
‘Borak SeeNI’ turut menekankan penyesuaian kandungan yang fleksibel serta ciri interaktif dengan melibatkan penyertaan penonton secara langsung dan memenuhi keperluan jenama dalam menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan meluas.
Menurut Naib Presiden, Pembangunan Pengiklanan (Nu Ideaktiv & SME), Datin Norashikin Habibur Rahman, “Program bual bicara secara langsung ‘Borak SeeNI’ adalah program yang memfokuskan isu semasa dan gaya hidup terkini.
Program ini dipersembahkan dalam bentuk yang lebih canggih daripada segi visual iaitu penggunaan reka bentuk Extended Reality (XR) di dalam studio dan Augmented Reality (AR). Selain itu, program ini juga ingin membantu warga SME dalam mempromosikan produk mereka”.
Nu Ideaktiv, selaku rakan penghasil kandungan, melalui applikasi SeeNI yang melahirkan program bual bicara ‘Borak SeeNI’ mengambil 17 kandungan digital Nu Ideaktiv yang sesuai dengan format program bual bicara untuk menyampaikan maklumat meliputi semua aspek kehidupan.
“Saya amat teruja dengan kolaborasi program bual bicara secara langsung antara Astro dan Nu Ideaktiv ini. Saya percaya hasil kerjasama yang memberangsangkan daripada kedua-dua pihak dapat memastikan program ini berjalan lancar dengan jayanya.
“Selain itu, ia diharap dapat memperkasa landskap digital bagi SME untuk lebih memperkukuhkan jenama mereka”, kata Encik Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Nu Ideaktiv mengenai penghasilan program ini.
‘Borak SeeNI’ memaparkan gandingan pengacara yang berpengalaman dan relevan kepada pelbagai lapisan masyarakat seperti Erra Fazira, Faizal Ismail, Haziq Hussni, Nana Mahazan, Hunny Madu, Dahlia Shazwan dan Keanu Azman.
Pemilihan mereka sebagai wajah ‘Borak SeeNI’ selaras dengan objektif kami untuk menyasar semua lapisan masyarakat sebagai penonton utama. Kongsikan cerita anda dan ‘Borak SeeNI’ dengan tanyaseeni@astro.com.my.
‘Borak SeeNI’ turut boleh ditonton menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi SeeNI, Astro Gempak, Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
Baru Dibenarkan Memandu Tapi 7 Perkara Ini Wanita Di Arab Saudi Masih Tak Boleh Buat

Isi Kandungan
Toggle
Setelah beberapa tahun aktivis wanita Arab Saudi memperjuangkan hak mereka, perintah yang dikeluarkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud membenarkan wanita memandu kereta mulai Jun 2018 dianggap satu kejayaan besar.
Keputusan bersejarah itu menjadikan Riyadh negara terakhir di dunia yang membenarkan wanita memandu kenderaan.
Selain kebenaran memandu sebenarnya dalam tempoh beberapa tahun ini sebenarnya ada beberapa lagi perkara yang sudahpun mampu dilakukan oleh wanita Arab yang mana sebelum ini tidak dibenarkan.
Perkara yang boleh dilakukan oleh wanita Arab
- Sudah dibolehkan mengundi dalam pilihan raya– pada tahun 2015 mereka dibenarkan mengundi dalam pilihan raya perbandaran atau municipal election.
- Dilantik jadi penasihat dewan atau majlis – sekurang-kurangnya 17 wanita sudah dilantik semasa pilihan raya perbandaran pada tahun 2015.
- Boleh melanjutkan pengajian di kolej– pada tahun 2015 laporan mendapati lebih banyak pelajar wanita berada di universiti berbanding wanita.
- Dibenarkan menyertai sukan dan bertanding di Sukan Olimpik – Arab Saudi menghantar dua peserta wanita dalam sukan Olimpik 2012 dan, empat orang pada tahun 2016.
Perkara yang tidak dibenarkan
Dalam pada itu berbeza dengan wanita di Malaysia dan negara lain, perkara berikut tidak dibenarkan dilakukan oleh kaum hawa di Arab Saudi.
- Berkahwin, bercerai, melancong, membuka akaun bank, bekerja atau membuat pembedahan tanpa kebenaran penjaga lelaki atau mahram.
- Bergaul bebas dengan lelaki – kecuali di tempat tertentu seperti hospital, bank dan kolej perubatan.
- Keluar dari rumah tanpa memakai abaya hitam atau jubah longgar yang menutup aurat wanita.
- Membuka perniagaan tertentu tanpa sokongan lelaki- wanita Arab Saudi yang mahu membuka perniagaan memerlukan paling kurang dua sokongan dari kaum lelaki sebelum boleh memohon pinjaman atau lesen.
- Hak penjagaan anak selepas perceraian – hanya diberi hak penjagaan selepas anak mencapai usia tujuh tahun untuk lelaki dan sembilan tahun untuk anak perempuan.
- Memohon passport tanpa kebenaran mahram
- Tidak dibenarkan makan di restoran yang tiada pemisahan untuk bahagian keluarga -kebanyakan restoran di sana mempunyai bahagian untuk keluarga yang memisahkan mereka dari makan bersama lelaki. Wanita juga mempunyai pintu masuk yang berbeza.
Sumber: cnn.com